Friday, December 29, 2017

UKJK PTD Gred M41 Bagi Tahun 2018

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua (:

Pihak SPA baru keluarkan tarikh dan tempat untuk UKJK bagi jawatan PTD M41 hari ini. Jadi sesiapa yang berkaitan boleh semak di SINI 

UKJK akan berjalan selama seminggu (20-26 Januari) dan ada 2 sesi (Pagi dan Petang). Setiap peserta akan hadir menjalani ujian selama sentengah hari sahaja mengikut sesi masing-masing.

Tempat untuk menjalankan UKJK ialah :


1) Institut Tadbir Awan Negara (INTAN) Bukit Kiara
2) Institut Kemajuan Desa (Infra), Bangi
3) Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
4) Institut Kemahiran Belia Negara, Bachok
5) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan
6) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Wilayah Timur
7) Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam
8) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Sabah
9) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Sarawak

Sesi aku bila?
jom tengok screenshot kat bawah ni :


23 Januari 2018 ( Selasa) Sesi Pagi di INFRA.
(Tahun lepas kena dekat IKWAS, Jauh.huhu)

BMI yang wajib lulus ialah sekitar 19-29. BMI aku seakarng ni 32 dan dah dikira tahap obese kot? tapi masih ade masa 3 minggu untuk mula diet dan exercise. InsyaAllah aku mesti boleh punya. siapa lagi kan kalau bukan diri sendiri yang kene bersemangat. hihi.. Pantang berundur sebelum berjuang!

Hanya calon yang berjaya melepasi saringan kesihatan dan UKJK sahaja akan ke peringkat seterusnya (PAC). Harap-harap aku tergolong dalam kumpulan yang berjaya ni. Kalau ade rezeki tak ke mana kan? Doakan ye..

Tahun ni style dia lain sikit dari tahun  lepas. Tahun ni UKJK dan PAC diasingkan, sementara tahun lepas memang jalan serentak. Mungkin ada prosedur baru tahun ni kan? 

Semoga semuanya baik-baik sahaja. InsyaAllah (: 

12 comments:

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. hai sis, boleh emel sy, nt sy share link dia
      asyiqin89@gmail.com

      Delete
  2. Alhamdulillah. Tahniah tahniah. Buat yang terbaik tauu sis. Btw, rasa macam tersilap tulis tahun tu. Sis tulis tahun 2017. Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aar..tak perasan salah taip. hihi dah betulkan pun. tq sis :)

      Delete
  3. good luck ya! make sure bmi d bawah 29..tido awal sebelum hari UKJK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah lepas dan everything smooth je. cuma x pasti lulus atau gagal. tp dah buat yg terbaik

      Delete
  4. hi sis! insyaAllah saya juga join UKJK 24 Jan ni di IKWAS. good luck ye! :)

    ReplyDelete
  5. Hi, nak taya, lokasi ni sama dengan Institut Kemajuan Desa (Infra) Bangi ke? sbb keliru alamat dy Kajang. Sy puya sesi 25hb ni. Good luck sis.

    ReplyDelete