Entah kali keberapa lagi sunyi ini kembali bertandang. .. siapa yg tahu isi hati kan? Sudah cukup bahagia rasanya berada disamping ibu,ayah,adik-adik dan dia. kawan2 itu ada. Dalam yg sedikit itu tiada yg sanggup menangis bersama. Atau mungkin aku sahaja yg tidak sudi untuk menangis di hadapan mereka.Cukup sekadar keluarga dan dia saja yg menggembirakan, sudah cukup bahagia..
Harini hari ke 22 berpuasa. Maknanya ada 7 hari lagi sebelum tibanya aidilfitri :) jadi nak join segmen genkcorner nie ^_^.Klik je banner kat bawah tu ye :)
Di kesempatan ni nak ucapkan selamat berhari raya buat genk dan semua blogger yg terbaca entry ini :) Tak de kad raya yg dapat dipos, takda duet raya yg dpt diberi sebab masih belum mampu lagi..hehe ^_^. k, salam ukhwah,bye!
Buat insan yg memberi harapan, terima kasih kerana telah memberi aku semangat menghadapi hari2 mendatang. kepercayaan kamu buat aku rasa dihargai. Sokongan kamu buat aku lupa erti putus asa, terima kasih atas segalanya. Terima kasih.
Bagi yg muslim, bagaimana agaknya puasa anda hari ini.Bagi yg bukan beragama islam, semoga hari ini hari yg indah bagi kamu.
Sedar tak sedar, sudah sampai ke 10 mlm terakhir,malam lailatul qadar, malam yg dijanjikan syurga bagi mereka yg bertaqwa. Malam terbaik dr seribu bulan. Malam penuh keberkatan yg sentiasa dinantikan.Semoga malam-malam syurga ini dipenuhi dengan seribu kemanisan iman.
Indahnya bulan puasa.Walau letih tapi tak terasa.Walau dahaga tapi bersahaja. Marah juga cepat reda, ukhwah juga semakin mesra.. Keseronokan menanti berbuka setiap hari di rasa.Moreh yg enak dinanti selepas terawikh di surau. Kanak2 riuh rendah berlari dengan bunga api di tangan satu kemeriahan. Terimbau kembali zaman kanak2 yg tak mungkin berputar lagi.. akhirnya hnya mampu tersenyum sediri.
Semoga kita depertemukan lagi di ramadhan yg akan dtg..insyaallah..
Bila sesuatu kelihatan sulit untuk diperkatakan,biarkan ia begitu saja. Bila sesuatu itu mungkin saja menyakitkan bila yg tidak mengerti sinis, biarkan ia begitu saja. Bila sesuatu itu lebih membuat jiwa tenang tanpa pengetahuan dunia, biarkan ia begitu saja. Biarkan sesuatu itu menjadi rahsia. Biarlah ia menjadi rahsia selagi ia harus begitu. noktah.
Mungkin pahit, tapi tak terluka. mungkin membiarkan saja itu kelihatan bodoh, tapi lebih baik dari pedih dan diperkatakan seluruh dunia. Biarkan saja ia rahsia.