Sunday, November 26, 2017

Saturday, November 25, 2017

Sis Gee First Giveaway

November 25, 2017
Assalamualaikum
Saam sejahtera buat semua pembaca (:


Nak join klik banner kat atas tu ye ! 

HADIAH-HADIAH :


1 x hadiah utama : 

1 Planner 2018 yang comel
1 fridge magnet 
1 keychain
Dimasukkan dalam bloglist


2 x hadiah ke dua
1 Fridge Magnet Penyu
1 Keychain 
Dimasukkan dalam bloglist

10 x blogger bertuah
Dimasukkan dalam bloglist Blog Sis Gee

TARIKH GIVEAWAY :

24 November 2017
hingga
12 Disember 2017

Friday, November 24, 2017

Yeay! Dah tukar header baru!

November 24, 2017
Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua

Sekarang ni kat office tak banyak sangat kerja, so masa rest sekejap tadi aku pun try la buat header untuk blog ni supaya berwajah baru sikit. Sebabnya header yang dipakai dah terlalu lama dan aku rasa macam nak buat header lain yang simple tapi canti di pandangan mata aku. so ini lah hasilnya...

Header lama :



...........dan header baru kat bawah ni :


Untuk header blog yang baru ni, aku search freebies doodles kat internet dan kemudiannya edit guna Photoscape je. Untuk font pula aku cuma download di dafont.com. Senang dan mudah! credit untuk yang bagi freebies doodles ni, banyak membantu blogger-blogger macam aku yang tak berapa kreatif ni ^_^

errr... bila da siap pasang baru aku perasan ada satu kesilapan dekat header tu. url patutnya https://asyiqin89.blogspot.my bukannya .com! Tapi nak edit semula perlukan kerajinan balik sebab apps photoscape tadi dah buang dah. hehe...

Takpelah, tak perasan sangat kan? kan? kan?

Thursday, November 23, 2017

"Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com"

November 23, 2017
Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/

Read more: http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html#ixzz4zG522HEf

"GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS"

November 23, 2017
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:


uolls nak join? klik je banner atas ni ^_^



Korang tau tak apa tu Printcious?

Kalau taktau, mulai harini kena dan wajib tahu tau! Buka je websitenya kat SINI.  

Untuk pengalaman membeli belah dengan Printcious ni memang takde lagi, tapi sebenarnya iols dah lama tahu dah pasal kewujudan kedai online ni. Korang boleh print muka korang dan tersayang dekat baju, mug, buat puzzle, fridge magnet, bantal dan macam-macam lagi lah! Tengok harga pun amatlah berpatutan sekali!

contoh servis yang printcious sediakan:

image   image  image

Menarik kan? iols pun ada bercita-cita juga nak beli something dari printcious ni untuk harijadi suami nanti. Apa dia? suprise!

Sehingga kita berjumpa lagi di next entri.

Tuesday, November 21, 2017

Kau takde anak, bestlah kan tak payah fikir apa pun..

November 21, 2017

" Kau takde anak, bestlah kan tak payah fikir apa.. "

" Suruh orang yang takde anak pergi buat kerja tu.. "

"Dia takde anak senangla, ada masa nak buat itu ini.."

" Aku nak tengok bila dia ada anak nanti, tenteram tak hidup dia? "


Guys,

Berdosa ke sebab aku takde anak lagi? Salah aku ke.. Ingat aku tak nak ke? kau ingat aku tak fikir apa? aku selalu fikir sampai sakit kepala,  kenapa orang lain senang, aku susah?. Hari-hari aku menangis dalam hati. kau tau ke?

Betapa beruntungnya kau ada zuriat sendiri, aku? belum ada... bukan aku tak nak, tapi Allah maha mengetahui.

Orang takde anak pun ade life sendiri, ada cabaran sendiri, ade dugaannya sendiri. Sama juga macam kau yang dah ade anak banyak. Tolong la jangan bandingkan lagi.

Jadi stop la bagi alasan suruh aku buat itu ini atas alasan ' kau takde anak lagi'.. sedangkan sebenarnya banyak lagi sebab lain yang kau boleh bagi.. bukan sebab tu yang kadang takde kena mengena pun.




....dalam hati ni sakit sangat.. kau apa tau?



Post Pilihan

randomposts

Followers