Saturday, February 20, 2021

TTC Journey : Jom amalkan gaya hidup sihat!

February 20, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Seperti yang aku ada nyatakan dalam entri yang lepas-lepas, tahun ini memang aku lebih serius kepada usaha TTC. Salah satunya ialah untuk menjalani gaya hidup sihat. Dari dulu lagi memang doktor ada minta aku untuk kurangkan berat badan, sekurangnya 10% dari berat badan sekarang. Jadi, lets make it happen! InsyaAllah by pertengahan bulan ni nak proceed untuk IVF. Semoga dengan asbab penjagaan diri dan kesihatan ni dapat membantu kami menimang cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ni.

So lepas gagal IUI tempoh hari, aku dan suami slow-slow berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Sekarang baru fasa permulaan, kadang-kadang ada tersasar juga tapi cepat-cpat la cover balik. Berat badan aku pun ade pengurangan sekarang ni, Alhamdulillah. Bila dah berkurang berat ni, nak exercise macam jogging dan skipping tu dah mudah rasanya, sebab dah tak sakit kaki. Dulu kalau setiap kali jogging atau join event run, balik tu mesti kaki akan terjengket-jengket sakit giler! tapi now okay dah. tak sakit pun. sukanya happy gila aku!

Haritu slow jog dengan husband. hehe ni pace aku memang slow gini, kalau hubby dah berdesup dah ke depan. Sayang bini kan, so bila jog dgn bini kena lah layan pace bini. haha

Aku cuba istiqamah dan jadikan exercise rutin harian aku. Sekurangnya 30 minit sehari. InsyaAllah.. semoga tak tersasar lagi :p  Hasil pembacaan aku daripada pengalaman sahabat-sahabat yang berjaya dalam proses IUI dan IVF, ade beberapa jenis supplement yang baik dan bagus untuk kualiti sperm dan telur wanita. Contohnya di bawah :

Isteri : COQ10, Vitamin D, Fish Oil Omega 3, Acid Folic 
Suami : Surbex Zink/ Surbex Protect / Profortil 


Aku start amaklan supplemet tu, dan suami amalkan Surbex Zink tu. InsyaAllah semoga semuanya baik-baik je. Nanti aku sharekan di lain entri secara details lagi tentang supplement ni. InsyaAllah.


So jumpa lagi, bye!



Monday, February 15, 2021

TTC Journey : Cycle selepas IUI

February 15, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Kalau yang baca blog ni akan sedia maklum yang aku telah menjalankan prosuder IUI pada Cycle Disember 2020 yang lalu. Cyce tersebut tak berjaya dan period datang pada DPIUI18, iaitu 18 hari selepas IUI. Aku okey je, sedih tetap ada cuma aku anggap masih belum masanya. Mungkin Allah swt mahu kami terus berusaha lagi. We can do this!

Entri kali ini aku nak ceritakan cycle selepas IUI. Untuk makluman, setiap bulan aku akan cek waktu subur menggunakan OPK (Ovulation Prediction Kit). Boleh dibeli di mana-mana farmasi, Instagram atau online shoppling platform seperti shopee, lazada dan lain-lain. Of course lah lagi murah kalau beli online di mana korang boleh dapatkan serendah 30 sen tau (dasyat sekarang ni seller main harga :p) Btw, Dulu aku penjual OPK dan UPT tau, tapi sekarang stop dulu penjualan tu. InsyaAllah nanti aku akan open balik cuma tak tahu lagi bila.


Cycle After IUI

Disember 2020 - IUI
Period on DPIUI18 - Januari 2021
Period on DPO15 - Februari 2021

Period Pain (Senggugut) 

  • Januari : Masa DPIUI 18, terus keluar fresh blood dan senggugut. Tahap senggugut mild. 
  • Februari : DPO15, period keluar tapi brown spotting je. DPO17 baru keluar fresh blood. Senggugut on off seminggu dua sebelum period, tapi masih di tahap sederhana.

OPK Positif Awal

  • OPK Positif biasanya aku jumpa pada CD16-18. Tapi cycle kali ini CD12 dah positif. Teruja tau sebab tak pernah begini sepanjang aku menggunakan OPK. 
  • So disebabkan itu, cycle aku pun jadi pendek untuk Januari. 27 hari je! DPO15 aku dah period balik

Badan Panas

  • Lepas fail IUI tempoh hari, aku perhatikan badan aku sentiasa panas. husband pun ingat aku demam. tapi bila cek suhu memang suhu normal je. cuma rasa dalam badan sangat panas sampai hidung pun berdarah kadang-kadang. 
  • Sampai lah bila period semula (Cyce Februari), baru kepanasan tu hilang sikit demi sikit. 

