Wednesday, June 29, 2011

Jodoh apakah sudah ditentukan?

June 29, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera kepada semua pembaca yg budiman :)

credit to google

Hari ni nak bercakap tentang jodoh. Maaflah, bukan pandai sgt, tapi cume nak beri pendapat la sikit2 kan. Jodoh memang da ditakdirkan dan dah tertulis untuk kita kan. Rasulullah SAW telah bersabda:

 “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.  

Walaubagaimanapun kita memang digalakkan berusaha mendapatkan jodoh yang baik untuk kebaikan masa depan, dunia dan akhirat. Tanpa usaha, susah untuk kita dapat yang terbaik. betul kan? Setiap orang mahukan pasangan yang sempurna dan boleh berikan kebahagiaan bagi mereka. tapi mana ada manusia yang sempurna dlm dunia ni. 

Pasangan bercinta mahu kekasih yang dipuja siang dan malam menjadi teman hidup mereka di masa depan. Tapi siapa tahu masa depan. Takde sape yg boleh mentafsir masa depan. Sebab tu ramai pasangan yang bercerai berai, gantung tak bertali, rumah tangga yang berpecah belah. sebab mereka tak tahu masa depan mereka. xde sefahaman, xde kata sepakat yang terbaik. Dan akhirnya perpisahan sebagai jalan terakhir. 

Jadi tepuk dada, tanya hati. Memang kita tak tahu masa depan, tapi kite boleh merancang untuk hadapi masa depan dan cabaran serta halangan berumah tangga bersama pasangan kelak. Alahai, macam simpan duit dalam akaun khas tiap2 bulan untuk persediaan menghadapi segala kemungkinan berlaku kecemasan. Macam tu lah bila nak melangkah ke alam rumahtangga. Pastikan diri sendiri dan pasangan sudah bersedia mental dan fizikal dan ada sumber kewangan yang mencukupi. Yelah, salah satu faktor penceraian yang paling banyak sekarang sebab masalah kewangan kan2. ^_^

Dan selepas berpisah pulak. jangan salahkan siapa2. Menangis air mata berdarah sekalipun keadaan tak akan berubah. Mungkin orang itu bukan yg terbaik untuk kita, dan kita bukanlah yang terbaik untuk orang tersebut.  Mungkin dah ditetapkan orang tersebut bukan untuk kita sampai mati.Bukan kepunyaan kita selama-lamanya. Berhenti ceritakan keburukan tapi kenanglah kebaikan yang pernah dia buat kat kita.Mesti kita akan rasa lega kan. Dan di sana tuhan sudah tetapkan pasangan lain yang secocok untuk kita.Hanya dia lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita kan? Jadi banyak kan berdoa,usaha dan tawakal. Semoga kita bersama dikurniakan jodoh yang baik dan keturunan yg soleh dan solehah.




Berbalik pada video di atas. Pada pandangan sy lah. Salah sebenarnya berdoa macam nie. Sebabnya kite mendoakan keburukan pada yang lain. Mendoakan supaya dihancurkan kebahagiaan orang lain perbuatan yg dilarang mana2 agama kan. Jadi jangan buat mcm nie. Redha dengan pe yg da tertulis untuk kita. Terima dengan hati yang terbuka. Insyaallah di sebalik keperitan ade kemanisan yang tersembunyi. 

k,till next entry ya :)

Cabaran 30 hari#Hari ke3-perkara sebelum tido-

June 29, 2011


Assalamualaikum.
Salam sejahtera kepada semua.

Ok,kembali kepada cabaran 30 hari dalam entry INI,

hari ke 3:Perkara yg anda selalu buat sebelum tido?




Okeh.before tido, perkara wajib yg mesti buat ialah:
  • Gosok gigi
  • Cuci muka
  • Basuh kaki
haa,pastu baru boleh tido dengan lena :)

Okey, till next entry ^_^

Tuesday, June 28, 2011

Selamat datang ke Bintang Fashion ^_^

June 28, 2011



Assalamualaikum.
salam sejahtera pada semua pembaca.


Nape sibuk2 nak buat entri pasal bintang fashion kan? haha. mesti la ade sebab kan. Lusa, khamis nie bermulalah sy jadi staff baru kat ctu..hehe :) Ni lah kerja part time sy untuk cuti sem ni. Sem lepas da keje kat Mydin.hehe ^_^ Meh datang ramai2 kat Bintang Fashion Nilai.

ok, till next entry :)




Cabaran 30 hari # Hari kedua-muvie-

June 28, 2011

Assalamualaikum.
Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Sekarang sampai giliran untuk menjawab soalan yg ke2 dlm entry INI.

Soalan: Movie paling best penah anda tengok?

Okeh, jawapannye ialah DEEP BLUE SEA. Cerita tentang ikan jerung yang dibuat ujikaji yang menyebabkan ia menjadi semakin bijak dan ganas. Ramai tau orang orang yang kene ngap. Memang patut la pun, Sebab makmal ujikaji tu kat tengah2 laut. Nak p sane pun ne naik helikopter. Sorang je yg terselamat.Laki ke pempuan tak ingat plak.hee ^_^. Tapi muvie nie memang sgt best la. :) Best tau cite nie. First tengok mase darjah 4 dulu..


poster die-google

tangan die nie kene ngap-google

mamat ni x pasan jerung kat belakang die. 
sekali ne ngap.sape suruh jahat sgt -google



ok.bye. Till next entry yea :)





Monday, June 27, 2011

Cabaran 30 hari # Hari pertama-Lagu-

June 27, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera pada semua pembaca.

berbalik pada entry INI,
cabaran pertama dimulakan :)

soalan: Lagu yg anda dengar hari ini.

Erm..boleh tak andaikan lagu pertama yg saya dengar hari ini? boleh la kan2. hehe.suka hati la kan.okeh, sy buka radio tadi, lagu Adam-jatuh yg berkumandang :) 

Adam-Jatuh

enjoy the song :)
n till next entry







Post Pilihan

randomposts

Followers