Wednesday, July 6, 2011

Cabaran 30 hari#Hari ke10-apa terjadi hari ini-

July 06, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera buat semua ^_^

Sampai giliran untuk soalan yg ke 10 dalam cabaran 30 hari.
rujuk entry INI k :)

soalannye: Hari ke 10..apa yg berlaku?

Hmm..bosan plak jawab soalan gini. Hehe, dah hari2 keje kan. so hari ni keje gak la. cume kak sham cuti, so cume sy, rita dgn qilah je yg jage kedai. baju2 banyak tak siap lagi. Cuma hari ni banyak borak dengan rita sebab Qilah p jage bintang kat Giant.. Hari ni mase x terasa lama sangat pun..terase kejap pulak dah pukul 9.45 malam.  abang faizal, kak zaini dgn hardiv ade melawat kedai.. dekat je pun mydin dgn kedai ni.. rehat mcm biase, pukul 5 sampai 7 malam. kalau solat pun, solat dlm kedai jek. rehat 2 jam straight, tak tau nak p mane je. slalu lepak kat mydin borak dgn illa, kak yan , hardiv or abg faizal je lah :))

k, till next entry. :)


Tuesday, July 5, 2011

Cabaran 30 hari#Hari ke9-perasaan-

July 05, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua ^_^

hari ini hari ke-9. sila rujuk entry INI ye :)

Soalan untuk hari ke 9: perasaan anda hari ini.



okeh, hari ni selasa kan. semalam stok baju baru sampai. so hari ni kena buat kerja banyak sikit. kemas kemas lah, susun2 baju, serve customer lagi kan. So sangat letih rasenye hari ini, plus gembira + seronok sebab dorang dah mule mesra dengan sy ^_^.



k,till next question pulak :)


Monday, July 4, 2011

Cabaran 30 hari#Hari ke8-gadoh-

July 04, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

soalan hari ke 8 : pergaduhan plg teruk pernah anda alami?

iskk..gaduh? jarang la nak gaduh2ndgn orang nie. x suka. x best.
lau paling teruk pun x tegur 2-3 hari jek. pastu ok balik..

k, till next question plak :)





Sunday, July 3, 2011

Cabaran 30 hari#Hari ke7-sikap baek-

July 03, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera kepada semua.

sekarang giliran menjawab soalan untuk hari ke-7 
Sila rujuk entry INI

soalannye: tiga perangai baek anda?



ape punye soalan daa.ni masuk bakul angkat sendiri ke ape nie..haha. jawab je lah kan.
  • Tak pandai nak marah2 org sgt..
  • cepat elok kalau majuk ke bad mood ke kan..
  • tak tau lahh.. :))

okeh, sampai ketemu lagi untuk hari ke 8 :)). bye2

Saturday, July 2, 2011

Cabaran 30 hari ## Hari ke enam-sikap buruk-

July 02, 2011
Assalamualaikum.

salam sejahtera pada semua pembaca.

sampai akhirnya untuk cabaran hari yang ke enam dari entry INI.
soalannye: 3 Perangai buruk anda?

okeh, soalan yg x best. Tapi untuk menyahut cabaran nie, terpaksa jawab la kan jugak.. isk3..  :( Kalau nak tau, 3 yg x berapa cantek tu ialah:
  • makan banyak, tapi x suka exercise.
  • suka study smbil dgr lagu kt earfon kuat2 sgt.
  • suke berangan
Haa..x senonoh betul kan soalan ni kan2.. haha.kan dah kantoi nie..ish3..

ok2, da habis da. bye2 :)
jumpe esok hari pula :)

Friday, July 1, 2011

Bintang - Hari kedua

July 01, 2011
Assalamualaikum.

salam sejahtera buat semua.

