Alhamdulillah, Giveaway dah tamat. Terima kasih untuk yang sudi join tau. Tak sangka ada juga yang join walaupun blog ni dah lama tak aktif. InsyaAllah dalam masa terdekat kita akan umumkan pemenang dan hadiah.
Dah lama sangat aku tak update blog, bersawang dan berhabuk dah. Tapi memandangkan domain baru je renew, jadi nak taknak kena paksa diri untuk selalu update dari sekarang, InsyaAllah.
Jadi sempena baru renew domain blog ni, aku cadang nak buat Giveaway macam zaman blog dulu-dulu, meriah dengan Giveaway, Segmen dan Contest. Agak-agak ada ke yang baca blog ni dan ada ke yang akan join ye? Takpelah, kita cuba je, kalau seorang dua yang join pun takpe, sebab tak perlu bersaing untuk dapat hadiah. hehe. okay tu gurau je.
Meh la join korang, syarat dia mudah sangat tau. Siapa yang join, automatik aku akan masukkan dalam bloglist yang akan aku letak di sidebar sebelah kanan blog ni nanti. Dan aku akan pilih 3 orang bertuah untuk menang hadiah-hadiah yang akan aku post di entri lain. Hadiah mungkin akan bertambah mengikut bilangan penyertaan.
SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (:
1. Follow Blog ini 2. Buat entry '2024 Giveaway by asyiqin.com'
3. Copy dan paste banner dan backlink ke sini. 4. Komen dekat bawah ni dengan link entry penyertaan korang.
Tarikh Giveaway : 23 April 2024 sehingga 7 Mei 2024 (2 Minggu)
Hai semua, dah nak masuk tahun 2020 sebulan je lagi. Kalau time-time macam ni memang ramai orang yang akan cari planner, termasuk aku. So bila ada orang buat giveaway yang hadiahnya planner, memang aku suka sangat lah nak join.
Untuk tuan Blog, Cik Sarah, Happy Birthday in advance, Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu serta sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Allah sayang awak (:
jom ramai-ramai masuk giveaway ni. klik je banner dekat atas tu (:
Tahniah atas pencapaian 8 juta pageviw. Wow! hebat tu tau. Blog Sayidah Napisah ni pun nice, banyak info menarik dan tak crowded. Tu yang boleh lama-lama duduk dekat blog dia tu. hehe
Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)
Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun.
Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.
Lama kan blog ni sepi. ade yg rindu dalam diam ke? Chewahh.
Lately agak sibuk sikit dengan kerja dan tugas hakiki. Ni update pun sebab nk join GA ni yang aku jumpa masa blogwalking tadi. Nanti bila dah free aku update blog ni ye. Sabar ye. hehe..
Ok, lets begin..
klik banner untuk join
Tempoh penyertaan sehingga 31 Oktober 2018.
10 hadiah istimewa akan diberikan kepada insan yang bertuah
Malam nin terasa nak join segmen/giveaway, so masa blogwalking blog sahabat-sahabat blogger ni, terpandang GA ni, so jom cuba nasib. Mana tau dapat hadiah duit cash ni, boleh tambah tabung duit raya kan? hehe
Klik je banner kat atas untuk join. Direct terus ke page tuan tanah.
Best bila ade segman blogwalking macam ni, dapat menambah kenalan di kalangan blogger yang baru dan juga yang lama. Kalau korang nak join, dipersilakan. Segmen ni berlansung sampai 30 Mei 2018.
Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT selalu.
Dah lama tak join Segmen. Tadi masa blogwalking terjumpa pulak segmen ni dan terpanggil untuk join. Hihi.. so lets start!
Nak join boleh klik banner ni
Bila Blog ditubuhkan
Kalau tengok pada entri pertama blog ni ialah pada 29 Jun 2010 kan? Tapi sebenarnya tak. Blog ni dah ditubuhkan awal lagi dari tarikh tu tapi entri-entri telah dipadam atas sebab-sebab tertentu. Tapi kalau nak secara officialnya, boleh lah ambil tarikh 26 Jun tu.
Eh? blog ni dah berusia 8 Tahun? wohoo! kalau ade anak dah darjah dua dah ni. hihi
Maksud Tersendiri nama dan Url Blog
Asyiqin
https://asyiqin89.blogspot.my
Ini nama sendiri sebenarnya. Memang suka letak nama sendiri dekat mana-mana account media sosial. 89 tu pulak tahun lahir aku. So.. as simple as that lah :)
Ceritakan Pahit Manis sebagai seorang Blogger
Pahit?
Takde.
Manis?
Rasa seronok bila dapat jumpa kawan-kawan blogger walaupun cuma di alam maya ni. Dapat baca cerita-cerita yang mereka post, tips, dan lain-lain lagi
Satu lagi happy bila dapat menang Giveaway atau Contest, walaupun cuma topup RM5. Rasa happy tu taktau nak cakap mcm mana, tapi memang super duper happy lah! haha Nasihat kepada blogger lain Nak nasihat pun rasa macam segan pulak sebab blog aku pun just blog picisan dan lebih berkonsepkan peribadi yang cerita perihal hidup sendiri je. Tak pernah join event mana-mana ataupun jumpa face to face dengan mana-mana blogger. Dalam hati teringin sebenarnya tapi masa agak mencemburui sekarang ni.
Jadi harapan aku, semoga ukhwah kita sebagai blogger kekal sampai bila-bila walaupun cuma di alam maya je. Mana tau satu hari nanti ade rezeki boleh jumpa ramai-ramai kan?
Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.
Baru je lepas hantar adik bongsu mendaftar di UiTM Jengka pagi tadi. Dia baru nak mulakan hidup sebagai seorang mahasiswi, ikut jejak langkah kakak-kakak dia ni sebagai produk UiTM. Sekarang ni masih di Jengka lagi sebab esok kena outstation dekat sini jugak. Menginap di sebuah hotel bajet di bandar pusat Jengka ni je.
Okey, jom berbalik kepada tajuk entri diatas..
Hari selasa lepas masa tengah sibukkan diri buat kerja tiba-tiba abang yang hantar surat tu hantar satu bungkusan poslaju pada aku. Bila buka je bungkusan tu, happy sangat sebab yang ditunggu-tunggu dah tiba :
Bullet journel dari blog Susun Atur Sioca
Untuk pengetahuan semua, aku adalah salah seorang daripada pemenang Planner Sioca 2018 GIVEAWAY . Masa join GA ni, memang aku dah aim nak yang bullet journal ni sebab aku takde lagi planner mcm ni. Planner biasa macam fixed planner dah beli haritu. InsyaAllah hadiah ni akan digunakan dengan sebaiknya.
Terima kasih untuk tuan yang anjurkan GA ni, lain kali buat lagi ye (: