Wednesday, September 19, 2018

Hitam Putih - UNIC feat Ustaz Elyas Ismail

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Dah lama rasanya tak buat posting lagu. Sejak dua menjak ni aku selalu dengar sebuah lagu dari UNIC ni. Muzik dan lirik dia buat aku terus jatuh hati walaupun baru pertama kali dengar. Rasa terbuai-buai sebab bagi aku, lagu ni sangat tenang dan mendamaikan. 

Lagu Hitam Putih mengisahkan tentang jiwa yang terlanjur dengan dosa. Maka beruntunglah jiwa yang gelisah dan pantas menyesali dosa yang terlakukan. Lagu ini menepati ciri-ciri lagu nasyid yang mudah dengan senikata yang menuturkan bait-bait doa - Sumber 

Sumber gambar:google





Lirik Hitam Putih

Album : Syurga Dunia
Munsyid : UNIC feat Ust Elyas Ismail
Sumber lirik : http://liriknasyid.com




Dosa itu meresahi jiwa

Mengundang murka yang Maha Esa
Musnah semua yang diusaha
Sesat di dunia sementara

Sangat resah di hati ini
Jika tanpa redhaMu Ilahi
Jiwa sunyi dan sepi
Kerana dia pemilik hati

C/O
Tubna Ya Allah
Wanadimna Ya Rahman
Waroja'na Ya Rahim
Irhamna Ya Robbana

Keanggunan-Mu yang dinanti
Penyubur jiwa yang telah mati
Membasuh nurani hidupku kembali
Lebih bererti..


4 comments:


Post Pilihan

randomposts

Followers