Tuesday, September 19, 2017

Siapa pernah bercuti ke kundasang? Nak minta tips!

September 19, 2017
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera buat semua (:

Related image
credit dari google

Yeay, Jom cuti-cuti Malaysia!

Untuk pengetahuan semua, bulan depan aku akan bercuti ke KK dan Kundasang.Tak sabarnyaaa. Tapi disebabkan kekangan masa, aku masih belum sempat nak betul-betul plan perjalanan ataupun itinerary untuk short vacay yang cuma selama 3 hari 2 malam je ni. So, dikesempatan dah rajin update blog ni, nak tanya jugaklah, ada tak siapa-siapa antara pembaca blog ni yg pernah pergi sana dan boleh bagi suggestion tak tempat mana yang berbaloi untuk dilawati?

Boleh share entry di link atau emel ke asyiqin89@gmail.com ya. 

terima kasih! 

Saturday, September 16, 2017

MENANG : ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

September 16, 2017
Assalamualaikum 
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

Alhamdulillah, ini kali kedua dah menang GA dalam masa sebulan ni. Kalini aku menang GA dari blogger Atiehilmi. Boleh singgah blog beliau dekat SINI. Rezeki yang tak di duga, syukur (: 

Lepas balik dari scaling gigi hari rabu kelmarin, ade oficemate bagi bungkusan poslaju. Terfikir jugak dalam kepala ni, apa benda la yang aku beli ni? Rasanya dah lama tak buat perangai boros shopping online. Haha!

So, bila tengok alamat pengirim, automatik je terus senyum tersengih-sengih. Yeay! Hadiah GA da sampai! so apa lagi, terus buka. Ni la hadiah yang aku dapat. Banyak tau, im so happy! 

Note dari Atiehilmi. Thanks awak!

Ni hadiah yang aku dapat. banyak kan? Ada lagi satu surah yassin yg takde dalam gambar ni.

Terima kasih banyak-banyak,
Alhamdulillah.

Post Pilihan

randomposts

Followers