Saturday, February 20, 2021

TTC Journey : Jom amalkan gaya hidup sihat!

February 20, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Seperti yang aku ada nyatakan dalam entri yang lepas-lepas, tahun ini memang aku lebih serius kepada usaha TTC. Salah satunya ialah untuk menjalani gaya hidup sihat. Dari dulu lagi memang doktor ada minta aku untuk kurangkan berat badan, sekurangnya 10% dari berat badan sekarang. Jadi, lets make it happen! InsyaAllah by pertengahan bulan ni nak proceed untuk IVF. Semoga dengan asbab penjagaan diri dan kesihatan ni dapat membantu kami menimang cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ni.

So lepas gagal IUI tempoh hari, aku dan suami slow-slow berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Sekarang baru fasa permulaan, kadang-kadang ada tersasar juga tapi cepat-cpat la cover balik. Berat badan aku pun ade pengurangan sekarang ni, Alhamdulillah. Bila dah berkurang berat ni, nak exercise macam jogging dan skipping tu dah mudah rasanya, sebab dah tak sakit kaki. Dulu kalau setiap kali jogging atau join event run, balik tu mesti kaki akan terjengket-jengket sakit giler! tapi now okay dah. tak sakit pun. sukanya happy gila aku!

Haritu slow jog dengan husband. hehe ni pace aku memang slow gini, kalau hubby dah berdesup dah ke depan. Sayang bini kan, so bila jog dgn bini kena lah layan pace bini. haha

Aku cuba istiqamah dan jadikan exercise rutin harian aku. Sekurangnya 30 minit sehari. InsyaAllah.. semoga tak tersasar lagi :p  Hasil pembacaan aku daripada pengalaman sahabat-sahabat yang berjaya dalam proses IUI dan IVF, ade beberapa jenis supplement yang baik dan bagus untuk kualiti sperm dan telur wanita. Contohnya di bawah :

Isteri : COQ10, Vitamin D, Fish Oil Omega 3, Acid Folic 
Suami : Surbex Zink/ Surbex Protect / Profortil 


Aku start amaklan supplemet tu, dan suami amalkan Surbex Zink tu. InsyaAllah semoga semuanya baik-baik je. Nanti aku sharekan di lain entri secara details lagi tentang supplement ni. InsyaAllah.


So jumpa lagi, bye!



Monday, February 15, 2021

TTC Journey : Cycle selepas IUI

February 15, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Kalau yang baca blog ni akan sedia maklum yang aku telah menjalankan prosuder IUI pada Cycle Disember 2020 yang lalu. Cyce tersebut tak berjaya dan period datang pada DPIUI18, iaitu 18 hari selepas IUI. Aku okey je, sedih tetap ada cuma aku anggap masih belum masanya. Mungkin Allah swt mahu kami terus berusaha lagi. We can do this!

Entri kali ini aku nak ceritakan cycle selepas IUI. Untuk makluman, setiap bulan aku akan cek waktu subur menggunakan OPK (Ovulation Prediction Kit). Boleh dibeli di mana-mana farmasi, Instagram atau online shoppling platform seperti shopee, lazada dan lain-lain. Of course lah lagi murah kalau beli online di mana korang boleh dapatkan serendah 30 sen tau (dasyat sekarang ni seller main harga :p) Btw, Dulu aku penjual OPK dan UPT tau, tapi sekarang stop dulu penjualan tu. InsyaAllah nanti aku akan open balik cuma tak tahu lagi bila.


Cycle After IUI

Disember 2020 - IUI
Period on DPIUI18 - Januari 2021
Period on DPO15 - Februari 2021

Period Pain (Senggugut) 

  • Januari : Masa DPIUI 18, terus keluar fresh blood dan senggugut. Tahap senggugut mild. 
  • Februari : DPO15, period keluar tapi brown spotting je. DPO17 baru keluar fresh blood. Senggugut on off seminggu dua sebelum period, tapi masih di tahap sederhana.

OPK Positif Awal

  • OPK Positif biasanya aku jumpa pada CD16-18. Tapi cycle kali ini CD12 dah positif. Teruja tau sebab tak pernah begini sepanjang aku menggunakan OPK. 
  • So disebabkan itu, cycle aku pun jadi pendek untuk Januari. 27 hari je! DPO15 aku dah period balik

Badan Panas

  • Lepas fail IUI tempoh hari, aku perhatikan badan aku sentiasa panas. husband pun ingat aku demam. tapi bila cek suhu memang suhu normal je. cuma rasa dalam badan sangat panas sampai hidung pun berdarah kadang-kadang. 
  • Sampai lah bila period semula (Cyce Februari), baru kepanasan tu hilang sikit demi sikit. 

Breast Pain/Swollen

  • Januari : Seminngu sebelum period dah rasa.
  • Februari : Biasanya seminggu sebelum period, akan ada simptom ni. Tapi untuk cycle ni, aku cuma rasa 2 hari je. sebelum period. pelik sangat. hahaha
Ada jugak aku tanya dekat group, kenapa rasa lepas iui ni agak pelik sikit flow cycle aku. Tapi rupanya ramai yang mengalami sama macam aku. Katanya sebab kesan ubat yang di ambil masa IUI tu masih ada dalam badan. Wallahualam. But still happy sebab period datang mengikut waktu yang sepatutnya. Alhamdulillah..

Next Step

Self Insemination sudah, IUI sudah, nest step nak try IVF pulak. Ada juga survey-survey hospital untuk IVF, dan paln nak buat pertengahan tahun ni. Sekarang kami jaga pemakanan dan exercise je untuk kurang berat badan sikit, then lepastu baru aku akan contact hospital untuk step seterusnya. Doakan yang terbaik buat kami. InsyaAllah...

Sunday, January 24, 2021

Our 6th Anniversary

January 24, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




24.1.2021

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 6 suamiku

 

Terima kasih untuk segalanya

Terima kasih tetap masih bertahan sehingga kini

Dan semoga sampai ke akhir hayat kita.

I love you and always do 

 

You are my everything.

My favourite person since that day 

 

Semoga tahun ini dan tahun yang mendatang akan lebih bermakna dan makin indah. InsyaAllah


Wednesday, January 13, 2021

TTC Journey : Pengalaman IUI Pertama

January 13, 2021
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Apa khabar semua?
Berjumpa lagi dalam segmen TTC Journey Asyiqin yang terbaru. Chewah..hehe

Kalau korang nak baca Journey IVF aku yang lepas-lepas, boleh klik link ni : ASYIQIN TTC JOURNEY 

Pemanian Beradas (IUI)




Alhamdulillah, bulan lepas aku selamat menjalankan prosedur IUI. IUI ni dipendekkan dari nama panjangnya Intrauterine insemination (IUI). Nama dalam bahasa melayunya pula ialah pemanian beradas.

IUI merupakan satu proses inseminasi sperma yang telah diproses dengan mengunakan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari cecair dan sperma yang kurang aktif.Sperma yang aktif akan di insiminasi ke dalam rahim wanita dengan menggunakan ‘catheter’ pada hari ovulasi yang telah dijangka akan berlaku- http://www.myhealth.gov.my/


Sebelum buat iui ni, aku banyakkan dulu pembacaan dari internet dan youtube berkenaan prosedur iui ni, jadi bila doktor explain apa-apa, aku dah boleh faham serba sikit. Ok meh aku cerita.

Cantik kan bilik ni? Hihi kat sinilah tempat prosedur IUI dijalankan :p

CD2-CD6

Doktor bekalkan aku dengan clomid 100mg. Clomid ni bertujuan untuk meransang ovari untuk menghasilkan telur. Ubat ni perlu dimakan 5 hari berturut-turut dari hari kedua hingga hari keenam period. Aku makan pada jam 9 malam setiap hari. Oh ya, selain clomid, Dr prescribe juga Metformin untuk dimakan selama 2 bulan. Metformin  ni bertujuan untuk mengurangkan selera makan dan membantu menurunkan berat badan kita. Untuk makluman, BMI aku sekarang ni lebih dari 30. Jadi BMI berlebihan ni sebenarnya tak berapa cantik untuk buat rawatan kesuburan, kebanyakan doktor akan advise untuk cuba dapatkan BMI normal.


CD5

Harini ialah hari ke 5 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey ikut fasa period. Then doktor inject foliova untuk bantu matangkan telur-telur tersebut. 


CD9

Harini ialah hari ke 9 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey ikut fasa period. Then doktor inject foliova untuk bantu matangkan telur-telur tersebut.


CD12

Harini ialah hari ke 12 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey dan doktor minta datang semula pada CD ke 15 untuk injection Hucog (Pecahkan telur)


CD15

Harini ialah hari ke 15 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey dan doktor beri injection HUCOG 10000iu yang bertujuan untuk memecahkan telur keluar dari ovari untuk proses ovulasi terjadi. Beberapa jam selepas injection, aku rasa sedikit pening lalat, mungkin side effect injection tu kot. Tapi masih terkawal.


CD16

Jam 1.30 petang aku dan husband ke klinik untuk mengeluarkan sperm dan melakukan prosuder IUI. Selepas solat zohor, sperm dikeluarkan dan kami dipinta untuk datang semula pada jam 3.30 petang untuk proceed IUI. Fuh berdebar tau. ingatkan sakit rupanya takde rasa apa-apa pun. Proses IUI ni pun sekejap sangat dalam lebih kurang 5 minit. Lepas prosedur selesai, doktor suruh baring dulu dalam sejam baru bangun dan balik rumah. Doktor bekalkan aku dengan ubat Utrogestan iaitu ubat kuatkan rahim dan perlu dimakan 2 biji setiap hari selama 2 minggu. Otw balik rumah husband bawa kereta slow-slow je, sebab start harini sampai dapat result nanti kena jaga diri dan tak boleh nak lasak-lasak sangat. Doktor bagi MC 4 Hari dan aku sambung ambil cuti rehat selama 4 hari lagi.

Lepas selesai prosedur IUI, 
suami boleh datang teman sebab kita kena baring selama lebih kurang sejam dekat atas katil.

Dia pun ade tempat rehat tau. hehe

Buatkan milo panas untuk isteri. Thanks husband!


DPIUI 1-DPIUI 9

DPIUI tu ialah Day past IUI, iaitu hari selepas IUI dijalankan, kebiasannya Doktor minta kita cek UPT pada DPIUI ke 14. Dilarang cek terlalu awal sebab takut dapat false positif sebab kesan Injection masih ada lagi dalam badan. Injection pecah telur tu mengandungi hormon orang mengadung tau sebab nak bagi false alarm kat badan untuk berhenti pengeluaran telur. Tapi aku cek UPT dari hari pertama lagi dan setiap hari sebab aku nak tengok bila kesan ubat tu akan habis. Syok bila dapat UPT positif walaupun tak mengandung. hehe. UPT terang makin lama makin kabur sehingga tak dapat kesan langsung pada DPIUI 9.  Jadi kesan Injection HUCOG 10k pada badan aku bertahan selama 10 hari (Sejak hari pertama injection iaitu CD15)


Dalam tempoh masa ni, simptom-simptom yang aku alami (mungkin kesan ubat kot) ialah sakit belakang, krem macam senggugut berulang-ulang kali dan pening-pening. Tapi rasa dia just mild je, tak terlalu ekstrim.


DPIUI 14

Cek UPT dan Negatif. Hurm mungkin takde rezeki, aku redha.


DPIUI 18

Akhirnya period pun datang dengan jayanya... Mungkin belum rezeki kan, InsyaAllah Allah lebih tahu yang terbaik. Period kalini agak sakit jugak senggugut dia, dan badan panas. sekali lagi mungkin effect ubat. Takpe, belum rezeki lagi. Aku tahu aku dah buat yang terbaik jadi aku takde perasaan ralat tu. InsyaAllah usaha kami suami isteri tak akan pernah putus untuk mendapatkan zuriat sendiri. Mohon doa kepada rakan-rakan sahabat sekalian juga ya.







 

Sunday, January 3, 2021

2020 dalam kenangan

January 03, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Alhamdulillah, 2020 dah melabuhkan tirainya. Tahun 2020 ni rasa macam terlalu singkat kan? Tiba-tiba je dah habis dan dah masuk tahun 2021 pun sekarang.


Macam orang lain, aku pun nak juga coretkan perjalanan tahun 2020.

1. Sambut Anniversary sambil melancong ke Pulau Sabang, Aceh Indonesia

Anniversary ke-5 aku dan husband pada 24 Januari 2020,tapi kami sambut di Aceh pada bulan Februari 2020. Aku tak berkesempatan lagi nak buat entri trip ke Pulau Sabang ni. InsyaAllah kalau ada masa terluang nanti aku akan share.

2. Tawaran kenaikan Pangkat dan bertukar ke Jabatan lain.

Yang ni memang satu kejutan. Alkisahnya aku baru seminggu tukar unit, tapi tiba-tiba bos bagitahu aku dapat naikpangkat dan kena bertukar Jabatan. Dalam ramai-ramai kawan-kawan yang dapat, hanya aku je yang kena bertukar Jabatan. Pasal ni aku ade buat entri.Boleh baca kat bawah ni:

https://www.asyiqin.com/2020/08/dunia-baru.html

3. Jalan-Jalan lepas PKP di KL dan Melaka

Lepas PKP, bila dah boleh merentas negeri, sempat la aku dan husband pergi jalan-jalan dalam negara. Pergi dekat-dekat je pun. Yang ni pun aku tak sempat buat entri. hehe... InsyaAllah ada masa nanti aku share ye.

4. TTC Journey : IUI yang pertama

Bulan 12 kami buat IUI yang pertama. InsyaAllah tak lama lagi aku share pasal Journey TTC aku. Rindu nak bercakap pasal ni. Ujian yang tak kurang hebatnya bagi kami dan juga TTCians yang lain. 

Aku rasa cukup itu je highlght untuk 2020.. Untuk 2021 ni tiada apa yang aku harapkan melainkan kehidupan yang bahagia bersama orang-orang tercinta. Aminnn.. InsyaAllah..


Sunday, November 22, 2020

BTS (방탄소년단) 'Life Goes On - English Lyric

November 22, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Aku bukan peminat BTS, tapi aku suka lirik lagu ni. Sekali dengar terus suka. hehe.
Apa yang terjadi pun, hidup mesti diteruskan. Fighting!!

BTS (방탄소년단) 'Life Goes On' Official MV


BTS (방탄소년단) 'Life Goes On' English Lyric

One day, the world stopped
Without any warning

Spring didn't know to wait
Showed up not even a minute late

Streets erased of footprints
I lie here, fallen to the ground
Time goes by on its own
Without a single apology



It looks like rain again today
I'm soaked to the bone
Still won't stop
Running faster than that cloud of rain
Thought that'd be enough

Guess I'm only human after all
I'm in a world of pain
This cold that the world gave me
Prompts me to press the dust-covered rewind
Dancing off-beat lying on the ground

Once winter comes, let's exhale a warmer breath


There's no end in sight
Is there a way out?
My feet refuse to move, oh
Close your eyes for a moment
Hold my hand
To the future, let's run away


Wednesday, November 18, 2020

Entri dalam train

November 18, 2020
Assalamualaikum..
Salam sejahtera untuk semua.


Harini aku menaip dalam train dan dalam perjalanan ke tempat kerja. Agak terkial-kial juga sebab tak biasa kan. Nak adjust alignment camne pun aku pening ni. Haha. 
 

