Baju raya?
Asyiqin
July 15, 2014
Assalamualaikum..
Selamat malam (:
Dah lama tak tanya khabar hati. sihat?
Alhamdulillah.. (:
Dah 10 hari tak menaip. Selalu rasa eksaited nak menaip, tapi bila sentuh je button keyboard, dah jadi mcm speechless, dah hilang idea yg ade dlm kepala sekejap tadi. Sekarang ni tengah buat list, list untuk raya nanti. Sebab raya ni mcm spesel sikit. Sebab............. raya ni dapat cuti raya! hihi.. Yelah, tahun lepas mase orang sembahyang raya, kite dah siap siap pakai headset nak melayan karenah customer. Nasib baik ofis provide makanan raya. Merasa jugak suasanan raya tu. Ingat lagi masa raya first tahun lepas, kerja jam 9.30am, naik tren dari nilai dalam 7.30. Langsung takde orang dalam tren tu, yela public holiday plus hari raye, orang semua dah bz pergi surau. Melangkah pergi kerja pakai baju raya. semua orang pakai baju baru. Yang lelaki pakai baju melayu. haa. melting. Tapi tu dulu lah. sekarang tak mahu sebab hati ni dup dap dup dap kat sorang tu saje. ehh tetiba kan (:
Semalam ade orang tak tidur langsung. Bukan berjaga sebab nak tengok jerman menang, tapi sebab menyiapkan assignment. Dan aku yg di sebelah ni langsung tak mnyumbang ape ape idea untuk esemen beliau, melainkan tengok handphone baca apa yg patut untuk preparation raya nanti dan pusing belakang bila orang jerit goll!! Hehe.. takpelah, kite bagi sikit sumbangan kasih sayang dalam hati ni dah memadai la kan awk kan. Dan disebabkan tu, malam ni handphone tak berbunyi pun. Beliau nak qada balik tidur semalam tu lah mungkin.
Aku pening.
Pening fikir baju kurung raya ni. Nk beli baju yg simple dan memuaskan hati tapi tak jumpe. Kalau jumpa design yg simple, kain pulak tak berkenan, kalau jmpe kain yg sedap, design pulak yg padat macam nak pakai kawen. Tadi sebelum balik nilai dah tawaf satu jln masjid india, tapi hampa. Memeng trend eh skrg baju raya macam baju pengantin? orang belum nak jadi pengantin lagi lah.. baru nak ber... berhari raya (: Tapi lepasni kalau dapat design ngn kain yg berkenan, terus beli je. malas nak survey2 lagi. penat sebab end up nanti keluar balik dengan tangan kosong. sigh
Ha, spek dgn kunci rumah tertinggal kat KL. Nampak tak masalahnye sekarang. sigh lagi.
Nanti ade masa update lagi. selamat bersahur, selamat berpuasa ^^