Showing posts with label Bicara. Show all posts
Showing posts with label Bicara. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Doa sebagai hamba

November 02, 2012
Assalamualaikum..

Oktober da berlalu pergi, November ini akan diisi dengan hari-hari yang beerti, insyaallah.. Makin hari semakin bertambah usia diri, makin panjang dan berliku untuk sampai ke hadapan. Kehidupan harus diteruskan. kebahagiaan harus diusahakan, doa patut dipanjatkan. Kita cuma hamba pada DIA. DIA yg menentukan apa yg kita usahakan. Kalau tak dapat bukan bermakna DIA tak adil, tapi dia mahu menguji kesabaran, sebab dia mahu menggantikan dngan ganjaran yang lebih manis. Lebih indah dari apa yg kita damba. Semua tu tak terjangka. Berusaha dengan sesungguhnya. Jgn putus asa untuk berharap dari DIA. Minta pada DIA. DIA yg maha berkuasa, DIA yg maha kaya, DIA yg maha Adil. Rezeki dtg dari DIA. Cuma dari DIA. Berhenti meminta-minta pada manusia, berhenti terusan berharap dari mereka. 

MEREKA JUGA HAMBA PADA ALLAH SWT...

.......jadi usaha, berdoa, meminta-minta seperti pengemis hanya pada ALLAH Swt. Insyaallah, rezeki kita sudah ditentukan, wallahualam.

Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.
1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”.(HR Bukhari dan Muslim)
2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”.(HR Ibnu Majah)
3. Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)
4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )
5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
8. Doa antara Azan dan Iqamah
“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)
9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

Sumber:  http://myibrah.com

Thursday, January 12, 2012

Kalau sayang, lepaskan ia pergi :)

January 12, 2012
Assalamualaikum.


bertawakal itu yg terbaik. semuanya sudah tertulis.
pic: google

Ramai orang selalu cakap jika kita sygkan sesuatu, biarkan ia pergi. lepaskan ia, hati pun senang, tenang dan tak gelisah. Betul kan? Ye, ungkapan itu ada benarnya.

Tapi bagi aku, selagi 'sesuatu' itu masih ada pada kita, masih berada di samping kita, masih dalam simpanan kita,  we have to appreciate it. Jaga betul betul. Sebab bila dah kehilanganya, menyesal pun tak guna. Yang lama tak kan sama dengan yang baru. Tapi slalunya yg baru lebih baik dari yang lama.Cuma kenangan itu yg berbeza. We learn from the past. we should got much better. 

Lepaskan ia pergi bila kita sudah kehilangan 'sesuatu' yg kita pernah sayang. Lepaskan dgn ikhlas, bukan sebab terpaksa. Bila terpaksa, hati yg merana. Bila merana hidup kucar kacir, tak tenang dan gelisah. Boleh jadi gila!

ok, macam ni ye.

Bila kau dapat helmet baru yg sangat cantik. warna merah lagi. tapi tak sampai seminggu, helmet tu dah kena   curi sebab kau x simpan elok2, yela ade box tak mau guna kan.. biarkan je la helmet tu pergi. jangan dok kenang-kenang lagi. Bila dikenang, hati pun sakit. hidup pun tak tenang. so, just let it go. okey?

Bila ayah balik dari sabah, belikan kau gelang mutiara hitam putih yg sangat cantik, tapi beberapa bulan kemudia ia hilang sebab kau terlupa letak kat mana, then cari satu rumah tak jumpa, kol ibu kol adik tanya tapi mereka pun tak jumpa. Duk menangis sorang sorang dalam bilik sebab kau sayang sangat gelang tu, sebab gelang tu la yg selalu temankan kau saat susah dan senang, sebab gelang tu pemberian orang yg sangat kau hormat dan sayang, tak lena tidur tak kenyang makan sebab terkenang si mutiara dan kenangan bersamanya. Hidup pun tak menentu.Tapi dah terbukti yg sememangnya rezeki kau bersama gelang tu sampai situ sahaja. jadi kau harus tabah dan ikhlas lepaskan ia pergi. baru hati boleh tenang dan gembira.


Lepaskan ia pergi. Itulah yang terbaik. Allah sudah menentukannya. Jangan dikenang lagi.Redhalah walaupun ia pahit. Redhalah walaupun ia sakit. Kerana Allah tahu yang terbaik.

Tuesday, January 3, 2012

semua itu balasan. sedar tak?

January 03, 2012
 Assalamualaikum

Sekarang tengah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk final esok. ambil mase rest ni untuk update blog sekejap. Sekarang, saat ini, perasaan gembira. entah kenapa. mungkin pemberi semangat hadir di waktu yg tepat. terima kasih :) Tibe2 teringat pada kata2 seorang teman.

Disaat kita terluka, ingatlah saat kita pernah melukakan.
Disaat kita dihina, ingatlah saat kita pernah menghina.
Disaat kite disakiti, ingatlah saat kita pernah menyakiti.
Disaat kita dilupakan, ingatlah saat kita pernah melupakan.

Ini hukum karma, setiap yg berlaku pasti ada balasannya. Jadi tepuk dada, tanya hati.^_^




Friday, November 11, 2011

Makanan terbaik untuk minda yg sihat!

