Thursday, October 15, 2015

Alhamdulillah, 26 tahun (:

October 15, 2015
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Syukur Ya Allah..

10.10.1989 - 10.10.2015
Genap 26 tahun. 

Terima kasih buat suami yang buat suprise untuk isteri dia ni. Terharu sangat. Ingatkan nak pergi makan-makan je, tapi rupanya suami dah plan baik punya dengan staff dekat situ. Haishh. pandai betul awak kan.

Thanks suami. thnks untuk hadiah tu, thanks lagi untuk masa yg awk spend dengan isteri awak ni (:

Terima kasih jugak buat family sebab luangkan masa dengan aku. tengok wayang sama-sama. best sangat sebab bukan selalu dapat macamtu kan. Tengok boboiboy the Movie dengan Alif memang sangat mencabar.

Terima kasih juga buat kawan-kawan yang wish. Alhamdulillah.

Monday, September 21, 2015

Pending Mission

September 21, 2015
Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk menaip.

Sebenarnya rindu nak menaip selalu macam zaman dulu-dulu. Dulu hidup takde komitmen, di mana hidup aku pada ketika itu cuma belajar je. Sekarang ni bila dah bekerjaya, dah berkahwin, banyak komitmen yang aku perlu pentingkan. Tapi kalau ade masa terluang, sedaya upaya aku tak kan biarkan blog ni bersawang. Dah bertahun kot blog ni. rindu !

berbalik pada tajuk entri di atas

pending mission.

banyak perkara yg aku nk buat tapi belum sempat tercapai lagi hajat tu.

1) Daftar Haji
Insya Allah nak ajak suami pergi daftar haji bila ade kesempatan nanti. Aku ade dah akaun tabung haji, suami takde lagi. So td ade call orang tabung haji pasal daftar haji guna kwsp. Dia kata duit RM1300 akan dibekukan dalam akaun 1 kwsp sekiranya nak daftar haji guna kwsp. Then kalau xde lagi akaun TH, boleh daftar akaun TH dengan deposit RM2.00 je. mudah je kan. so apelagi. cepat-cepat lah daftar haji tu.

2) Beli kereta
Aku taknak tambahkan komitmen, so ingat nak beli kereta yang boleh bayar by cash je. So far mybe akan pilih kancil atau kelisa. Memang nk cari kereta kecik comel je pun, di samping boleh bawak ulang alik pergi kerja, boleh bantu aku untuk cari rezeki lebih nanti InsyaAllah. Kereta suami ade, tapi aku prefer lagi kereta kecik, yg penting kereta sendiri. hewhewww

3) Beli rumah
Insya Allah, dah dalam planning dengan suami nak beli rumah sebagai aset kami, sebab rumah makin lama makin mahal. Kereta pulak makin lama makin susut nilai. Sama dengan emas, makin lama makin mahal. hihi. Emas pun dalam planing jugak. insya Allah..


aku ni konon je nak aip panjang tapi dah xde idea..so, bye 


Post Pilihan

randomposts

Followers