Monday, January 16, 2012

Aku dan novel

January 16, 2012
Assalamualaikum.

Ada yg suka. Ada yg tak suka. Novel itu seronok kalau baca sambil menghayati. Lagi-Lagi karya Ramli Awang Murshid tak (RAM) ^_^


Sedar tak sedar la kan, semua novel RAM dah berjaya baca da. ^_^. Dan setengah novel ni ade kat rumah. First novel RAM yg aku baca dan duk hadap je sehari suntuk ialah mandatori. Buku ni jumpa kat belakang kelas masa form 5 dulu. Bawak balik n baca sampai habis. Haha. sangat best dan sangat misteri!! Lagi-lagi trilogi bagaikan puteri tu. sangat best! sekarang ni nak habiskan baca Rayyan Fantasi dgn Fiksyen 302 pulak . Dengar cerita tahun depan sunan musafir nak keluar, pelengkap trilogi bagaikan puteri :))

p/s: sangat tak sabar nak tahu ending laksamana sunan. hehe :p

Thursday, January 12, 2012

Kalau sayang, lepaskan ia pergi :)

January 12, 2012
Assalamualaikum.


bertawakal itu yg terbaik. semuanya sudah tertulis.
pic: google

Ramai orang selalu cakap jika kita sygkan sesuatu, biarkan ia pergi. lepaskan ia, hati pun senang, tenang dan tak gelisah. Betul kan? Ye, ungkapan itu ada benarnya.

Tapi bagi aku, selagi 'sesuatu' itu masih ada pada kita, masih berada di samping kita, masih dalam simpanan kita,  we have to appreciate it. Jaga betul betul. Sebab bila dah kehilanganya, menyesal pun tak guna. Yang lama tak kan sama dengan yang baru. Tapi slalunya yg baru lebih baik dari yang lama.Cuma kenangan itu yg berbeza. We learn from the past. we should got much better. 

Lepaskan ia pergi bila kita sudah kehilangan 'sesuatu' yg kita pernah sayang. Lepaskan dgn ikhlas, bukan sebab terpaksa. Bila terpaksa, hati yg merana. Bila merana hidup kucar kacir, tak tenang dan gelisah. Boleh jadi gila!

ok, macam ni ye.

Bila kau dapat helmet baru yg sangat cantik. warna merah lagi. tapi tak sampai seminggu, helmet tu dah kena   curi sebab kau x simpan elok2, yela ade box tak mau guna kan.. biarkan je la helmet tu pergi. jangan dok kenang-kenang lagi. Bila dikenang, hati pun sakit. hidup pun tak tenang. so, just let it go. okey?

Bila ayah balik dari sabah, belikan kau gelang mutiara hitam putih yg sangat cantik, tapi beberapa bulan kemudia ia hilang sebab kau terlupa letak kat mana, then cari satu rumah tak jumpa, kol ibu kol adik tanya tapi mereka pun tak jumpa. Duk menangis sorang sorang dalam bilik sebab kau sayang sangat gelang tu, sebab gelang tu la yg selalu temankan kau saat susah dan senang, sebab gelang tu pemberian orang yg sangat kau hormat dan sayang, tak lena tidur tak kenyang makan sebab terkenang si mutiara dan kenangan bersamanya. Hidup pun tak menentu.Tapi dah terbukti yg sememangnya rezeki kau bersama gelang tu sampai situ sahaja. jadi kau harus tabah dan ikhlas lepaskan ia pergi. baru hati boleh tenang dan gembira.


Lepaskan ia pergi. Itulah yang terbaik. Allah sudah menentukannya. Jangan dikenang lagi.Redhalah walaupun ia pahit. Redhalah walaupun ia sakit. Kerana Allah tahu yang terbaik.

Mimpi

January 12, 2012
Assalamualaikum.

Ye,mimpi cuma mainan tidur, tapi bila termimpikan kamu secara tiba tiba, terasa seperti realiti. seperti melekat di hati. Dan rindu itu datang setelah lama ia tak menyinggah.

....dan sendiri aku tersenyum, bukan sebab kamu. kenangan itu yang tak mampu aku lupakan.

Tuesday, January 10, 2012

2 more paper to go :)

January 10, 2012
Assalamualaikum.

Lepas habis jawab 2 paper ni dah bole balik la rumah. Cuti lama boleh tido puas2 untuk sehari dua. Padahal sekarang ni pun lagi banyak tido je dari stadi. syuhada oii . bile la nak berubah ni!! okey, sekarang pun sedang berjuang khatamkan Organizational behavior (OB) yg berbaki lagi 9 chapter lagi. 9 chapter lagi ok syu! esok pagi dah exam. melampau!


.:: She still in your head, your mind, your heart. so, who am i to you ? ::.

Saturday, January 7, 2012

pemberi semangat.

January 07, 2012
Assalamualaikum


Terharu bila ibu call and msg guna handphone ayah, bertanya khabar dan juga exam.
 'fikirkan masa depan yg cemerlang' - sms yg ibu kirimkan. ringkas tapi penuh erti.


Bila teringat memang susah nak lupa

January 07, 2012
Assalamualaikum.

Harini rase semangat sangat bekobar-kobar nak smbung study. semalam tak study lansung. padahal second paper esok petang. Nasib baik paper account je pun. Paper ni boleh score. insyaallah ^_^  

Dan bila nak study ni macam macam la setan setan ni duk hasut hasut. Mula lah teringat sesuatu yg sangat menyakitkan hati dan perasaan. Tarikh 5 May 2010 dgn 30 oct 2011 mmng sgt menyeksakan. Aku benci peristiwa tu!

Tapi aku tau semua yg berlaku ade hikmah yg tersembunyi. Itu kan dah takdir, kalau semua tu x berlaku aku tak kan kuat dan tabah seperti sekarang. Walaupun sakit sgt terasa sampai sekarang, tapi aku redha. Sehebat manapun kita merancang, hanya Allah yg berkuasa menentukan semuanya.







Tuesday, January 3, 2012

semua itu balasan. sedar tak?

January 03, 2012
 Assalamualaikum

Sekarang tengah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk final esok. ambil mase rest ni untuk update blog sekejap. Sekarang, saat ini, perasaan gembira. entah kenapa. mungkin pemberi semangat hadir di waktu yg tepat. terima kasih :) Tibe2 teringat pada kata2 seorang teman.

Disaat kita terluka, ingatlah saat kita pernah melukakan.
Disaat kita dihina, ingatlah saat kita pernah menghina.
Disaat kite disakiti, ingatlah saat kita pernah menyakiti.
Disaat kita dilupakan, ingatlah saat kita pernah melupakan.

Ini hukum karma, setiap yg berlaku pasti ada balasannya. Jadi tepuk dada, tanya hati.^_^




Monday, December 19, 2011

Yakinkan diri sendiri. itu sudah cukup.

December 19, 2011
Assalamualaikum.


Rasa seperti disiat-siat hati bila seseorang yg cukup kita hormati meletakkan kepercayaan di paras yg paling rendah. Keyakinan bagai disentap, namun semangat tak sedikit pun goyah. cuma terkejut dan pelik melihat ragam manusia yang seolah olah arif tentang diri ini melebihi si empunya badan. Siapa yg lebih mengenali diri ini, luar dan dalam, kelebihan dan kekurangan. siapa yang lebih faham rasa hati dan perasaan? Bukan dia, bukan mereka, bukan kamu, tapi aku. Aku yakin dgn diri sendiri. Itu sudah cukup. Tak perlu kamu, dia atau mereka untuk melemahkan diri ini.

Post Pilihan

randomposts

Followers