Showing posts with label Running. Show all posts
Showing posts with label Running. Show all posts

Sunday, October 13, 2019

Proton HSN 21KM 2019 Run

October 13, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Proton HSN 2019 21KM Run
13.10.2019 (Ahad)
Putrajaya

Ada 3 kategori, 5KM,10KM dan 21KM.
Aku join yang 5KM dan husband ambil yang 10KM.

Event ni banyak complaint dari runners, lagi-lagi yang join 21KM. Dari segi crew yang bertugas sampailah ke pembahagian medal, agak kelam kabut. Mungkin boleh perbaiki lagi in future.

Jomlah kita tengok gambar.


 Yeay! sis berjaya habiskan 5KM. Alaaaa 5KM je pun. jadilah kan.


Sebelum mulakan larian. Masa ni jam 6.00 pagi kot. 
Ambil wuduk siap-siap dari rumah dan solat dekat tempat event


Lepas habis lari. Muka sis masih maintain. haha


 Dengan kawan kerja suami


 With Sufia, kawan kerja suami.


 Lagi gambar dengan kawan kerja suami


Jam Running.
Husband belikan untuk birthday tahun ni. hehe


And the Medals!
Medal sama je, cuma lanyard je ade tulis berapa KM kita join

Next week ade running lagi. Tak sabar!
Jumpa lagi di lain entri (: 



Tuesday, April 23, 2019

Sharp Fun Run 2019

April 23, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Event Date: 21st April 2019, Sunday 
Event Venue: Sharp Electronics Malaysia, Sekyen 27, Shah Alam 
Jarak larian : 6.5KM

Larian ni sama je macam larian yang lain, cumanya ada runner (termasuk lah aku) yang tak dapat medal sebab dah habis katanya. So kena bagi bib dan letak no telefon dekat situ untuk collect medal di kemudian hari. Tangkap gambar pun kena pinjam medal orang lain. haha

Jom tengok gambar :






Sampai jumpa lagi di next entry (: 



Tuesday, March 26, 2019

Jom Run Away From Plastic 5KM Fun Run I My Second Medal ❤

March 26, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah, dipanjang kan umur lagi untuk join Running Event yang kedua tahun ni . Kalini dekat je dengan rumah, iaitu di Cyberjaya. Tujuan utama penganjur ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya elakkan penggunaan bekas plastik . 

Tengok dalam aturcara yang diberi, Flag Off jam 7.30 pagi. Sebelum tu ada aktiviti zumba untuk panaskan badan. Jadi sempat lah untuk solat subuh terlebih dahulu sebelum pergi berlari. 


Kali ni, jarak nya cuma 5KM sahaja, Kurang 2KM berbanding dengan Larian Wilayahku yang kami sertai pada tarikh yang sama bulan lepas. Medal dia pun cantik dan comel sangat, cuma ringan sikit. Tapi kami berlari bukan sebab medal sangat pun, so soal medal kita letak nombor 2. Yang penting, dapat keluarkan peluh dan sihat. hehe


Sebelum berlari, muka fresh lah sebab awal pagi kan. hehe


Selepas dapat medal, muka dah pucat sebab penat. Haha. Ade je bawak air, tapi sampai ke garisan penamat tak sentuh langsung pun. Bila dah habis larian baru minum. Oh, Milo pun ada, tapi kena beratur panjang giler. So suami belanja minum milo dekat kedai makan. haha. 


We did it for second time. Yeay!


Untuk next month punya running event pun kami dah register. Next months di Shah Alam dan Cyberjaya. Yang dekat cyberjaya tu rasa teruja sikit sebab larian ni dibuat pada malam hari. Sapa yang join Runvengers Cyberjaya April ni? PM tau. mana lah tahu boleh lari sama-sama. hehe

Sampai jumpa lagi di entri yang akan datang. Bye~

Tuesday, March 5, 2019

Larian Wilayahku 7KM Fun Run I First Running Events ❤

March 05, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Aku ade something nak cerita harini. 

New Experience for both of us. Kami join running events!

Asalnya memang dari tahun-tahun lepas kami nak join running events, tapi selalu tertunda dan tergendala disebabkan pelbagai faktor. So tahun ni, kami akan cuba berlari dan join running events sebanyak mungkin.

Kenapa join running events? Kan boleh je jogging sendiri-sendiri dekat Taman? Aha mulanya aku fikir macam tu jugak, tapi bila dah join sekali ni baru aku tahu apa beza dia. First, tak terasa penat sangat pun berlari sebab ramai orang. Makin seronok ada lah. Second, lepas lari dapat medal. wuhuuu tu yang best tu,boleh simpan buat collection sendiri.

So untuk permulaan ni, aku dan suami join Larian Wilayahku 7KM Fun Run. Kami book Hotel di Avenue J hotel KL, tak jauh dari venue, iaitu di Dataran DBKL.

 Okey,muka bangga dapat habiskan larian dan dapat Medal. Yuhuu!


 Ni gambar di awal pagi, sebelum larian bermula. 

Asalnya kami berlari berdua, tapi disebabkan aku lebih banyak berjalan dari berlari, aku suruh husband lari dulu. dannnn..dia sampai 30 minit lebih awal dari aku. Tapi still tunggu aku di akhir checkpoint untuk lari bersama-sama ke garisan penamat. Chewah!


Muka lepas habis larian, Muka aku pucat habis, sebab mekap semua dah cair. Haha.. 

Next event nanti di Cyberjaya, kami dah register. So jom kita berlari. Aim kami bukanlah medal semata-mata tapi untuk rasai keseronokan dan untuk gaya hidup yang sihat. 

Jumpa lagi next entri (:

Post Pilihan

randomposts

Followers