Sunday, September 4, 2011

Rayuan kolej berjaya, tapi dilema pulak!

September 04, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua pembaca yg budiman ^_^

Berbalik pada tajuk entri di atas. yes, sy dalam dilema. Tadi duk sajelah nak bukak website uitm kan. tgk status rayuan kolej. takde la terfikir uitm nak update status tu, sbb selalu p tgk2 die tulis sedang diproses jek. tapi bile tengok tadi..jeng jeng jeng!!


Dengan berjayanya rayuan kolej nie, maka bermula lah dilema diri ini. mahu duduk luar atau duduk di kolej? Arghhh!! buntu buntu. dah la duet deposit umah sewa dah bayar. isk3.. Bayar deposit ni sebab orang2 cakap sgt susah nak dapat rayuan kolej. so, bajet2 x dapat lah kan, sbb bukan lah rajin sgt p aktiviti2 kolej. Erm..xpe2 ade masa lagi untuk berfikir..


Saturday, September 3, 2011

Semoga selamat perjalanan kamu,adik :)

September 03, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat pembaca budiman.

Harini ramai yg dah pulang ke bandar dan ke tempat masing2 kan. sekolah pun dah nak buka dan orang sudah mula bekerja. Baru je tadi hantar adik sy, zaty  ke terminal one untuk balik ke politeknik seberang perai. sebabnye bas poli tunggu kat situ ^_^

bukan sy yg gemuk k, tapi zaty yg kecik sangat.hehe :)

ni mase kat rumah lagi. sempat je bg pose. pantang betul bile tau ade org nak snap pic die. hehe ^_^

Balik cuti seminggu je aritu, bawak balik beg mcm nak balik sebulan. kan dah kena angkut balik semua beg tu balik sana. dengan kueh raye lagi.mane la kau sumbat ni kan zaty oii.

Beg beliau.tah isi ape dalam tu tak tau lahh :)

xpe2, ayah tolong masukkan beg ^_^

dah sampai kat terminal! ni zaty tengah sumbat beg2 tersebut dalam temapat simpan beg bas politeknik seberang perai, sambil ibu duk perhati jek :)

menunggu bila lah bas ni nak gerak. ramai betul family yg hantar anak masing2..

akhirya tepat jam 10 malam, bas pun bergerak.. pakcik bas yg bawak bas politeknik seberang perai, plat WSM7858, bawak bas baek2 ye..sebab adik saya ada dalam tu ^_^

aku,ibu,ayah,adik syg kat kau ty.. ^_^

Semoga selamat sampai ke poli. Kami doakan keselamatan kau zaty :) Dia dapat tawaran uitm haritu, tapi die pilih untuk teruskan pengajian di politeknik sahaja. Mungkin dia dah selesa dengan persekitaran kat sane :) Dia tau la ape yg terbaik untuk dia kan. Buat zaty, belajar sungguh2 k kat sane. ^_^

Friday, September 2, 2011

Sedikit tentang raya

September 02, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Selamat hari raya aidlilfitri buat semua. Best tak raya? best tak jumpe saudara mara n kawan2 di hari raya ni? Best kerr.. =.="

Rasenye raya tahun ni paling bosan dari yg biasa. Paling tak meriah. paling tak best. Raya kat Nilai ni je pun. Sedara mara yg sporting bape kerat je sangat. Ada yg menjauhkan diri, dah tak nak campur n bergaul dengan sedara mara yg lain. Ingtkan bile masing2 dah besar, dah boleh berfikir secara waras. Ini tidak. dah tak nak bercampur dgn sedara mara kt sini.Bila nenek dgn atuk dah takde, masing2 jadi cmni lah.  Lantaklah kau labu. geram aku!

Raya tahun ni tak best sebab xde pic byak2. yelah, dah suasana tak best, mestilah nak snap pic pun xde mood kan kan..huu..tapi sebenarnye ok je..tak tau lah nape emo sangat hari ini. Ntahlah.

Adik sakit. Asik ke tandas je raya nie. kesian kat dia.Keracunan makanan agknye. Salah satu sebab juga kenapa mood raye tahun ni xde. Sebab tengok adik tak ceria. Hilang keceriaan diri ini sekali. Hurm. tah la. tak tau la.Lagipun zaty dah nak balik poli esok. sekejap je dia cuti.

