Showing posts with label Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

Saturday, December 15, 2018

10 Produk Best dari Althea Korea ❤

December 15, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


10 Produk Pilihan dari Althea Korea ❤



Klik gambar di atas untuk terus terjah ke web Althea

Hai semua!

Tahu tak sekarang ni aku dah jatuh cinta dengan website Althea. Hari-hari buka dan belek produk yang ada dalam ni satu-satu sebab semua produk dia awesome gila! Memang sangat disarankan untuk korang yang nak try produk dari Korea sebab Althea ni jual 100% Original dari sana. Sekarang pun Korean skincare dah popular dekat Malaysia ni, dan antara faktor yang menyumbang kepopularan tu mestilah sebab keberkesanan dan harga yang super duper jimat kan?


20% DISKAUN UNTUK SHOPING DI ALTHEA. KLIK SINI 


Dan dekat sini aku dah listkan siap-siap apa 10 wishlist Korean Product dari Althea yang wajib aku ada di Tahun 2019 nanti.. Jeng jeng jeng... Untuk maklumat lanjut sila klik pada gambar setiap produk ye!


1. DEAR, KLAIRS : GENTLE BLACK DEEP CLEANSING OIL (150ML/ RM93.00 )

Cleansing oil ni adalah step pertama untuk buat double Cleansing pada wajah. Teknik double cleansing ni pun memang diamalkan oleh gadis-gadis di Korea untuk dapatkan kulit yang cantik. Aku mula amalkan double Cleansing ni tahun ni dan memang tak dinafikan perubahan yang ketara pada kulit muka sampaikan orang lain pun perasan, katanya kulit aku nampak lebih sihat berbanding sebeelum ni. Jadi aku pilih Brand Dear, Klairs ni untuk dicuba pada tahun 2019 selepas survey-survey review dari pengguna produk ni sendiri. Aihhh tak sabar..


2. ALTHEA : CONTOUR CLEANSER (150G/RM23.00)


Contour Cleanser ni pun aku mengidam sekarang sebab ramai sangat yang kata best ddan terbaik, Sampai ada yang dah repeat beli dua tiga kali. So memandangkan kulit muka aku ni boleh tolerate dengan mana-mana pencuci muka (based on yang aku pernah guna), so apa salahnya try yang ni pulak kan. Tak sabar nak test dan nak tahu sangat kenapa orang suka. 


3. DEAR, KLAIRS : GENTLE BLACK SUGAR FACIAL POLISH (110G)

Scrub muka memang sangat digalakkan untuk buang sel-sel kulit mati dan melembutkan kulit wajah. Dan scrub yang berasaskan Black Sugar memang menjadi pilihan aku, sebab sekarang pun memang aku tengah amalkan scrub jenis ini cuma dari Brand yang berlainan. So kalini nak try yang ni pulak. Harap-harap serasi dengan kulit wajah.

4. DEAR, KLAIRS : SUPPLE PREPARATION FACIAL TONER (180ML/ RM76.00)


Toner ni aku dah cuba yang travel set punya tu dan memang best. Im so in love wih this one! Bau essential oil dia lembut sangat dan buatkan muka aku lebih lembut dan tak terlalu berminyak macam dulu-dulu. Lagipun, ni lah satu-satunya toner yang tak buatkan kulit aku breakout. Ingatkan macam dah nak giveup cari toner, sebab bila test pakai mana-mana toner, kulit aku jadi merah dan macam pedih terbakar. So toner ni memang menjadi pilihan hatiku..Seriously best, silalah try.


5. MISSHA :  THE FIRST TREATMENT ESSENCE INTENSIVE MOIST (150ML/RM135)



Essence ni bukanlah termasuk dalam salah satu rutin harian aku sebenarnya, tapi bila aku google, sebenarnya essence ni sangat-sangat penting dan memang menjadi keutamaan dalam korea punya skincare step. Dari bacaan aku, essence ni dapat menjadikan tona kulit wajah sekata, kurangkan wrinkles dan garis-garis halus pada wajah, Kiranya sesuai untuk anti-aging! So aku pilih brand ni selepas penat membandingkan review dari bloggers, youtubers dan di Althea website sendiri.

