Tuesday, November 21, 2017

Kau takde anak, bestlah kan tak payah fikir apa pun..


" Kau takde anak, bestlah kan tak payah fikir apa.. "

" Suruh orang yang takde anak pergi buat kerja tu.. "

"Dia takde anak senangla, ada masa nak buat itu ini.."

" Aku nak tengok bila dia ada anak nanti, tenteram tak hidup dia? "


Guys,

Berdosa ke sebab aku takde anak lagi? Salah aku ke.. Ingat aku tak nak ke? kau ingat aku tak fikir apa? aku selalu fikir sampai sakit kepala,  kenapa orang lain senang, aku susah?. Hari-hari aku menangis dalam hati. kau tau ke?

Betapa beruntungnya kau ada zuriat sendiri, aku? belum ada... bukan aku tak nak, tapi Allah maha mengetahui.

Orang takde anak pun ade life sendiri, ada cabaran sendiri, ade dugaannya sendiri. Sama juga macam kau yang dah ade anak banyak. Tolong la jangan bandingkan lagi.

Jadi stop la bagi alasan suruh aku buat itu ini atas alasan ' kau takde anak lagi'.. sedangkan sebenarnya banyak lagi sebab lain yang kau boleh bagi.. bukan sebab tu yang kadang takde kena mengena pun.

Related image



....dalam hati ni sakit sangat.. kau apa tau?


4 comments:

  1. Sabarlah. Sampai satu masa nanti Allah akan kurniakan rezeki untuk awak. Pedulikan dan abaikan orang yang memandang negatif pada awak.

    ReplyDelete
  2. Sabar..saya pon tgh menyabarkan diri.saya ada sorang anak umurnya 5tahun.tapi mulut org yg beranak ala2 ramai ni ada jugak ckp ko takper lah anak sorang byk masa..ko ni mcm ada baby je dtg lewat..aiii mcm2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar je yg mampu kan sis? kadang pedih dengan mulut org yang tak pernah rasa apa yg kita hadap. tp sabar jelah. InsyaAllah ade hikmahnya (:

      Delete