November 11, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Semakin hari semakin banyak test dan kuiz yg meminta untuk diberi perhatian semaksimum mungkin. Bagi insan yg suka sgt2 fokus di saat akhir seperti aku ini memang menyeksakan rasanya. Mungkin tarikh final exam agak lewat lagi, tapi aku lebih risaukan carry mark yg entah la seberapa. Aku tahu aku tak dapat buat yg terbaik dlm mid term last two week. Macam biasa, semakin byk exam, semakin banyak setan2 yg dtg dan menggoda serta cuba melekakan aku. huh =.='




Aku meminta belas ihsan abg google yg kacak, untuk mencari info tentang makanan minda yg bagus untuk meningkatkan daya ingatan yg tak seberapa ni. Sebab aku ni da kritikal. Aku rasa macam org tua.. Sekejap ingat sekejap lupa. so, ini yg aku jumpa ^_^ SUMBER

Di sini ada 12 jenis makanan yang di yakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat daya ingatan.

1. Madu

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu yang digelar “Raja Ubat” ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman. 
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
2. Kacang merah
Thiamin atau vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia. Biasanya kacang merah dimasukkan ke dalam masakan, boleh cuba ini: Agar-agar Cendol
3. Kismis
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan, cuba ini: Nasi Kismis Ayam
4. Telur
Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. Boleh cuba ini: Telur Bungkus
5. Susu dan yogurt
Susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Boleh pelbagaikan masakan dengan menggunakan yogurt dan susu. Cuba ini: Fillet ayam goreng rangup
Susu bukan sahaja berguna untuk kesihatan otak malah dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar kelupaan yang berkesan
6. Halia
Halia boleh dimakan secara mentah atau dibuat halua yang sangat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan dicampur dengan gula. Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan, cuba ini: Daging Halia
7. Salmon
Ikan salmon adalah ikan berlemak yang dikatakan makanan berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam lemak omega-3 DHA dan EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Cuba ini: Salmon Panggang
8. Oat
Oat kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.
9. Berry
Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging lembu tanpa lemak adalah salah satu sumber makanan yang mengandung banyak zat besi. Ia juga mengandungi mineral seng yang dapat membantu memelihara daya ingatan. Boleh cuba ini: Daging cendawan
11. Daging Burung Merpati
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
12. Daging Ayam
Daging ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi berbanding dengan semua jenis daging lain. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.
Daripada 12 senarai di atas, aku rasa aku boleh amalkan 2 je. Iaitu kismis dan susu. dulu mmng x suka. benci giler minum susu. Tapi sekarang tiap hari wajib tau. huu ^_^

k, till next entry yaa ^_^

Saturday, October 8, 2011

Rase mcm nak kawen~

October 08, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Sekarang ni tiap2 hujung minggu banyak betul undangan perkahwinan untuk dihadiri. Seronok tengok orang bina masjid. Gembira bayangkan pegantin bahagia membina masa depan bersama si dia yg sudi bersama susah dan senang. Semoga ikatan itu tetap erat dan teguh hingga akhir usia. 

Dan bila melihat hiasan pelamin yg indah, mendengar lagu2 ceria yg berkumandang,  melihat ramainya orang sedang menjamu selera meraikan dua jiwa, terselit satu perasaan halus . Rasa seperti cemburu. rasa juga seperti angan2 paling indah.

Bila pula tiba masanya aku yg duduk di pelaminan, entah bila pula lagu2 yg berkumandang ditujukan khas untuk aku dan si dia, dan saat bila agaknya org ramai yg datang mendoakan kebahagian kami berdua. Bahagia ada. Gementar ada.Takut pun ada.

Bukan lah majlis serba mewah yg didamba, cukuplah sekadar majlis biasa menandakan aku sudah berpunya. Tanda si gadis sudah disunting oleh jejaka idaman hati. 

Tapi.... hati ini akui, masih banyak kelemahan dan kekurangan untuk diperbaiki, untuk menjadi isteri org bukan perkara yg senang. Dugaan cabaran dan rintangan pasti ada. Tanpa persediaan yg rapi mana mungkin ikatan bisa terus bertahan.Semoga hari2 yg berlalu mematangkan aku. Semoga aku dan si dia nanti dapat disatukan atas landasan ibadah kepada MU ya ALLAH.

Friday, September 2, 2011

Tabarruj- peringatan buat muslimah.

September 02, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua :)

Selamat hari raya kepada semua pembaca yg budiman. Sudah harikeempat kita berhari raya.Dalam kita beraya, bergaya dengan baju baru corak terkini, mengunjungi rumah sanak saudara dan rakan-rakan. Seringkali kita lupa tentang satu perkara. Tabarruj.




credit kepada Nashir as




Saturday, August 20, 2011

Ramadhan..

August 20, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semuanya.

Bagi yg muslim, bagaimana agaknya puasa anda hari ini.Bagi yg bukan beragama islam, semoga hari ini hari yg indah bagi kamu.

Sedar tak sedar, sudah sampai ke 10 mlm terakhir,malam lailatul qadar, malam yg dijanjikan syurga bagi mereka yg bertaqwa. Malam terbaik dr seribu bulan. Malam penuh keberkatan yg sentiasa dinantikan.Semoga malam-malam syurga ini dipenuhi dengan seribu kemanisan iman.

Indahnya bulan puasa.Walau letih tapi tak terasa.Walau dahaga tapi bersahaja. Marah juga cepat reda, ukhwah juga semakin mesra.. Keseronokan menanti berbuka setiap hari di rasa.Moreh yg enak dinanti selepas terawikh di surau. Kanak2 riuh rendah berlari dengan bunga api di tangan satu kemeriahan. Terimbau kembali zaman kanak2 yg tak mungkin berputar lagi.. akhirnya hnya mampu tersenyum sediri.

Semoga kita depertemukan lagi di ramadhan yg akan dtg..insyaallah..





Post Pilihan

randomposts

Followers