Move on and be strong!

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Lama dah rasanya tak menaip. Last post 12 Ogos 2018. Kononya haritu azam tahun baru hari-hari nak update blogpost,hmm..  tak tercapai lah nampaknya. Masih ade beberapa entri event dan review yang perlu update segera. InsyaAllah dalam minggu ini aku akan lunaskan semua hutang-hutang blogpost tu.

Sejak dua menjak ni emosi diri sendiri sangat tak menentu. Ada sahaja yang tak kena dengan diri aku ni. Ade je yang aku rasa tak betul dan memberontak dari dalam. Bila kau tengok muka aku macam biasa je tapi dalam hati ni dah berperang dengan bermacam perasaan, macam boleh kena sakit jiwa pulak. Sakit tau bila ade perasaan yang kita tak boleh luah dekat siapa-siapa, Yang kau hanya boleh mengadu pada tuhan, sebab end up kau taknak melukakan hati siapa-siapa pun. Sebab bila aku bertindak, boleh jadi di luar kawalan.

Aku pun tak faham, dulu boleh je handle bila rasa macam ni datang, boleh je usir anasir-anasir negatif yang menjelma macam sekarang ni. Tapi sekarang, seolah-olah aku membiarkan diri diselebungi dengan awan hitam ni. Aku diam dan tak buat apa. Nak menangis, tak boleh. Nak ketawa, tak mampu. Hmm. Mungkin sebab dah jauh dari Tuhan.. Ibadat pun tak menetu, sebab tu hati jadi tak tenteram kan? Ya Allah.. maafkanlah hambamu ini.

Tapi kan, lumrah lah bila ada rasa macam ni kan.. siapa je yang tak pernah ade kecelaruan hati dan fikiran macam aku rasa sekarang kan? Cuma yang membezakan kita situasi dan cara nak hadap tu je.

So, untuk yang senasib dengan aku sekarang ni, jom kita lawan rasa ni dan bangkit. Move on dengan segala masalah-masalah yang mendatang. Face it, jangan menyorok. Nak tak nak memang kita kena hadap sampai selesai.

 Jom jadi kuat sama-sama :D


10 comments:

  1. jangan dengar cakap orang! semoga awak kuat !<3

    ReplyDelete
  2. cuba tips ni iqin.. bersedekah 30 hari berturut2 jgn missed... insya allah jiwa akn kembali tenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for the tips anies! insyaAllah will do :D

      Delete
  3. selalu juga jadi macam tu, selalunya busykan diri dengan kerja ataupun benda yang saya suka supaya tak fikirkan sangat perasaan tu. Kalau tak tahan sangat tidur je so tak payah nak dengar suara2 tu dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. tidur tu therapy yg mujarab. tp bila bangun tidur stress balik. hehe

      Delete
  4. Stay strong, sesekali menangis will help,no matter what, tetap harus hadapi..take care dear

    ReplyDelete
  5. qin kuat! InsyaAllah qin mampu lawan. =)

    ReplyDelete
  6. insyallah you can do it. be strong okay =)

    ReplyDelete