Selamat tinggal 2017.

Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:

Apa khabar hati di penghujung tahun 2017 ni?
Semoga semuanya baik-baik sahaja

Macam tak percaya kan harini penghujung bagi tahun 2017? Terasa terlalu cepat masa berlalu. Usia pun terus meningkat. Semoga masa-masa yang berlalu menjadi tauladan dan pengajaran buat kita semua.



APA ISTIMEWANYA 2017 BAGI AKU?

Hmm. takde sangat kot. 2017 kurang memberi impak dalam hidup aku. Masih juga sama seperti tahun-tahun yang lepas. Banyak perkara yang masih perlu diselesaikan. Tapi insyaAllah semuanya akan baik-baik je. Amin..

Tahun ni aku sibuk dengan kerja. kerja dan kerja sampai nak update blog pun terkejar-kejar. Tapi sebenarnya aku je yang tak pandai bahagikan masa. Tapi InsyaAllah tahun depan semuanya akan berubah. aku akan plan semua masa aku. ha.. harapnya bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam ye Asyiqin!

USAHA TTC 

Kalau sesiapa yang ade baca dekat tab page TTC journey kat atas tu tahu yang aku stop dulu segala treatment sejak bulan Mac 2017. Bukan aku giveup untuk teruskan treatment untuk hamil, tapi aku penat sikit dengan kerja yang sangat busy dan jadual yang tak menentu. Jadi aku dan husband decide untuk stop dulu dan just enjoy dulu untuk tahun ni. Tahun depan kami akan sambung treatment semula.Tentang treatment TTC pun aku tak pernah lagi share di blog. InsyaAllah tahun depan aku akan share ye? 

Bulan 1 tahun depan genaplah usia perkahwinan kami yang ke 3 tahun... dan masih belum dikurniakan zuriat lagi. InsyaAllah tahun ni mungkin rezeki aku. Aminnn.. Usia pun dah nak masuk 29 dah pada tahun depan. dah tua kan? Nanti anak baru nak masuk Universiti aku dah tua kerepot. hihihi.

Tahun ni aku banyak dapat anak buah tau. Alhamdulillah, rezeki mereka sangat-sangat murah, ade yang sebulan dua terus lekat, ada yang bunting pelamin. Aku? dengar sambil senyum je. Tapi hati aku tercuit jugak. jeles, sedih, kecewa semua bergabung menjadi satu. Tapi perasaan ni aku dah boleh abaikan sikit, tak seteruk tahun pertama perkahwinan dulu. Memang berendam air mata bila orang terdekat mengandung. Sekarang aku dah boleh kawal perasaan ni, Alhamdulillah.

Doakan rezeki aku ya kawan-kawan..

BLOGGING

Aku sebenarnya suka menulis. sebab tu lah wujudnya blog ni, cuma sejak kahwin, makin dah tak aktif berblogging sebab sibuk uruskan rumahtangga kot. chewahh! Takdelah, sebenarnya sebab sedikit busy dengan kerja. Tu je sebabnya.

Tapi sejak September 2017, aku dah kembali aktif menulis di sini. Sayang kan blog yang dah dibuat sejak 2010 ni terkubur macam tu je? Lagipun berblogging ni boleh hilang stress jugak kan?

Untuk aktifkan blog ni, aku rajin join GA dan Contest dan aku pun ade anjurkan GA jugak. Follower kat blog yang makin bertambah pun buatkan aku terus bersemangat nak share everthing dekat sini.  Selain tu aku try apply Google Adsense dan alhamdulillah berjaya dengan sekali apply je (:

Dalam tahun 2017 ni juga aku ditawarkan berkolobarasi dengan Traveloka, di mana aku kena tulis satu entri yang berkaitan dan dapat cash!

Harapnya di tahun 2018 nanti akan lebih banyak peluang untuk berkoloborasi dengan mana-mana pihak. Doakan ye (:

KERJA? MAKAN ANGIN? TRAVEL?

Tapi dalam sedar tak sedar tu, banyak juga tempat-tempat atau hotel yang aku pergi atas urusan kerja dan juga bersiar-siar sepanjang tahun ni. Cuma memang tak sempat buat review je. kalau  tak mesti banyak entri aku kan? hehe. Antara tempat yang aku pergi ialah :

1) Palm Hotel, Seremban
2) Extreme Park Hotel, Kluang
3) Langkawi Seaview Hotel, Pulau Langkawi
4) Homestay di Machang Kelantan
5) Kalumpang Resort dan Training Centre, Hulu Selangor
6) Glory Beach Resort, Port Dickson
7) The Lexis Hotel, Port Dickson
8) Yomi Hotel, Kota Kinabalu
9) Ayana Holiday Resort, Kundasang
10) Dynasty Hotel, Kuala Lumpur
11) Prescott Hotel, Kuala Lumpur
12) Gold Coast Hotel, Morib

banyak jugak kan? tapi satu entri pun takde berkenaan hotel dan penginapan yang aku duduk ni.  Rasa rugi pulak tak dapat share dalam blog ni. Tahun depan 2018 , InsyaAllah aku akan rajin tulis entri atau review tentang kemana saja aku pergi (:

Tak banyak nak yang dicoretkan untuk rumuskan tahun 2017 ni. Tapi aku bersyukur, segala kesulitan dan kesusahan yang datang, aku ada insan-insan positif yang sentiasa support dari belakang. Terima kasih suami, ibu, ayah, adik beradik, family mertua dan rakan-rakan. Tanpa sokongan dari kalian aku mungkin boleh jadi manusia tanpa akal. 

Esok kalau ada masa aku akan coretkan azam untuk tahun 2018 pulak.

so jumpa lagi next entri, 
Wassalam.

8 comments:

  1. Semoga tahun 2018 akan membawa tuah dan rezeki yang melimpah untuk K Asyiqin. Jangan mengalah tau kak, percaya rezeki ALLAH. Mana tahu 2018 akak dapat rezeki anak pula. Aaminn aamin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... terima kasih mendoakan (:
      Semoga Fatin juga lebih sukses tahun 2018

      Delete
  2. Good luck for your new chapter of 2018.May everything you planned goes well.^^ Happy new year from me :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck to you too and happy new year!

      Delete
  3. Bestnya Google Adsense dah approved dengan sekali apply je. Siqah masih tak approve lagi. Malas dah nak apply ๐Ÿ˜…

    Banyaknya travel! Best2. Hehe. Semoga tahun ni baik2 je untuk Asyiqin ye. Take care! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. tq siqah. Insyaallah tak lama lagi Google Adsense Siqah pun mesti lulus tu (: Semoga Siqah sukses di masa depan

      Delete