Walaupun aidilfitri kali ni rase agak berlainan sekali,Tapi selagi keluarga ada di sisi, selagi itu aidilfitri tetap bermakna..





Tabarruj- peringatan buat muslimah.

September 02, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua :)

Selamat hari raya kepada semua pembaca yg budiman. Sudah harikeempat kita berhari raya.Dalam kita beraya, bergaya dengan baju baru corak terkini, mengunjungi rumah sanak saudara dan rakan-rakan. Seringkali kita lupa tentang satu perkara. Tabarruj.




credit kepada Nashir as




Friday, August 26, 2011

Segmen:Diari Ramadan Anda

August 26, 2011
Assalamualaikum..
salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman ^_^

Hari ni nak join segmen by ZALIFA

Klik banner je okey :)
Due date 27/8/2011

Okey,cik Zalifa ada tanya beberapa soalan nie :

Baju raya pesen apa? warna apa?
Baju raye xde pesen2..hehe.cotton yg biase tu je.Ada dua pasang.RM50 sepasang beli kat nilai 3. Dua2 kaler hijau. Jimat dan sgt selesa. Actually kurung ni dibeli sbb nak bawak g kuliah je pun, n memandangkan raya da dekat, so buat baju raya la terus :) 

Antara sms dan kad raya yang mana jadi pilihan korang masa hari raya?
Okey.ini kenyataannya. Dulu memang suka pos kad raya bg kat kawan2. walau rumah kawan tu 5 minit jalan kaki pun boleh sampai, tetap nak pos kad raye gak ^_^. Sebab dulu setem 20sen boleh guna lagi.hee..lagipun masa tu xde handphone n facebook :) Pas zaman kad raya, zaman sms pulak dgn pantun 4 kerat la, kata-kata bunga bunga la, sbb dulu xde handphone yg ada mms.Zaman Sekarang ni jarang dah buat kedua mende tu. paling rajin pun cari pic raya kat google, edit sket,upload then tag kawan2 kat fb. ^_^ 

 Kuih raya kegemaran?
Dulu paling suka kuie almond landon sebab coklat ade banyak kan. pastu da muak n sampai sekarang rasa loya tgk almon landon. sekarang nie takde lagi kueh raya kegemaran, sebab tak suke makan kueh raya sgt la. tapi tart nenas pun ok kot. :)



k, till next entry :)

  





Day 4 - A photo that makes you happy.

August 26, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Sudah tiba hari ke4 dalam cabaran 10 hari 10 gambar.Klik di SINI



Dari kiri syaza,iqa,sy,nadia  :)

Gambar ni mengingatkan sy pade roomate mase study dekat uitm Lendu  dulu. Mereka roomate yg terbaik dan sempoi :). Sangat best duk sebilik dgn dorang nie. caring, sharing, tak kedekut, ramah, memahami dan best la.. mereka roomate terbaik yg penah sy kenal. kombinasi 4 org yg sgt sesuai. Almaklum lah sy ni selalu bertukar2 rumet kan, tapi antara yg bertukar nie..dorang yg terbaik :) Bile ingat dorang nie, rase hepi sgt2.

Sy dgn nadia jd roomate mase part 2, pastu iqa masuk join kami mase part 4 n syaza pulak join kami mase kami part5. Die part2 mase tu. Sebelum diorang join, org lain yg masuk bilik kami nie. mcm2 ragam kami jumpe. Akhirnye dpt jugak roomate yg sehati sejiwa.

Sekarang ni pun semua dah terpisah..Sy sambung degree di uitm s.alam, iqa ambil finance di uitm kelantan, nadia ambil hr di uitm kampus bandaraya melaka dan syaza masih di lendu sbb dia baru part4 skrg.Syaza amek akaun ^_^. Rindu sgt kat dorg ni :)


Thursday, August 25, 2011

Menang VCO dari Puan Bee

August 25, 2011
Assalamualaikum
salam sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah.. hasil usaha saya join kontest duit raya anjuran Puan Bee membuahkan hasil. Ramai jugak yg menang dan banyak hadiah yg diberi.Rezeki kan. :)

Dan, saya menang sekotak VCO :)
senarai pemenang,klik SINI


Post Pilihan

randomposts

Followers