Saturday, December 30, 2017

Jalan-jalan ke Farm In The City bersama keluarga tercinta (:

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

Alhamdulillah, penghujung cuti sekolah tahun ni dapat juga bawa family tersayang berjalan-jalan di Farm In The City, Sebenarnya memang plan lama dah nak bawa jalan ke sini memandangkan rumah sewa yang aku tinggal sekarang sangat dekat, dalam 5 minit je boleh sampai kat sini. Kalau siapa nak dtg sini, landmark dia betul-betul belakang Giant Seri Kembangan dan bersebelahan dengan Downtown Seri Kembangan. senang je cari tempat ni. Cumanya tempat parking agak terhad, tapi parking dekat luar pun boleh, banyak je parking kosong dekat bangunan sebelah, The Atmosphere tu (:

So nak dijadikan cerita, pagi rabu haritu bertolak dari rumah family di Nilai. Perjalanan untuk sampai ke FITC ni dari Nilai cuma mengambil masa 40 minit je sebab dekat sangat. plus, jalan pun tak jem masa ni, sebab waktu orang bekerja. Budak-budak pun dah bangun awal sebab tak sabar nak pergi berjalan. hehe.. Sampai-sampai je cari parking di dalam tapi dah penuh, so kita parking jelah kat luar tu.dekat je pun.

Kat bawah ni gambar pintu gerbang nak ke kaunter pembayaran tiket dan harga tiket untuk masuk. Pic ambil dari google je, so tak letak watermark.


Related image
Kanak-kanak bawah 90 cm free je masuk (: 

Aku pergi kat sini bersama-sama suami, ibu, adik bongsu, Afifah dan Alif (Anak buah) , Kak Nik dan Ikah (Anak angkat ibu). Cumanya dalam ni gambar aku seorang je takde sebab takde yang melepasi piawai. hihi. 

Banyak betul haiwan dalam ni tau. budak-budak pun seronok sangat dan teruja. Boleh  pegang, boleh bagi makan, minta je makanan dekat petugas. Kalau makanan dekat petugas dah habis, korang boleh beli makanan dekat mesin token. Untuk hygiene jangan risau, sebab tempat cuci tangan dan sabun ade disediakan. 

So jom kita layan gambar-gambar sepanjang berada dalam ni:




Part paling lama singgah ialah dekat kawasan arnab dengan longkang ikan, sebab budak-budak sibuk nak tangkap ikan. Selagi tak dapat selagi tu tak puas hati dan taknak berganjak pergi mana-mana pun. hahaha. biasalah budak-budak kan, bila dah dapat tangkap, senyum sampai ke telinga!




So far, kalau diberi peluang untuk pergi, memang akan repeat lagi sebab memang sangat puas hati. Budak-budak ni pun asik duk bercerita je walaupun dah balik dan dah sampai rumah. 

Jadi, kalau nak bawa anak-anak berjalan, boleh lah datang ke sini. Sangat best! (:

6 comments:

  1. Memang best.. Dapat sijil tak? Masa Sha pergi dulu dia bagi sijil kat bebudak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat pun sijil haritu.. mungkin dah takde kot?

      Delete
  2. Seronoknya bilaa dapat spend time dengan org yang kita sayang ni. Happy jeaa rasa.

    ReplyDelete
  3. Best ni. Nanti nak bawak anak dara kinah la. Dia suka tengok haiwan tambah boleh pegang pulak tu

    ReplyDelete