Monday, January 1, 2018

Dua ribu lapan belas (2018)

Assalamualaikum 
Salam sejahtera buat semua pembaca

Selamat tahun baru 2018

Semoga tahun baru ni memberi semangat baru buat semua untuk menempuhi dunia yang penuh pancaroba ini. InsyaAllah (: 

Tahun baru bagi aku?

Aku juga seperti orang lain, megharapkan semuanya lebih baik dan lebih berganda indahnya dari tahun - tahun sebelumnya. Semoga aku dapat menjadi seorang isteri yang tersangat sempurna buat suami, seoarang anak yang taat dan patuh pada ibu bapa, seorang adik dan kakak yang sentiasa ada untuk adik beradik ketika memerlukan, seorang menantu yang baik, seorang pekerja yang cekap dan segalanya yang baik-baik sahaja.

dan yang paling utama...

........semoga di tahun baru ini aku dan suami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai  amanah teristimewa dan juga sebagai tempat kami bermanja dan bergurau senda.. Takkan ade harapan paling indah buat kami selain ini. Semoga ada sinar dan harapan untuk kami pada tahun baru ini. 

Doakan kami selalu ye.

Sehingga berjumpa lagi di entri seterusnya,
Sekian

10 comments:

  1. Selamat tahun baru..
    InsyaaALLAH semoga Asyiqin dan suami dikurniakan anak2 yg soleh solehah...

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru.

    semoga yg datang semua baik baik sahaja !

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru Asyiqin! Semoga tahun ni dikurniakan rezeki anak buat Asyikin dan suami. Doakan untuk Siqah juga ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. semoga rezeki kita di tahun baru ni (:

      Delete
  4. Semoga doa dan harapan akak akan dimakbulkan tuhan. InsyaAllah.Aamin. Selamat Tahun Baru kak. :)

    ReplyDelete