Putrajaya-KL 

Fuhh. Dari awal Julai aku dah merentasi daerah tau. Banyak belanja dan kos untuk pergi balik kerja sahaja.

Pass bulanan ERL : RM350.00
Pas bulanan Rapid : RM30.00

Dua-dua pas ni pun sempena harga promosi sampai hujung tahun je tau. So lepastu akan kembali ke harga asal yang tentunya lebih mahal lagi. Memang kena berjimat lah. 

Okay, dah nak sampai destinasi. Nanti aku mengarang lagi ye. Bai, Assalamualaikum.

Monday, November 16, 2020

Skim Wilayah bebas berniaga - Permohonan lesen online Putrajaya

November 16, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

PERMOHONAN PENJAJA SEMENTARA PUTRAJAYA 6 BULAN (NOV 2020 - APRIL 2021)


Selaras dengan pengumuman YB Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri TPr. Annuar Musa pada 10 November 2020 mengenai Wilayah Persekutuan Zon Bebas Berniaga, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan ini membuka permohonan kepada Penduduk Putrajaya khasnya yang terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengisi Borang Permohonan Penjaja Kecil Sementara 6 Bulan (PKS6B).



DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DISINI  

Putrajaya         :  https://bit.ly/38AzkAI

Borang yang lengkap diisi bolehlah dihantar ATAU emel kepada :

Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, Blok B, Aras 5, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Kompleks Perbadanan Putrajaya Persiaran Perdana, Presint 3, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya atau EMEL : anita@ppj.gov.my

📞: 03-8887 7657 / 7265 / 7215 / 7231

➡️Perniagaan boleh  bermula mulai 15 November 2020 sebaik sahaja mendapat surat kelulusan PPj bagi tempoh masa 6 bulan berkaitan.

Thursday, November 12, 2020

Short Getaway : Melia Hotel KL

November 12, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

26-27 Julai 2020


Actually short getaway kami ni pada bulan Julai haritu lagi, cuma baru berkesempatan nak cerita. hehe. Asalnya cadang saje nak jalan-jalan makan angin dan tengok busking dekat Bukit Bintang, tapi busking takde sebab musim Pandemik kan, jadi kami pergi makan-makan je lah dan stay dekat hotel.




Hotel ni aku booking di Agoda. Harga satu malam dalam RM166, dapat diskaun So just bayar RM147 je. Agak berbaloi sebab bilik besar dan siap dengan breakfast. 


Kami book bilik Melia Guestroom. Bilik ni agak besar untuk kami berdua je. Cuma katil yang kami dapat ialah katil twin bed. 

Bilik air cantik. Nampak moden dan bersih.

Breakfast biasa-biasa je, standard hotel biasa.


Lif nak ke bilik boleh nampak luar tau. So boleh posing acah-acah tourist dekat sini. hihi

Tak banyak sangat pun aktiviti tempoh hari. Jalan pergi mall, makan dan stay dalam bilik tengok tv. Dah nama pun bercuti masa musim covid ni, kena jaga pergerakan juga. Semoga virus ni cepat berakhir dan kita semua boleh pergi travel macam selalu. InsyaAllah amin...




Wednesday, November 11, 2020

Meningkat Usia..31 tahun

November 11, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai apa khabar semua? sebulan lebih dah tak menaip dekat blog. Sebulan lebih juga entri ini tertunda. Alhamdulillah pada 10 Oktober yang lepas, genap usia aku 31 tahun. 

31 tahun?


Sekejap je rasanya dah 31 tahun. Masih terbayang-bayang lagi memori dan kenangan sewaktu kecil dulu. Allahu rindunya aku yang ketika itu. Zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman universiti dan semuanya. Kalau dapat diputarkan masa, aku nak kembali ke zaman-zaman tersebut dan hargai semuanya yang aku pernah take for granted.

Bukan aku tak gembira dengan kehidupan sekarang, malah aku bahagia. Cuma ada beberapa perkara di masa silam yang aku mahu perbetulkan, yang aku mahu perbaiki. Tapi itu tak kan terjadi lagi. Masa yang dah berlalu tak mungkin akan kembali lagi. noktah.

Tapi aku selalu bersyukur, sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang baik, suami yang baik, kerjaya yang baik dan semuanya baik-baik belaka. Hidup aku dah rasa sempurna sekarang. InsyaAllah leb ih sempurna lagi jika ada zuriat sebagai penyeri hidup. Doakan ye.. 



Hadiah hari jadi tahun ni dari suami. Terima kasih awak. Tak sangka dapat coco. hihi sebab mula-mula dia kata tahun ni takde hadiah, just belanja makan je. Dah siap makan, masuk dalam kereta tiba-tiba ade kotak atas seat. tengok-tengok ada hadiah. Pandai betul buat suprise :p

Alhamdulillah..semoga tahun-tahun kehadapan dapat masih dipanjangkan usia lagi untuk menyambut ulang tahun kelahiran yang seterusnya.. InsyaAllah..amin..




Tuesday, October 13, 2020

PKPB

October 13, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Dah lama tak menaip entry, jadi blur pulak bila guna template blogspot yang baru ni. Rasa macam tak best pulak. Tak best sebab tak biasa lagi kot. Harap lepasni dapat selalu update blog, InsyaAllah.



Semalam kerajaan umumkan akan dilaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya disebabkan peningkatan kes Covid -19. PKPB kali ini dalam masa 2 minggu sahaja iaitu bermula esok 14.10.2020 sehingga 27.10.2020 untuk turunkan kadar penularan kebolehjangkitan covid ni. Semoga Malaysia dan seluruh dunia bebas dari jangkitan Covid ni dan semoga semua orang boleh hidup seperti biasa lepasni. Tak perlu nak pakai mask, tak perlu nak ada penjarakkan sosial. InsyaAllah.

Sekarang ni aku dah boleh adjust jadual aku. Dulu bukan main lagi malam-malam sampai ke pagi aku buat kerja office. Yelah sebab benda baru kan satu apa pun kau tak tahu. Sekarang ni aku try taknak sentuh kerja office dekat rumah. Biarlah, lepas balik kerja ialah masa dengan keluarga tau. So kita spend time je dengan keluarga sambil tengok kdrama. barulah ade work life balance. haha!

Actually banyak benda aku nak update. banyak sangat! so slow2 lah ye, kalau ada masa nanti aku buat entri baru lagi. InsyaAllah. bye










Monday, August 24, 2020

Dunia baru

August 24, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai!
Akhirnya ada masa untuk aku menaip entri pada hari ni. Rindu nak belek-belek blog, blogwalking dan edit entri yang lama-lama. Tapi belum ada masa lagi. 


Kenaikan Pangkat 

Alhamdulillah..Hampir 6 tahun sebagai penjawat awam, Sekarang aku mendapat tawaran kenaikan pangkat ke Gred yang lebih tinggi. Syukur sangat-sangat. Memang tak sangka secepat ini. Terima kasih Allah.. Untuk kenaikan pangkat ni aku masih dalam tempoh percubaan selama 6 bulan. Harapnya dalam masa 6 bulan ni bos berpuas hati dengan prestasi kerja aku. I will do my best, InsyaAllah.

Bertukar ke Jabatan Lain

Mula-mula dapat tawaran tu, hati aku sedikit gusar, sebab dalam ramai-ramai batch aku, cuma aku yang kena bertukar Jabatan. Walapun masih di dalam Kementerian yang sama, tapi semuanya berbeza tau. Sekarang aku tengah menyesuaikan diri dengan suasana baru, cara kerja baru, bekerja untuk kumpulan sasar yang baru dan segalanya baru bagi aku. Kawan-kawan dan workmate dekat sini pun okay semuanya, alhamdulillah rasa kekok tu aku boleh atasi dengan cepat. 