6.INNISFREE GREEN TEA SEED EYE CREAM (3OML/RM78)

Aku memang takde mana-mana krim khas untuk kawasan sekeliling mata tu. Selaunya aku hentam pakai je pelembab untuk muka dekat kawasan tu. Kawasan area mata kan agak lembut sikit jadi sebenarnya ia perlukan penjagaan khas. Bila dah nak masuk 30-an ni baru nak menjaga kecantikan, beginilah jadinya. haha. So brand ni pun aku pilih berdasarkan review dari pengguna. Tak sabar to try this out!

7. ETUDE HOUSE : MOISTFULL COLLAGEN CREAM (75ML/RM63)

Krim muka is a must! Step ni memang aku jarang sangat tinggalkan dalam rutin harian aku. Krim muka atau pelembab menjadikan kulit muka kita lembut. Kulit muka aku jenis combination, tapi lebih kepada kering, sebab tu ianya wajib bagi aku. Aku pilih brand ni sebab well known brand selain ianya ada collagen. Wow, awet muda lah nanti. haha!

8. ALTHEA : PETAL VELVET SUNAWAY (55ML/RM43)

Sunblock pun aku dah amalkan sejak tahun ni. Kegunaan sunblock ialah unytuk menghalang sinaran UV dari kulit wajah, sebab kesan dia akan jadikan kulit kita berjeragat. Brand ni aku dah try sendiri dan best sebab tak melekit, cepat meresap. senang reapply sebab saiz dia kecil dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. SPF 50 pulak boleh berkesan untuk melindungi kulit wajah selama 500 minit, which is dalam 8 jam 30 minit! So memang cukup bagi aku untuk kegunaan sehari-hari. 



9. POBLING PORE SONIC CLEANSER (RM88)


Selama ni aku cuci muka guna tapak tangan je. Rasanya macam dah bersih lah sangat tapi rupanya kurang bersih, sebab tu whitehead dengan blackhead masih banyak kat muka ni. Jadi memang teringin sangat-sangat nak try this one, sebab dapat membersihkan kulit wajah dengan lebih dalam. Tak sabar nk try dan review for this one.

10. ELIZAVECCA : SKIN LIAR PRIMER (30ML/RM23)


Actually aku jarang mekap, dan aku rasa lebih selesa keluar rumah tanpa sebarang solekan, just skincare, sunblock, bedak dan lipstick je. Tpi ade kawan beritahu yang primer ni sebenarnya penting sebagai alas bedak, means akan bantu kekalkan bedak lebih tahan lama dekat muka aku. Dan kalau aku pakai makeup semua tu akan lebih cantik dengan gunakan primer terlebih dahulu. Jadi tak salah untuk try kan?

So itulah dia 10 pilihan produk dari Althea. Ada sape-sape nak bagi free tak? Haha.. so korang macam mana agaknya ye, ada tak produk di atas yang menjadi wishlist korang jugak? kalau ada boleh drop komen tau.

Jumpa lagi di lain entri (:

Sunday, December 9, 2018

I’m One of Althea Angels and the Welcome Gift!

December 09, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua 


I’m One of Althea Angels!



Cerita bermula pada 23 Oktober 2018 yang lepas. Masa tengah buat kerja dekat office tiba-tiba dapat satu emel dari Althea. Bila buka je emel tu.. ha jeng jeng jeng...

We, from Althea Korea, would love to invite you to be an angel in our Althea Angels Community...

Happy gila! Sebab emel ni memang aku nanti-nantikan sejak apply dari bulan Julai lagi. Alhamdulillah, akhirnya dipilih juga dalam Batch kedua Althea Angels. 

Kelebihan Sebagai Althea Angels

  • Welcome Gift
  • Monthly K-Beauty Giveaway
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credits
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access
  • Many more fun activities

Welcome Gift

Welcome Gift fresh dari Korea selamat sampai ke tangan aku pada 12 November haritu. Excited punya pasal terus update dekat IG ni ha. haha




Apa yang aku dapat dalam Welcome Gift ni? Meh tengok dekat bawah. Best gila!