Breast Pain/Swollen

  • Januari : Seminngu sebelum period dah rasa.
  • Februari : Biasanya seminggu sebelum period, akan ada simptom ni. Tapi untuk cycle ni, aku cuma rasa 2 hari je. sebelum period. pelik sangat. hahaha
Ada jugak aku tanya dekat group, kenapa rasa lepas iui ni agak pelik sikit flow cycle aku. Tapi rupanya ramai yang mengalami sama macam aku. Katanya sebab kesan ubat yang di ambil masa IUI tu masih ada dalam badan. Wallahualam. But still happy sebab period datang mengikut waktu yang sepatutnya. Alhamdulillah..

Next Step

Self Insemination sudah, IUI sudah, nest step nak try IVF pulak. Ada juga survey-survey hospital untuk IVF, dan paln nak buat pertengahan tahun ni. Sekarang kami jaga pemakanan dan exercise je untuk kurang berat badan sikit, then lepastu baru aku akan contact hospital untuk step seterusnya. Doakan yang terbaik buat kami. InsyaAllah...

Sunday, January 24, 2021

Our 6th Anniversary

January 24, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




24.1.2021

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 6 suamiku

 

Terima kasih untuk segalanya

Terima kasih tetap masih bertahan sehingga kini

Dan semoga sampai ke akhir hayat kita.

I love you and always do 

 

You are my everything.

My favourite person since that day 

 

Semoga tahun ini dan tahun yang mendatang akan lebih bermakna dan makin indah. InsyaAllah


Wednesday, January 13, 2021

TTC Journey : Pengalaman IUI Pertama

January 13, 2021
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Apa khabar semua?
Berjumpa lagi dalam segmen TTC Journey Asyiqin yang terbaru. Chewah..hehe

Kalau korang nak baca Journey IVF aku yang lepas-lepas, boleh klik link ni : ASYIQIN TTC JOURNEY 

Pemanian Beradas (IUI)




Alhamdulillah, bulan lepas aku selamat menjalankan prosedur IUI. IUI ni dipendekkan dari nama panjangnya Intrauterine insemination (IUI). Nama dalam bahasa melayunya pula ialah pemanian beradas.

IUI merupakan satu proses inseminasi sperma yang telah diproses dengan mengunakan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari cecair dan sperma yang kurang aktif.Sperma yang aktif akan di insiminasi ke dalam rahim wanita dengan menggunakan ‘catheter’ pada hari ovulasi yang telah dijangka akan berlaku- http://www.myhealth.gov.my/


Sebelum buat iui ni, aku banyakkan dulu pembacaan dari internet dan youtube berkenaan prosedur iui ni, jadi bila doktor explain apa-apa, aku dah boleh faham serba sikit. Ok meh aku cerita.

Cantik kan bilik ni? Hihi kat sinilah tempat prosedur IUI dijalankan :p

CD2-CD6

Doktor bekalkan aku dengan clomid 100mg. Clomid ni bertujuan untuk meransang ovari untuk menghasilkan telur. Ubat ni perlu dimakan 5 hari berturut-turut dari hari kedua hingga hari keenam period. Aku makan pada jam 9 malam setiap hari. Oh ya, selain clomid, Dr prescribe juga Metformin untuk dimakan selama 2 bulan. Metformin  ni bertujuan untuk mengurangkan selera makan dan membantu menurunkan berat badan kita. Untuk makluman, BMI aku sekarang ni lebih dari 30. Jadi BMI berlebihan ni sebenarnya tak berapa cantik untuk buat rawatan kesuburan, kebanyakan doktor akan advise untuk cuba dapatkan BMI normal.


CD5

Harini ialah hari ke 5 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey ikut fasa period. Then doktor inject foliova untuk bantu matangkan telur-telur tersebut. 


CD9

Harini ialah hari ke 9 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey ikut fasa period. Then doktor inject foliova untuk bantu matangkan telur-telur tersebut.


CD12

Harini ialah hari ke 12 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey dan doktor minta datang semula pada CD ke 15 untuk injection Hucog (Pecahkan telur)


CD15

Harini ialah hari ke 15 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey dan doktor beri injection HUCOG 10000iu yang bertujuan untuk memecahkan telur keluar dari ovari untuk proses ovulasi terjadi. Beberapa jam selepas injection, aku rasa sedikit pening lalat, mungkin side effect injection tu kot. Tapi masih terkawal.


CD16

Jam 1.30 petang aku dan husband ke klinik untuk mengeluarkan sperm dan melakukan prosuder IUI. Selepas solat zohor, sperm dikeluarkan dan kami dipinta untuk datang semula pada jam 3.30 petang untuk proceed IUI. Fuh berdebar tau. ingatkan sakit rupanya takde rasa apa-apa pun. Proses IUI ni pun sekejap sangat dalam lebih kurang 5 minit. Lepas prosedur selesai, doktor suruh baring dulu dalam sejam baru bangun dan balik rumah. Doktor bekalkan aku dengan ubat Utrogestan iaitu ubat kuatkan rahim dan perlu dimakan 2 biji setiap hari selama 2 minggu. Otw balik rumah husband bawa kereta slow-slow je, sebab start harini sampai dapat result nanti kena jaga diri dan tak boleh nak lasak-lasak sangat. Doktor bagi MC 4 Hari dan aku sambung ambil cuti rehat selama 4 hari lagi.

