Sakit

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Dah seminggu lebih agaknya aku rasa sakit masa menses. Bukan rasa senggugut, tapi rasa yg mencengkam dekat abdomen. Ni semua lepas makan ubat dari doktor, ubat kuatkan rahim tu. Tak tahu lah sebabkan side effect ubat atau sebab hormon yang nak stabil semula? Sebab lepas makan Duphaston tu menses datang tepat 28 hari.

Masih menanti upt jadi 2 line pekat. Pernah je dapat upt 2 line tapi samar-samar dan berakhir dengan menses. Doktor cakap progesterone low mcm aku ni mmng senang gugur awal kehamilan , baby susah nk menempel katanya. Dia suggest untuk kuruskan badan sebab obesiti salah satu punca hormon tak seimbang. Ubatnya cuma pemakanan seimbang dan lifestyle yg sihat je. Bukan susah cuma perlu disiplin je nak stabilkan hormon ni.

Tapi entahlah..

Entah berapa kali rasanya menangis sendiri, ade jugak menangis depan suami sebab rasa diri ni tak sempurna. Tiap kali tu jugak suami tak pernah jemu pujuk dan bagi semangat. Tapi aku just sedih. Sedih bila menses dtg. Sedih yg tak tahu nk cakap camne rasa tu.

Tapi rezeki anak ni semua dari Allah kan.. Lagipun usia perkahwinan kami masih baru lagi. Orang kata masih masa masa honeymoon lagi . Tapi dua-dua kerja kan, kalau nk pergi bercuti mana-mana macam susah sikit. Susah nak mintak cuti sikit.

Tapi aku tahu, Allah akan beri bila dia tahu kita dah cukup sedia. bersangka baik dengan DIA. InsyaAllah semuanya dipermudahkan.. Alhamdulillah.. terima kasih atas ujian ini Ya Allah.


Till next entry 

No comments