Friday, November 19, 2010

kalau jmpe binatang nie,cpt2 lari k :p

November 19, 2010



Salam,hye. Pernah tak nmpak lalat yg rupe die mcm nie? (geleng2..x penah lg nmpak)

Tapi kalau la terserempak, lari la cepat2, atau amik je pemukul lalat tu, pukul je sampai die koma. okeh??

Kejam ke? tak laa. bahaya tau lalat pasir nie.
Die la punce kpd penyakit Cutaneous Leishmaniasis (CL) (nk tau lebih2 p la cek kat pak google ye :p)


Ia adalah sejenis penyakit parasit yang disebarkan oleh lalat pasir betina atau phlebotomine. Serangga Sepanjang dua hingga tiga milimeter itu memerlukan darah manusia atau haiwan untuk membolehkannya membiak. (mcm vampire pulak..aish )
Penyakit nie boleh dirawat dengan ubat-ubatan dan tidak membahayakan nyawa. Tapi tinggalkan kudis pd mangsa..eii.. :(
walaupun kononnye x merbahaya. tapi korang nk ke kulit korg yg lawa putih gebu cun melecun jd mcm nie? kompem xnk kan..jadi anti sosial pulak nnt..

Nak bg elok pun ampai ne cucuk2 oit. sakit tuu..

jadi mulai skrg, jagelah kebersihan persitaran anda.Awasilah lau ade lalat2 yg terbang2 tu ye..
sbb lalat nie suke tmpat2 yg TAK bersih aje.. ^_^

.sumber dari kosmo online.

Thursday, November 18, 2010

Gadis2, kasihanilah ayah anda :)

November 18, 2010

Salam,hye. hari ni nak ongsi entri ni untuk gadis2 di luar sana. tau x sebenarnye siapa yg tanggung dosa kite selama ni. meh2.. nk tau lebih lanjut bace sampai abes k. sgt penting ni !!

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Jadi bg gadis2, kasihani la ayah anda, sbb seorang ayah perlu menanggung dosa sendiri, dosa ibu kita, dan dosa anak2 gadis sehingga mereka berkahwin. berat betul tanggungan seorang ayah.so, kalau ayah2 marah2 anda sbb pakai baju yg sendat mendat, atau ape2 perkara lain. tolonglah faham. tolongla ringankan beban yg ayah kite tnggung. renung2kn dan selamat beramal!! hehe ^_^


Kanak-kanak
Lelaki : Dosa ayah (lelaki) yang tanggung.
Perempuan : Dosa ayah (lelaki) yang tanggung.

Bujang (baligh)
Lelaki : Tanggung dosa sendiri.
Perempuan : Dosa ayah (lelaki) yang tanggung.

Berkahwin
Lelaki : Tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan anak lelaki yang belum baligh. BERAT BUKAN?!
Perempuan : Dosa suami (lelaki) yang tanggung.

Tanggungjawab
Lelaki :Hukum menjelaskan anak LELAKI perlu bertanggungjawab ke atas ibunya. Berdosa baginya jika tidak menjalankan tanggungjawab terutama anak lelaki yang tua.
Perempuan : Hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya. Buat jahat, dosanya ditanggung suaminya.


  • Auratnya lebih sukar dijaga berbanding lelaki
  • Perlu izin dari suami apabila mahu keluar tetapi tidak bagi lelaki
  • Saksinya kurang berbanding lelaki
  • Menerima pusaka kurang dari lelaki
  • Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
  • Wajib taat kepada suaminya
  • Talak terletak di tangan suami bukan isteri
  • Kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas


1)Perempuan wajib taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang perempuan?

2)Perempuan menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Tetapi Lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan harta itu untuk menyara isteri dan anak.

3)Lelaki wajib memberi nafkah kepada isteri, tetapi tidak bagi isteri. Namun begitu, isteri boleh membantu meringankan beban suami. HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri apatah lagi menggunakannya tanpa izin.

4)Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).



Post Pilihan

randomposts

Followers