Thursday, November 10, 2011

Terima kasih ayah :)

November 10, 2011
Assalamualaikm
salam sejahtera buat semua.

Kelmarin ayah dah pulang dgn selamat dari Sabah. Ayah ke sabah atas urusan qurban di sane . Balik2 je, ayah terus tukar baju dan datang ruang tamu sambil membawa barang2 yg dibeli. Terharu sangat masa tu. Bukan kerana hadiah yg dibeli, tapi sangat terharu kerana ayah lebin mementingkan anak anak dari keletihan. Aku tahu ayah sgt penat sebab lepas tu ayah masuk tidur :) Ayah ada belikan sesuatu untuk aku, ibu, kak nisya dan adik2 serta abang2 aku. Terima kasih ayah. kakak syg ayah. Bukan sbb hadiah itu, tapi sbb kasih syg ayah selama ini. Memang jarang ditunjukkan dgn kata2, tapi dari cara ayah menjaga kami adik beradik serta dari segala nasihat yg diberi melalui sms atau kol mase aku jauh dari rumah, aku rasa sgt disayangi oleh insan begelar ayah.  Syukur sbb aku masih mempunyai ayah. Ramai insan diluar sana tidak mempunyai peluang seperti aku. Aku bersyukur atas segalanya. Perborbananmu ayah xkan kakak persiakan.

Kakak sayangkan ayah setiap hari setiap detik setiap saat. 

Tuesday, November 8, 2011

Selamat hari raya aidiladha semua :)

November 08, 2011
Asalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Sudah terlambat mungkin untuk ini. Tapi tak mengapa, sekadar berkongsi kisah suka masam manis untuk tatapan tetamu setia. ^_^.

 Masa raya aidiladha haritu, pagi2 dlm pukul 8.30 gerak ke surau untuk solat sunat aidiladha. Dengan perut yg berkeroncong, maka aku n ibu serta adik adik dan anak jiran sebelah berjalan untuk ke surau. Ibu kata, raya aidiladha kena bekorban, jd x boleh makan sebelum solat sunat. tu yg berkeroncong perut tu. Tapi its not a big matter pun la. Keseronokkan beraya tu yg penting.

Ayah tak sambut raya aidiladha bersama kami tahun ini. Sebabnye ayah ada program Qurban di Ranau Bakti, Sabah. Jadi kami beraya tnpa ayah. Jarak dari  rumah ke surau xlah jauh sangat. Dalam 15 minit jalan lenggang atau 5 minit kalau naik motor. Haritu kami memilih untuk jalan kaki je. Tengah lenggang lenggang  berjalan kaki tu, jelas kedengaran pengumuman dari surau yg memaklumkan suruh rapatkan saf, solat nak mula dahh. Memang kelam kabut dah berlari2 semaksimum yg mungkin untuk sampai ke surau. Hahaha yg kelakarnye, ibu yg mulanya berjalan di belakang, dah pecut pintas aku yg di depan.. Masa tu adalah dlm 100 meter lagi nak smpai surau. Alhamdullilah, kami sempat mengikut imam. ^_^

Hari tu ibu masak soto ayam. Sedap sangat. Aku tolong ibu buat sambal kicap ngn carik2 daging ayam je. Hehe.. n petang sikit ramai yg bg daging qurban. kiranya minggu nie memang lauk daging je lahh kan :)

Nak tempek gambar, tapi tenet macam siput. so till next entry :)




Wednesday, November 2, 2011

Ini tak adil untuk aku.

November 02, 2011
Assalamualaikum.

Seperti hari yg lepas, semangat ke kelas sudah lenyap. yg ade cuma kesungguhan yg dtg tiba2 untuk mengejar cita-cita. kesungguhan tanpa semangat, macam kopi tanpa gula. Mungkin salah sendiri meletakkan semangat pada orang yg tak memahami. Dia tiada, semangat lari entah ke mana. ^_^

Aku cuba berlagak kuat, tapi tewas untuk sekian kali. Aku rasa ini terlalu tidak adil bagi aku yg meletakkan sepenuh harapan dan kepercayaan. Hati ini hancur tapi kau berlagak bagai tiada apa. aku sakit, kau diam. ini tak adil bagi aku. sgt tak adil..

1hct4y_large

Tuesday, November 1, 2011

Sunday, October 30, 2011

Cover magazine yg x siap2 lg..

October 30, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua. ^_^

Sejak due mejak nie entri2 kat dlm blog nie mcm entri lepaskan luahan perasaan pulak kan. Yes, it is because this is my personal blog, who i shared it with anyone yg singgah dtg blog ini. Means, x kisah la kan nak post tentang apa pun. sbb ini blog peribadi tetapi dibuka untuk bacaan umum. Jadi jgn merungut la ehh bila baca entri2 kat sini.. hehe..  ^_^

Untuk minggu lepas, midterm test da setel. Terasa ringan sikit bebanan kat atas bahu ni. kalau tak rase mcm ada batu bata, cuma invisible je. Tapi this week ada plak mandarin oral speaking. Haa amek kau syu. dah la banyak pulak tu soalan die.  Tabah syu tabah. 

Sekarang sedang berhempas pulas menyiapkan cover magazine.. Dari td duk belek2 pic dlm laptop ni tp mcm semua x sesuai untuk jadi cover magazine. Semua yg ade pic tersengeh2 tensenyum2 mcm kerang wangi. =.=". 

ok, nak p buat cover magazine satt.. bye2 ^_^







Wednesday, October 26, 2011


Post Pilihan

randomposts

Followers