Thursday, March 13, 2014

Confirmation (:

March 13, 2014
Assalamualaikum wbt..
Selamat tengahari, salam sejahtera.

Apa khabar hati?
InsyaaAllah masih sihat dan baik :)



Good news!

Alhamdulillah..Setelah 9 bulan bekerja as a contract staff dekat company tu, akhirnya tadi dah dapat offer untuk become permanent staff! Kalau diikutkan kontrak akan tamat bulan 7 tahun ni, tapi alhamdulillah dipermudahkan. Lepas ni perlu lebih berusaha tingkatkan prestasi kerja dan performance biar dapat bonus masyuk. hehe 

Selalu juge ingatkan diri, biar ikhlas buat kerja,jangan sakitkan hati customer, sebab kerja kau akan berinteraksi dengann customer setiap masa. Kerja kau bantu customer, tapi kadang kadang tersasar. kadang-kadang jadi marah dan meluat. Ini lah cabaran kerja kan. Setiap kerja ade cabaran dia. Kau boleh Syuhada, you are born to be strong! Kalau tak dah lama kau resign kan syu. Ikhlaskan hati Syuhada, sekarang mungkin kadang kadang tersasar, tapi lama2 kau akan biasa. Sabar kunci utama (: 

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)

Ikhlas

***
Sekarang musim jerebu, x boleh keluar rumah sgt. Sekarang aku cuti, balik Nilai. Nilai jerebu teruk. Keluar rumah pun dah nampak asab jerebu tu. bahaya la. Sila jaga kesihatan dan jaga diri ya (:



##Semoga selamat kembali MH370






Saturday, March 8, 2014

Ohsem

March 08, 2014
Assaamualaikum..

Harini dah lapan March dua ribu empat belas  :) 

Apa khabar hati harini?
'Sudah semakin baik...InsyaAllah.. '

bagus ......... (: 

Dan tak lupa juga untuk pembaca senyap, 
mulai sekarang kau akan tersenyum sebab aku akan menulis untuk setiap minggu.


Cepat sangat masa berlalu kan? Pejam celik je dah March. Dah dekat 9 bulan kerja kat tempat penuh memori ni. Nasib baik aku cukup kuat untuk menepis segala kenangan yg singgah. Dah lepas, sudahlah kan (:

Hari sabtu adelah hari cuti dan hari esok ialah hari ahad dan aku harus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berdidikasi untuk mengharumkan nama company. kononnya la sangat kan. Nak melayan karenah manusia pelbagai bukannya senang. Ada yang cerewet sampai boleh menimbulkan kemenyampahan dan ade juga yang baik sangat smpaikan tak sanggup nak menghampakan.

Bila duduk dan melepak dekat rumah, selain tinjau dan mengusha makanan kat dapur, haruslah kita layan Running man! and FYI, dah terlepas dari episod 175! sekarang RM dah episod 187! Episod yang terlepas harus diqada' okey. Ape yg best sangat tengok RM? tahla.. aku rasa cerita tu boleh buat aku senyum dan ketawa berdekah2 tanpa pedulikan orang lain di sekeliling, dan ..... aku happy :)

Tapi.... 


sehebat dan selawak manepun RM yang buat kau gembira dan ketawa, jangan lupa ubat hati hanya pada Allah swt, meminta hanya pada dia.. mahu happy dan bahagia? minta sungguh2 pada DIA. Insyaallah segalanya tiada yang mustahil bagi DIA. 


Nah, tengok kalau anda ohsem (:



Post Pilihan

randomposts

Followers