🌸 Althea Korea's Petal Velvet Sunaway *NEW LAUNCH*
🌸Althea Korea's Milk Peel Cream Mask *NEW LAUNCH*
🌸Althea Korea's Petal Velvet Powder in *0 Translucent
🌸Althea Korea's Petal Velvet Powder in *23 Warm Beige
🌸Althea Korea's Petal Velvet Powder in *Pink Lavender
🌸 Althea Angel's Pink Pouch
🌸 Althea Angel's Beauty Mirror


Tak sabar nak pakai semua ni. Thank you Again Althea!

Tuesday, May 8, 2018

Aktifkan diri anda Bersama Safi Shayla - Pakar rambut wanita bertudung

May 08, 2018
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

RELAUNCH SAFI SHAYLA PADA 3 MEI 2018 DI DISTRICT 21 IOI MALL PUTRAJAYA

Alhamdulillah, pada khamis yang lepas aku berpeluang untuk menyertai majlis relaunch Safi Shayla di District 21. Seronok sebab dapat jumpa ramai blogger-blogger yang aku tak pernah jumpa lagi, plus dapat masuk free kat sini. Lepas ucapan dan gambit pelancaran, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tag yang kami terima semasa pendaftaran. Aku dapat grouping dengan kumpulan BIRU. hehehe teringat pulak rumah sukan masa sekolah dulu dulu.

Seronok sangat ! Bermacam-macam aktiviti yang kami buat masa relaunch ni. We all have fun kat sini. Thanks safi shayla!



Gambit peancaran

Orang-orang kuat ni

Zumba dulu sebelum main games!


Geng rumah biru!

Rumah biru menang kategori Energetic dan Aktif


 Mula-mula fikir scary naik ni, tapi best rupanya! haha

Ni dekat trampoline yang boleh lompat-lompat tu. best!


ok, dah cuci mata dengan gambar games, jom kita baca pulak apa yang istimewanya Safi Shayla ni. Lets check it out!

AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG

Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.

Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan  wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA.  Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.

FORMULASI BARU DARI SAFI SHAYLA


SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar. 

Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.

SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi  Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam.

Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut  syampu  Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.


2 IN 1 RAMBUT DAN HIJAB MIST LAIN DARI YANG LAIN



Mist 2 dalam 1 Rambut HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan.

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik 

1.             Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)


a)  SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.

b) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih
mudah untuk djaga/dimanja.

c)     SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.

d)   SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

e)   SAFI SHAYLA Syampu Hitam MenawanJuga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam
berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.

f)    SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.

g)  SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.

h)  SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.


2.       Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)
a)  SAFI SHAYLA Syampu Kawalan  Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus


3.       Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)
a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)  SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus


4.    SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)

        Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi,anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.


5.       SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)



Juga terdapat dalam dua variasi

Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:

a)     Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria

b)    Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.

c)      Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.

d)     Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.


6.       SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)



         SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-

a)    SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran  cahaya matahari.

b)    SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.

c)    SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.

Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak.  SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia

Sunday, March 18, 2018

Tips Muka bersih tanpa jerawat : Double cleansing!

March 18, 2018
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca :)

Apa khabar hati hari ni?
harap terus sihat dan ceria :)

Untuk pos kali ni, aku nak cerita tentang rutin terbaru yang aku amalkan, iaitu double cleansing. Dah dekat sebulan jugak aku amalkan dan nampaknya perubahan pada kulit wajah agak positif dan memberansangkan, so why not tak share dekat blog ni kan, benda baik patut dikongsi :)

Double Cleansing ? Ape tu ?

Masa mula-mula dengar pun dah tertanya-tanya apebenda lah ni. Dengar bunyi macam kene cuci muka dua kali ke. Tapi kenapa kena cuci sampai dua kali? sekali tak cukup ke, Macam membazir je?

