Showing posts with label Running. Show all posts
Showing posts with label Running. Show all posts

Saturday, December 7, 2019

International Songket Run 2019

December 07, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Event Name : International Songket Run 2019
Distance : 5KM
Tarikh : 7.12.2019
Tempat : MSU Shah Alam

Kami gerak dari rumah di Putrajaya ke MSU dalam jam 5.30 pagi sebab nak dapat parking dekat. Larian ni lebih kurang sama je macam event larian sebelum-sebelum ni, x banyak beza sangat pun, cuma yang menariknya ramai runner yang berlari sambil pakai fullset songket. Tak panas ke ea lari pakai macamtu? huhu nak letak gambar xde pulak.hehe.

Takpelah, jom lah tengok gambar (: 


 Selfie dengan medal memang wajib. hehe


 Dengan Husband. Susah nak bergambar sebab orang ramai sangat!



 Terjumpa kawan sekolah suami.. tak ingat nama dia :p


 Dengan Zizar dan Mira, kawan kerja suami.


 Selfie lah lagi

Medal close up.

So jumpa lagi next running event pula (: 

Sunday, November 10, 2019

9 to 5 run 2019

November 10, 2019

gambar sebelum lari. Flag Off untuk 5KM jam 7.30 pagi
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

9 to 5 run 2019

11.10.2019
Dataran Putrajaya 
5KM

Macam biasa, jom tengok gambar :p



Dah sampai, nak pergi ambil medal, ada paparazzi :p


 Selfie dengan Medal..


Minta orang tolong tangkapkan gambar. suka pic ni sebab nampak kurus. haha , Ada stroller kat sebelah. InsyaAllah tahun depan lari bawa stroller pulak . Aminnn..

 Medal direka khas sempena Meraikan Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong 


Our love will never end. Chewahhh :P

Jumpa lagi next running event!

Saturday, November 2, 2019

Garmin Marathon 2019

November 02, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Garmin Marathon 2019 


Tarikh : 2 November 2019

Tempat : Kompleks Sukan Air, Putrajaya
Jarak Larian : 42KM, 21KM,10KM,5KM

Untuk larian ni, aku join yang 5KM dan husband join yang 21KM. Half Marathon yang pertama untuk husband, dan aku masih 5KM lagi. Next year baru join yang 10KM pulak. Upgrade slowly :p

Flag Off untuk 21KM ialah jam 5.00 pagi dan Flag off untuk 5KM ialah 7.15 pagi. Biasanya kami gerak naik motor, yelah memandangkan sekarang dah duduk kurters dekat Putrajaya, memang dekat sangat dengan tempat event tu. Tapi disebabkan husband kesian tengok isteri dia ni yang kena tunggu lama, so kami gerak naik kereta je pagi tu, so boleh lah wife dia ni tido dulu dalam kereta sementara tunggu solat subuh dan Flag Off.  :p

Warna baju berbeza ikut jarak larian yang diambil. 42KM kelabu, 21KM biru, 10KM Purple dan 5KM Merah.So baju hubby biru, dan aku merah.

Jom tengok gambar macam biasa..

 Gambar selfie dengan medal wajiblah ada :p


 Husband dengan Finisher-T untuk 21KM


 The Medals, Cantik kan?


 Me!


Hubby!


Dengan kawan-kawan hubby. Berapa kali dah join dengan diorang ni. hehe

Next week ada lagi running, tak sabar pulak. Rasa macam ketagih je nak lari setiap minggu, hehe. Jom awak, lari sama-sama (:

Sunday, October 20, 2019

Pinktober Run 2019

October 20, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Pinktober Run 2019

Tarikh : 20 Oktober 2019
Tempat : IOI Mall Putrajaya
Jarak : 5KM

Oktober adalah bulan Breast Cancer Awareness, so medal dia berbentuk Bra.
Comel nau. hehe. Jom tengok gambar (:


Medal dia. Cantik kan?


Baru nak lari masa ni. 5KM je, so kita lari sama-sama dengan husband (:


Kena tarik sebab kita jalan lambat. Haha, tapi rasa romantik pula, so sis biarkan je :p

 Dah habis lari, tapi muka kami maintain je. hihik

 The medalss

 Pinktober - You Go Girl 2019

Dapat Cabutan bertuah The Body Shop. Hehe, thanks!