Belajar benda baru

Dekat sini aku kena buat benda baru. Totally lain dari apa yang aku buat dekat tempat kerja lama. Dah lah bos laju! Kadang sampai aku tak terkejar. Aku jenis yang slow sebenarnya tau. Slow untuk faham, slow untuk adapt. So aku terpaksa push diri aku untuk cepat belajar. Bila aku push diri aku untuk cepat adapt, aku jadi cepat letih. Balik kerja terus rasa letih, dah tak boleh nak layan korea macam selalu. haha! Tapi aku jadikan ini sebagai cabaran untuk aku berjaya. Aku boleh! I can do this. Aku percaya dengan diri aku sendiri.

Jadi untuk sesiapa yang membaca coretan aku harini, doakan aku ye. Doakan aku dapat fokus, dapat buat kerja dengan baik dan sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah semoga doa yang baik-baik itu kembali kepada kalian juga.

Terima kasih. Jumpa lagi  di lain entri. Bye!





Saturday, August 15, 2020

Kula Cakes, Kuantan.

August 15, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Semalam aku ade meeting di Kuantan. Alang-alang dah ke sana, aku ajak suami singgah ke Kula Cakes. Dulu pernah viral kan Mango Cheese Cake dia tu. Masa aku sampai ramai juga la orang tengah que untuk order. Walaupun que panjang tapi turn menunggu tu tak la lama pun. masih boleh diterima. 


Kami beli 3 jenis kek kat sini :

Mango Cheese Cake 
Burn Cheese Cake 
Pandan Gula Melaka 

Rasa dia? 
Just okay bagi aku. Mango Cheese Cake paling sedap antara ketiga jenis tu dan Pandan Gula Melaka paling tak sedap. Takde rasa pandan dan takde pun rasa gula melaka. Entahlah, mungkin juga sebab aku tak berapa suka kek pandan. Tapi serius la kek ni takde rasa pandan, Mungkin ada tapi tertalu sedikit? Entahlah atau mungkin tekak aku je kot tak boleh terima. Tapi husband suka pulak. so memang bergantung pada citarasa masing-masing.


Masa kami datang sini, ramai yang take away je. Tak ramai yang makan dekat sini. so suasana dekat tempat makan dia agak lengang. Okay la kan tak bising, dapat makan dengan tenang dan tenteram. 


Thank you husband sebab bawa ke sini. Lain kali belanja lagi okay!

Wednesday, July 15, 2020

I like you so much you'll know it

July 15, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua!
Aku dah bertukar tempat kerja tau! Baru je tukar unit haritu tiba-tiba dapat tahu kena bertukar ke Jabatan lain. Nanti aku buat entri pasal pertukaran ni okay.

Harini just nak post satu lagu ni. Dah dekat 2 bulan kot aku dengar lagu ni tanpa jemu. Sweet sangat lagu dan lirik dia. Ouch sis melting! Lagu ni OST dalam Chinese Drama kalau tak silap aku. Dan lagu ni pun sebenarnya dalam Bahasa Cina, tapi ramai yang buat cover terjemahan dalam English. 

i like you so much you'll know it



I like your eyes, you look away when you pretend not to care
I like the dimples on the corners of the smile that you wear
I like you more, the world may know but don't be scared
'Cause I'm falling deeper, baby, be prepared
I like your shirt, I like your fingers, love the way that you smell
To be your favorite jacket, just so I could always be near
I loved you for so long, sometimes it's hard to bear
But after all this time, I hope you wait and see
Love you every minute, every second
Love you everywhere and any moment
Always and forever I know I can't quit you
'Cause, baby, you're the one, I don't know how
I love you 'til the last of snow disappears
Love you 'til a rainy day becomes clear
Never knew a love like this, now I can't let go
I'm in love with you, and now you know
I like the way you try so hard when you play ball with your friends
I like the way you hit the notes, in every song you're shining
I love the little things, like when you're unaware

I catch you steal a glance and smile so perfectly
Though sometimes when life brings me down
You're the cure, my love
In a bad rainy day
You take all the worries away

Love you every minute, every second
Love you everywhere and any moment
Always and forever I know I can't quit you

'Cause, baby, you're the one, I don't know how
In a world devoid of life, you bring colors
In your eyes I see the light, my future
Always and forever I know, I can't let you go
I'm in love with you, and now you know
I'm in love with you, and now you know

Tuesday, July 14, 2020

TTC Journey : Aku ada Cyst?