Ni lah yang berlegar-legar di fikiran aku masa mula-mula dengar terms ni. Gali punya gali , baca artikel semua baru faham yang double cleansing ni merupakan teknik paling utama yang diamalkan oleh wanita-wanita korea untuk penjagaan wajah. Sebabnya, bila mencuci muka dengan pencuci biasa sahaja, masih belum tentu lagi kotoran atau minyak di muka akan hilang sepenuhnya, lagi-lagi bagi mereka yang gemar menggunakan makeup. Jadi dengan penggunaan double cleansing, segala minyak, sebum dan kotoran dimuka dapat dicuci di tahap optimum.

Kotoran di wajah kita ade 2 jenis, iaitu minyak dan air. Kotoran minyak seperti sunscreen, sebum tu lebih efektif dengan menggunakan minyak. Pernah dengar kan yang minyak dan air tak boleh bergabung? Jadi sekiranya kita membersihkan wajah yang berminyak menggunakan pencuci water based semata-mata, walaupun kita rasa dah bersih, tapi sebenarnya tak. sebab tulah jerawat segala tumbuh balik dekat muka.


Step by Step double cleansing

STEP 1 : Gunakan pencuci oil-based

Biasanya dekat packaging dia akan terus tulis oil cleanser dan kebanyakannya sesuai untuk semua jenis kulit. Dekat Watsons dan Guardian pun banyak, korang boleh cari ikut brand yang digemari. Cara guna dia senang je, tapi berbeza sedikit dengan pencuci biasa. 

cleansing Oil - pic dari google

Sebelum guna. pastikan muka dan tapak tangan kering.

1) Pump/tuangkan pada tapak tangan
2) Gosok tapak tangan sampai rasa macam panas-panas sikit
3) Sapu di seluruh muka, urut-urut sikit
4) Titiskan air pada wajah yang ada cleansing oil tu, urut-urut muka sampai oil tadi jadi warna putih
5) Bilas dengan air

STEP 2 : Gunakan pencuci water based atau pencuci muka harian 

Lepas cuci muka dengan cleansing oil, teruskan pulak cuci muka dengan pencuci muka biasa yang korang guna, cuci muka macam biasa je. Bia dah siap, korang boleh belek-belek muka depan cermin dan rasailah perbezaannya. haha!

Untuk aku, aku gunakan cleanser macam di bawah ni, serius sangat best pada muka tau.

My double cleansing routine:
Step 1 : Nutox Cleansing Oil
Step 2 : Gel Pembersih Wajah SRG Beetox



Kena pakai hari-hari ke?

Untuk double cleansing ni aku akan guna sehari sekali je, biasanya lepas balik dari kerja. Kalau hari cuti kalau tak keluar rumah just pakai cleanser beetox tu je sebelum mandi. Sebabnya pergi kerja aku akan apply segala serum, essence, moisturiser dan sunblock tu dengan mekap sikit-sikit. Jadi bila balik rumah tu memang nak muka betul-betul bersih baru rasa selesa. 

Kalau hari cuti dan ade dekat rumah je aku selesa tak pakai apa-apa skincare dekat muka, just pakai bedak baby je, jadi takde keperluan pulak untuk buat double cleansing.

Untuk dapatkan kulit muka yang bersih kita memang perlu melabur sedikit. Tapi bukan mahal pun buat double cleansing ni. Harga cleansing oil ni pun dalam range RM30-RM60 je sebotol yang mampu bertahan berbulan-bulan. Nutox tu pun aku beli dalam RM32 je haritu dekat Guardian. Jadi aku rasa tak rugi pun.

Bila muka bersih, mekap pun senang nak pakai dan lebih tahan lama dekat muka. Jerawat pun segan nak ada tau. Jadi, jom amalkan dan sama-sama kita nikmati kebaikannya  :) 

Wednesday, September 13, 2017

Sakitnya scaling gigi!

September 13, 2017
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua (:

Alhamdulillah, dah selesai scaling gigi tadi.

Untuk pengetahuan semua, aku ada gigi berlubang yang perlu ditampal. Haritu masa proses nak tampal gigi, gusi yg dekat gigi tu tak berhenti berdarah so doktor cakap tampalan nanti tak cantik. Lepas siap tampal, doktor cadangkan untuk aku buat scaling gigi, katanya sebab gusi aku bengkak-bengkak sebab tu senang berdarah. 

