Thursday, November 23, 2017

"Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com"

November 23, 2017
Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/

Read more: http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html#ixzz4zG522HEf

"GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS"

November 23, 2017
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:


uolls nak join? klik je banner atas ni ^_^



Korang tau tak apa tu Printcious?

Kalau taktau, mulai harini kena dan wajib tahu tau! Buka je websitenya kat SINI.  

Untuk pengalaman membeli belah dengan Printcious ni memang takde lagi, tapi sebenarnya iols dah lama tahu dah pasal kewujudan kedai online ni. Korang boleh print muka korang dan tersayang dekat baju, mug, buat puzzle, fridge magnet, bantal dan macam-macam lagi lah! Tengok harga pun amatlah berpatutan sekali!

contoh servis yang printcious sediakan:

image   image  image

Menarik kan? iols pun ada bercita-cita juga nak beli something dari printcious ni untuk harijadi suami nanti. Apa dia? suprise!

Sehingga kita berjumpa lagi di next entri.

Tuesday, November 21, 2017

Kau takde anak, bestlah kan tak payah fikir apa pun..

November 21, 2017

" Kau takde anak, bestlah kan tak payah fikir apa.. "

" Suruh orang yang takde anak pergi buat kerja tu.. "

"Dia takde anak senangla, ada masa nak buat itu ini.."

" Aku nak tengok bila dia ada anak nanti, tenteram tak hidup dia? "


Guys,

Berdosa ke sebab aku takde anak lagi? Salah aku ke.. Ingat aku tak nak ke? kau ingat aku tak fikir apa? aku selalu fikir sampai sakit kepala,  kenapa orang lain senang, aku susah?. Hari-hari aku menangis dalam hati. kau tau ke?

Betapa beruntungnya kau ada zuriat sendiri, aku? belum ada... bukan aku tak nak, tapi Allah maha mengetahui.

Orang takde anak pun ade life sendiri, ada cabaran sendiri, ade dugaannya sendiri. Sama juga macam kau yang dah ade anak banyak. Tolong la jangan bandingkan lagi.

Jadi stop la bagi alasan suruh aku buat itu ini atas alasan ' kau takde anak lagi'.. sedangkan sebenarnya banyak lagi sebab lain yang kau boleh bagi.. bukan sebab tu yang kadang takde kena mengena pun.




....dalam hati ni sakit sangat.. kau apa tau?


Tuesday, November 14, 2017

INSAN TERISTIMEWA

November 14, 2017
Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua 

Tadi dengar lagu kat youtube, bila dengar lagu ni..rasa sayu je. Rindunya pada ayah dan ibu..



Ayah kau wira teragung
Inspirasi buatku
Menempuhi masa depan
Menjadi seorang insan yang berguna

Ibu kasih sayangmu terbukti
Mencorak akhlakku lebih tinggi
Sungguh ku ingin memelukmu
Tak ingin ku lepas buat selama-lamanya

Tuhan sayangi mereka 
Insan yang menemaniku seumur hidupku
Tanpa mereka ku takkan bisa 
Mengharungi onak yang berduri

Kini ku telah menyedari
Kasihmu tidak bertepi
Kamu kekasih terindah
Cinta yang terdalam 
Jauh di lubuk hatiku

Tuhan sayangi mereka 
Insan yang menemaniku seumur hidupku
Tanpa mereka ku takkan bisa 
Mengharungi onak yang berduri

Tuhan sayangi mereka 
Insan yang menemaniku seumur hidupku
Tanpa mereka ku takkan bisa 
Mengharungi onak yang berduri

Tanpa mereka ku tak bisa 
Mengharungi onak yang berduri

Lagu & Lirik: Masriezan Masri

Post Pilihan

randomposts

Followers