Best sebenarnya join run ni. Selain dapat kumpul medal dan baju, dapat juga exercise untuk sihatkan badan. So, jom kita lari sama-sama nanti (:

Sunday, October 13, 2019

Proton HSN 21KM 2019 Run

October 13, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Proton HSN 2019 21KM Run
13.10.2019 (Ahad)
Putrajaya

Ada 3 kategori, 5KM,10KM dan 21KM.
Aku join yang 5KM dan husband ambil yang 10KM.

Event ni banyak complaint dari runners, lagi-lagi yang join 21KM. Dari segi crew yang bertugas sampailah ke pembahagian medal, agak kelam kabut. Mungkin boleh perbaiki lagi in future.

Jomlah kita tengok gambar.


 Yeay! sis berjaya habiskan 5KM. Alaaaa 5KM je pun. jadilah kan.


Sebelum mulakan larian. Masa ni jam 6.00 pagi kot. 
Ambil wuduk siap-siap dari rumah dan solat dekat tempat event


Lepas habis lari. Muka sis masih maintain. haha


 Dengan kawan kerja suami


 With Sufia, kawan kerja suami.


 Lagi gambar dengan kawan kerja suami


Jam Running.
Husband belikan untuk birthday tahun ni. hehe


And the Medals!
Medal sama je, cuma lanyard je ade tulis berapa KM kita join

Next week ade running lagi. Tak sabar!
Jumpa lagi di lain entri (: 



Tuesday, April 23, 2019

Sharp Fun Run 2019

April 23, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Event Date: 21st April 2019, Sunday 
Event Venue: Sharp Electronics Malaysia, Sekyen 27, Shah Alam 
Jarak larian : 6.5KM

Larian ni sama je macam larian yang lain, cumanya ada runner (termasuk lah aku) yang tak dapat medal sebab dah habis katanya. So kena bagi bib dan letak no telefon dekat situ untuk collect medal di kemudian hari. Tangkap gambar pun kena pinjam medal orang lain. haha

Jom tengok gambar :






Sampai jumpa lagi di next entry (: 



Tuesday, March 26, 2019

Jom Run Away From Plastic 5KM Fun Run I My Second Medal ❤

March 26, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah, dipanjang kan umur lagi untuk join Running Event yang kedua tahun ni . Kalini dekat je dengan rumah, iaitu di Cyberjaya. Tujuan utama penganjur ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya elakkan penggunaan bekas plastik . 

Tengok dalam aturcara yang diberi, Flag Off jam 7.30 pagi. Sebelum tu ada aktiviti zumba untuk panaskan badan. Jadi sempat lah untuk solat subuh terlebih dahulu sebelum pergi berlari. 


Kali ni, jarak nya cuma 5KM sahaja, Kurang 2KM berbanding dengan Larian Wilayahku yang kami sertai pada tarikh yang sama bulan lepas. Medal dia pun cantik dan comel sangat, cuma ringan sikit. Tapi kami berlari bukan sebab medal sangat pun, so soal medal kita letak nombor 2. Yang penting, dapat keluarkan peluh dan sihat. hehe


Sebelum berlari, muka fresh lah sebab awal pagi kan. hehe


Selepas dapat medal, muka dah pucat sebab penat. Haha. Ade je bawak air, tapi sampai ke garisan penamat tak sentuh langsung pun. Bila dah habis larian baru minum. Oh, Milo pun ada, tapi kena beratur panjang giler. So suami belanja minum milo dekat kedai makan. haha. 


We did it for second time. Yeay!


Untuk next month punya running event pun kami dah register. Next months di Shah Alam dan Cyberjaya. Yang dekat cyberjaya tu rasa teruja sikit sebab larian ni dibuat pada malam hari. Sapa yang join Runvengers Cyberjaya April ni? PM tau. mana lah tahu boleh lari sama-sama. hehe

Sampai jumpa lagi di entri yang akan datang. Bye~

Post Pilihan

randomposts

Followers