Friday, September 11, 2015

Business Online kami ^^

September 11, 2015
Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip entri hari ni.

Sekarang ni dah seminggu bertugas di tempat baru. jumpa kawan baru, ofis baru,bos baru ^^
Alhamdulillah, diorang semua okey je, so tak la aku rase kekok sangat kan. Rumah baru pun masih belum siap kemas lagi, so far apartment yang aku duduk ni ok sesangat. Dahla fully furnished, kawasan selamat dengan kawalan keselamatan yang ketat. Rumah pulak menghadap swimming pool, lengkap dengan gym, dewan badminton dan gelanggang tenis, memang kurus la kalau pergi bersukan ni. tapi bersukan ke aku ni? haha. Tapi yang aku suka dia tingkat atas. tingkat belas-belas. haha. bukak tingkap balkoni angin sepoi-sepoi bahasa. feeling tepi pantai pulak kannn. Si Citam, Oyen dengan Chappie pulak mmng suke menebeng tepi balkoni tuh. tak gayat ke hoi. Kadang-kadang time dorang aktif habis bersepah rumah barang  barang habis tunggang terbalik dikerjakan anak-anak aku ni. sabo jelah. Lepas ni nak g bawak g vaksin plak anak-anak aku bertiga tu. Haritu dah anta g grooming, tapi sekarang dah comot balik. biaselah, budak-budak tengah nak membesar. hihik

Then, selain tu aku bersama suami jugak tengah giat berbisnes. Kami dah daftarkan syarikat kami dekat SSM 2 jun haritu. Bisnes lebih kepada produk untuk fertility and baby.. sebab pada asalnya aku guna produk2 ni..dan selalu keep order online, so aku terfikir, dari aku terus beli online, ape kata aku cari duit lebih dengan jadi penjual barang-barang tu. Alhamdulillah, setelah puas cari supplier yang bersesuaian, akhirnya dah nak masuk 3 bulan lebih bisnes online berjalan. Sambutan alhamdulillah memberansangkan. Setiap hari minimum mesti ade satu order ^^. Dari satu produk insyaallah kami dalam perancangan nak tambah beberapa produk lagi.doakan bisnes kami maju dan berjaya ye ^^

jemputlah melawat ke page Facebook kami




Till then, Assalamualaikum


Sunday, August 30, 2015

Merdeka

August 30, 2015
Assalamualaikum
selamat malam

salam merdeka... 

Dah lama sangat tak menaip. Naik gatal dah tangan ni nak menekan nekan button keyboard. Semenjak last post, banyak sangat yang dah berubah dengan hidup aku. Takdelah banyak mana pun.. haha. tapi kesannya mendalam jugak la.

Firstly, sekarang aku dah bertukar ke ibu pejabat, means bukan lagi kerja di KL, tapi dinaikkan taraf ke Putrajaya. haha. Pertukaran ni terjadi disebabkan oleh rombakan kakitangan yang bergred tinggi, so aku pun secara tak langsung terkena tempias nye. Mula-mula macam berat hati je rasa bila pengarah umumkan yg aku akan bertukar dalam meeting tempoh hari, sebabnye aku baru nak menyesuaikan diri, yelah baru 9 bulan kot berkhidmat kat KL. Baru nak mengenal orang, staff dan macam-macam lagi. Tapi lastly aku bersyukur, sebab orang ramai yang berlumba-lumba mohon ke ibu pejabat tapi tak dapat. Kat ibu pejabat nanti aku akan deals dengan orang orang besar. dan banyak yang akan aku belajar nanti, insya Allah. doakan yang terbaik buat aku ye,

Bila kerja dah bertukar, so rumah pun bertukar jugak. Dah dapat sewa rumah pun dekat dekat area putrajaya tu jugak. kat mana? rahsia lahh.. ^^  Maybe akan merempit pergi kerja nanti., sementara nak beli kereta ni. ni pun doakan aku jugak sebab aku nak mahirkan diri drive. Aku yakin aku boleh. No hal la kan syuhada. ^^

ape lagi nak cerita? itu je lah kot.. till then, bye


Post Pilihan

randomposts

Followers