Last scaling gigi masa 2014. hahaha lama kan? Aku ni adalah sejenis yang penakut nak jumpa doktor gigi. Tapi ade ke manusia yang suka jumpa doktor gigi? Ada ke? kalau ade tu macam tak normal je. haha!

image:google

So pagi tadi selepas bermuhasabah diri sendiri, aku pun pergi la Klinik gigi puspanitapuri kat Presint 10 untuk buat scaling. Untuk pengetahuan semua, Klinik gigi kat pusnitapuri ni hanya khas untuk kaum wanita sahaja. Lelaki tak boleh tau. Klinik ni best sebab tak ramai orang macam klinik kerajaan lain. Masa aku datang tadi pun takde orang, aku sorang je patient yang ada. Lagi satu yang bestnya, free je untuk penjawat awam tau. Kalau swasta paling murah pun dalam RM60-RM80 untuk kos scaling gigi ni.

ok, jom sambung cerita.

Masuk-masuk je bilik doktor rasa macam nak patah balik pergi kat kereta. Tak sanggup rasanya nak hadap. Tapi entah macam mana tetiba berani pulak, so kita redah je la. Masa doktor cuci gigi tu okey je, lembut je takde kasar-kasar pun, tapi SAKIT! Scaling gigi memang sakit kan? dulu masa scaling gigi pun sakit sama jugak mcm ni. Doktor cakap sebab gusi aku tak berapa sihat, bengkak-bengkak banyak. Karang gigi tak banyak mana cuma bengkak tu yang banyak. Sebab tu sakit kot, sebab bila gusi dah bengkak mesti sensitif area tu. 

After seminggu buat scaling, baru boleh tampal gigi tu. Doktor cakap nanti kumur je dengan air garam biar bengkak-bengkak di gusi tu hilang. Sakit dekat gusi masih terasa berdenyut-denyut lagi ni tapi dah reda sikit. Harap-harap bengkak ni cepat hilang dan semoga gusi aku kembali sihat. 

Tak sabar nak tampal semua gigi berlubang ni dan nak buat whitening nanti kalau ade rezeki. Nanti boleh senyum tunjuk gigi je. haha!

sehingga berjumpa lagi di next entri.


Thursday, August 3, 2017

WATSONS BUY 1 FREE 1

August 03, 2017
Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

Watsons tengah sale sekarang ni. Sampai 4 september 2017 rasanya. Salah satunya ialah yang buy 1 free 1 tu. Bila aku belek-belek katalog online, tengok ehhh banyak jugak pilihan yang ada, so apa lagi tarik tangan husband teman pergi watson beli apa yang patut. Jimat sangat!

Ni antara barang yang aku beli.




Lip Ice Sheer color-1 Set
Aku memang guna yang ni kalau kat office. kalau malas nak mekap or pakai lipstick, yg ni je aku calit. Ikut warna darah, best jugak lah.



Maybelline White Super Fresh CC Cream-1 Set
Ni sesaje nak beli. Tak pernah pakai pun CCcream mana-mana jenis. Tapi bila dah beli, memang sangat tak menyesal la sebab memang best sangat, tekstur ringan dan boleh buat alas bedak.


ORITA Shower Gel-3 set
Yang ni paling best. Ada 3 jenis. Susu Kambing, Rose dengan Green Tea. Ni aku beli 3 jenis sekali. Boleh guna untuk 6 bulan kami laki bini.haha!

Pantiliner KOTEX - 1 set

KOTEX Overnight Wing - 1 set


Watsons Gel Body Scrub- 2 set
yang ni pun best, so aku beli 2 set. dapatlah 4 haruman yang berbeza

Dengan promosi Buy 1 Free 1 ni, aku dapat jimatkan RM124.85. banyak kan? So korang tunggu apa lagi, pergi cepat sebelum kehabisan stok. Atau lagi senang korang beli online je dekat website dia. Beli online dapat free gift tau! Klik SINI

ok, jumpa lagi entry akan datang.

Assalamualaikum





Post Pilihan

randomposts

Followers