Hari kedua kerja part time di bintang. Okeh, sampai2 buat keje macam semalam. kemas2 kedai n layan customer. tapi tibe2 Qilah panggil n cakap sy ni sebenarnye dalam tempoh percubaan selama seminggu. Aduh! Kalau dlm mase seminggu dorang tak puas hati dgn kerja sy, sy akan diberhentikan tanpa gaji. Macam tu plak. semalam xnk gtau ape2 pun kan. Geram betol rase. Baik sy duk umah tggu keje kat mydin tu. Keje mydin lg best dr keje kat sini sebenarnye. Ati pun ckp mcm tu. :(

Harini Rita cuti, cuma saya, Qilah dgn kaka sham je jaga kedai. Qilah dah mula senyum n tegur2 sy nie. so far die ok.senyuman die manis tau. Kak sham pulak suke sgt borak dengan sy, cerita macam2 dgn sy. Tapi suke sgt cakap sy lipat seluar senget lah. tak betul lah. sampai ne lipat semua balik. sabar je lah. tapi tengok die lipat, lebih kurang same jek cam sy buat. Okey syu, sabar2. Kau tu baru lagi..

Rehat tadi akem datang. kebetulan die dari umah makcik dia kat usim, dtg singgah jenguk sy kat sini. kebetulan time tu kul 3 n sy rehat.so die Bawak p makan kat tesco. Dah lama x makan mee sizling. sedapnye :) Nasib bek rehat 2 jam kan.thanks la akem blnje air oren td.. :)

Malam2 nak p solat maghrib sgt seram.. sgt sunyi tempat atas bus stand tu.. menakutkan. n Nasib bek gak dorang bagi luangkan masa tuk solat..thanks :)

okey.da penat. nak tido jap lagi. smpai ketemu untuk cerita esok.. ^_^

Thursday, June 30, 2011

Bintang - Hari pertama

June 30, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua :)


Hari ni hari pertama buat part time kat bintang fashion :)
terasa mcm nak buat log book via o9 pulak.
nak rekod setiap perkara setiap hari kat sini.ok kan?

Hari ni baru masuk. kat sini ade 3 staff lama. Qilah, Rita, kak Sham. So far, dorang ok jek. rajin buat kerja. Cume qilah macam ganas sgt plak. hehe :) tapi die ok, aritu sy mintak keje pun dgn die lah.Rehat kat sini 2 jam. sy rehat dr jam 3 hingga 5. Ok lah, x payah ambil masa keluar untuk zohor n asar kan.

Customer tak ramai pun. sebab hari khamis kan. Lagipun kat kedai ni orang macam tak masuk sangat.. tah kenapa.. tapi lagi bagus. tak la byk sgt keje den.. haha :) Kat sini sy jage men department, iaitu baju2 lelaki yang kebanyakannye indon, bangla, indon, bangla je yg datang beli..n lastly kedai tutup kul 10 malam.

ok, dah habis cerita tuk hari pertama. bye2 :)

Cabaran 30 hari#Hari ke4-bila sorang2-

June 30, 2011
Assalamualaikum..

salam sejahtera kepada semua pembaca.

Sudah hari keempat cabaran 30 hari ini dijalankan dalam blog ni..
Sape2 yg tak tau ape2 lagi, boleh refer pada entry INI ye :)

soalan hari ke empat: Benda yg anda buat bila sorang-sorang?

Credit to google

Bile duk sorang2? haa.. sorang2 Berangan la paling best. Berangan tentang kawen paling best. kawin nanti nak jemput siapa, nak buat tema kaler ape, nak buat pelamin macam mana..haha..tapi dunia realiti semua tu xkan mampu terbuat.Kawen pun ne bajet2 la kan..

Best berangan ni sebab dalam dunia angan2 tu sy boleh jadi sape2 je.. boleh jadi tokey tesco, tokey giant, tokey disney wonderland dan segala tokey lagi. Boleh jugak bertukar jadi sizuka, sailormoon, doraemon, n guna poket ajaib die tu tuk masuk ke dunia mimpi dan kacau kacau mimpi orang.best kan? kan? ^_^..haha

Kalau dulu2 zaman sekolah, bile saya sorang2, saya suka karang puisi. Suka sangat dengan puisi. Penah menang tau tempat pertama menulis sajak untuk minggu perpustakaan sekolah dulu2 n menang hadiah tupperware..hehe :))

Ok,cerita da habis.till next entry :)

Post Pilihan

randomposts

Followers