Lepas selesai prosedur IUI, 
suami boleh datang teman sebab kita kena baring selama lebih kurang sejam dekat atas katil.

Dia pun ade tempat rehat tau. hehe

Buatkan milo panas untuk isteri. Thanks husband!


DPIUI 1-DPIUI 9

DPIUI tu ialah Day past IUI, iaitu hari selepas IUI dijalankan, kebiasannya Doktor minta kita cek UPT pada DPIUI ke 14. Dilarang cek terlalu awal sebab takut dapat false positif sebab kesan Injection masih ada lagi dalam badan. Injection pecah telur tu mengandungi hormon orang mengadung tau sebab nak bagi false alarm kat badan untuk berhenti pengeluaran telur. Tapi aku cek UPT dari hari pertama lagi dan setiap hari sebab aku nak tengok bila kesan ubat tu akan habis. Syok bila dapat UPT positif walaupun tak mengandung. hehe. UPT terang makin lama makin kabur sehingga tak dapat kesan langsung pada DPIUI 9.  Jadi kesan Injection HUCOG 10k pada badan aku bertahan selama 10 hari (Sejak hari pertama injection iaitu CD15)


Dalam tempoh masa ni, simptom-simptom yang aku alami (mungkin kesan ubat kot) ialah sakit belakang, krem macam senggugut berulang-ulang kali dan pening-pening. Tapi rasa dia just mild je, tak terlalu ekstrim.


DPIUI 14

Cek UPT dan Negatif. Hurm mungkin takde rezeki, aku redha.


DPIUI 18

Akhirnya period pun datang dengan jayanya... Mungkin belum rezeki kan, InsyaAllah Allah lebih tahu yang terbaik. Period kalini agak sakit jugak senggugut dia, dan badan panas. sekali lagi mungkin effect ubat. Takpe, belum rezeki lagi. Aku tahu aku dah buat yang terbaik jadi aku takde perasaan ralat tu. InsyaAllah usaha kami suami isteri tak akan pernah putus untuk mendapatkan zuriat sendiri. Mohon doa kepada rakan-rakan sahabat sekalian juga ya.







 

Sunday, January 3, 2021

2020 dalam kenangan

January 03, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Alhamdulillah, 2020 dah melabuhkan tirainya. Tahun 2020 ni rasa macam terlalu singkat kan? Tiba-tiba je dah habis dan dah masuk tahun 2021 pun sekarang.


Macam orang lain, aku pun nak juga coretkan perjalanan tahun 2020.

1. Sambut Anniversary sambil melancong ke Pulau Sabang, Aceh Indonesia

Anniversary ke-5 aku dan husband pada 24 Januari 2020,tapi kami sambut di Aceh pada bulan Februari 2020. Aku tak berkesempatan lagi nak buat entri trip ke Pulau Sabang ni. InsyaAllah kalau ada masa terluang nanti aku akan share.

2. Tawaran kenaikan Pangkat dan bertukar ke Jabatan lain.

Yang ni memang satu kejutan. Alkisahnya aku baru seminggu tukar unit, tapi tiba-tiba bos bagitahu aku dapat naikpangkat dan kena bertukar Jabatan. Dalam ramai-ramai kawan-kawan yang dapat, hanya aku je yang kena bertukar Jabatan. Pasal ni aku ade buat entri.Boleh baca kat bawah ni:

https://www.asyiqin.com/2020/08/dunia-baru.html

3. Jalan-Jalan lepas PKP di KL dan Melaka

Lepas PKP, bila dah boleh merentas negeri, sempat la aku dan husband pergi jalan-jalan dalam negara. Pergi dekat-dekat je pun. Yang ni pun aku tak sempat buat entri. hehe... InsyaAllah ada masa nanti aku share ye.

4. TTC Journey : IUI yang pertama

Bulan 12 kami buat IUI yang pertama. InsyaAllah tak lama lagi aku share pasal Journey TTC aku. Rindu nak bercakap pasal ni. Ujian yang tak kurang hebatnya bagi kami dan juga TTCians yang lain. 

Aku rasa cukup itu je highlght untuk 2020.. Untuk 2021 ni tiada apa yang aku harapkan melainkan kehidupan yang bahagia bersama orang-orang tercinta. Aminnn.. InsyaAllah..



Post Pilihan

randomposts

Followers