Friday, December 29, 2017

UKJK PTD Gred M41 Bagi Tahun 2018

December 29, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua (:

Pihak SPA baru keluarkan tarikh dan tempat untuk UKJK bagi jawatan PTD M41 hari ini. Jadi sesiapa yang berkaitan boleh semak di SINI 

UKJK akan berjalan selama seminggu (20-26 Januari) dan ada 2 sesi (Pagi dan Petang). Setiap peserta akan hadir menjalani ujian selama sentengah hari sahaja mengikut sesi masing-masing.

Tempat untuk menjalankan UKJK ialah :


1) Institut Tadbir Awan Negara (INTAN) Bukit Kiara
2) Institut Kemajuan Desa (Infra), Bangi
3) Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
4) Institut Kemahiran Belia Negara, Bachok
5) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan
6) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Wilayah Timur
7) Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam
8) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Sabah
9) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Sarawak

Sesi aku bila?
jom tengok screenshot kat bawah ni :


23 Januari 2018 ( Selasa) Sesi Pagi di INFRA.
(Tahun lepas kena dekat IKWAS, Jauh.huhu)

BMI yang wajib lulus ialah sekitar 19-29. BMI aku seakarng ni 32 dan dah dikira tahap obese kot? tapi masih ade masa 3 minggu untuk mula diet dan exercise. InsyaAllah aku mesti boleh punya. siapa lagi kan kalau bukan diri sendiri yang kene bersemangat. hihi.. Pantang berundur sebelum berjuang!

Hanya calon yang berjaya melepasi saringan kesihatan dan UKJK sahaja akan ke peringkat seterusnya (PAC). Harap-harap aku tergolong dalam kumpulan yang berjaya ni. Kalau ade rezeki tak ke mana kan? Doakan ye..

Tahun ni style dia lain sikit dari tahun  lepas. Tahun ni UKJK dan PAC diasingkan, sementara tahun lepas memang jalan serentak. Mungkin ada prosedur baru tahun ni kan? 

Semoga semuanya baik-baik sahaja. InsyaAllah (: 

Sunday, December 24, 2017

Year End Giveaway by Husnieyhusain

December 24, 2017
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua (:


Hadiah Istimewa Menanti Anda!



🌸 Hadiah bernilai RM 50 (2 Pemenang)

1x Headphone, 1x Optical Mouse, 1x Wallet Key Holder


🌸 Hadiah Bernilai RM 30 (1 Pemenang)

1x Headphone, 1x Wallet Key Holder



- Wallet Key Holder -


Dalam wallet key holder




🍁Hadiah Tajaan (Saguhati)

Wang tunai RM 30 x 1

Wang tunai RM 20 x 1

Planner Kit x 1


Menarikkan semua hadiah ini? 
Comel comel je semua

Tarikh Berlangsung 

23 Dis 2017 sehingga 05 Jan 2018 Jumaat, 11.59 pm 

Friday, December 22, 2017

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2018

December 22, 2017
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca :)

Siapa yang tak suka bila dah nak dekat gaji? 
Mesti takde kan..

Tapi  kadang-kadang masa musim perayaan, selalu gaji akan diberi awal untuk penjawat awam buat persiapan dan sebagainya. Ade ke manusia macam aku yang tak suka bila gaji masuk awal? Sebab aku selalu terguna duit tu dan bila dah hujung-hujung rasa seksa yang amat. haha! Huhu..salah sendiri kan, siapa suruh tak berapa pandai nak manage duit gaji tu. haha! 



Wednesday, December 20, 2017

Demam 3 serangkai

December 20, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca blog 

Apa khabar harini?
Semoga baik-baik sahaja hendaknya di sana (macam tulis surat kiriman tak rasmi pulak. haha)

Image result for demam 3 serangkai

Aku tak berapa nak sihat ni. Badan dah memang panas macam nak demam sejak semalam lagi, malam tadi diserang selsema pulak sampai susah sangat nak tidur dan harinii... batuk dan sakit tekak pulak menyerang. Haiyaaaa

Dulu aku ni susah betul nak demam tau. Mungkin sekarang dengan usia akan mengajak akhir 20an ni sistem imunisasi badan pun dah tak seberapa kan? Siksa rasanya bila sakit macam ni, rasa badan tak bermaya je. Tengahari tadi pun aku terlelap kat surau office dekat sejam setengah jugak la.. nasib baik bos tak marah. hehe..

Semoga aku cepat sembuh. Doakan ye :) 

Post Pilihan

randomposts

Followers