July 14, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Ini entri susulan dari post  sebelum ini. 

Memandangkan period aku sangat-sangat lewat bulan ni, so aku decide untuk pergi check up di klinik, sebab aku takut ada something wrong dengan cycle period aku kali ni. So aku gagahkan diri pergi klinik pada hari ke 17 period lewat.

Aku pergi dua klinik tau. Dua-dua dalam putrajaya. Kenapa aku bazirkan duit pergi dua klinik? Meh aku cerita.

Klinik A
Klinik ni klinik baru lagi kot, tapi iklan dia bukan main lagi di media cetak dan elektronik. Doktor perempuan, semua staff perempuan. Aku pergi sana cerita pasal period first time lewat. Tapi doktor tu buat endah tak endah je. Dia kata biasanya kalau period baru lewat 2 minggu, kita tak buat apa-apa. kalau tak datang 3 bulan baru kita cek. Pergh, then buat apa aku buang masa kan? so aku cakap dengan doktor yang aku nak scan jugak, aku nak tengok keadaan rahim, sebab aku takut ada yang mengganggu. 

Then memang betul. Doktor scan dan nampak cyst! Tak pernah-pernah aku ada cyst tau. Last scan tahun lepas masa buat treatement kat PBBR, okay je, xde cyst pun. Macam mana cyst ni boleh muncul? sedih! tapi doktor cakap tak perlu risau sebab cyst tu kecik je dalam 2cm macamtu. tapi doktor tu nampak macam tak confident je. Tanya2 pun dia just cakap cmni "Saya rasa tak bahaya.. saya rasa takde apa-apa lah ni.. so bila doktor cakap pun teragak-agak, aku rasa macam tak confident dan nak dapatkan second opinion. Doktor pun cakap dinding rahim dah tebal, so tak lama dah akan period. Dia just bagi ubat turun period je. 



Klinik B
Yang ni klinik Pakar wanita dan Kanak-Kanak, dan aku suka sangat dengan layanan dekat sini, samada dari staff sampailah ke doktor. Lembut dan sangat meyakinkan! Dia cek balik cyst tu, doktor scan dari atas dan bawah. siap printkan gambar bagi aku. Dia kata jangan risau sebab size cyst tu kecik je, dan dia ambil darah nak cek samada cyst tu bukanlah cancer. Masa dia scan tu juga dia ada tanya yang aku selalu rasa nak terkencing ke? Sebab dia boleh agak daripada apa yang dia nampak kat mesin scan tu. Dan memang betul pun. Dia kata ada jangkitan kuman kat situ, So dia bagi ubat dan antibiotik. Dan untuk ujian darah tu dia suruh datang seminggu lagi untuk tahu keputusan.

After seminggu, aku pun datang. Alhamdulillah, cyst tu bukan cancer. So lega lah sikit hati ni, period pun dah datang. Hari ke 21 baru dia datang. Behave tau, lepasni jangan datang lewat-lewat sangat! aku risau. Kalau tak datang sebab pregnant takpelah. hehe..

Eh lupa nak bagitahu, doktor ada tawarkan aku pakej iui dekat sini. So aku ingat nak cuba. Tapi disebabkan aku baru dapat surat bertukar jabatan dalam masa terdekat ni, aku hold dulu iui ni. Doktor cakap nanti kalau dah ready nak buat iui, hari pertama period terus call klinik.

Itu sahaja update tentang TTC journey aku kali ni. Nanti ada masa aku cerita lagi okay. Jumpa lagi, bye!





Wednesday, July 1, 2020

TTC Journey : Period Lewat 16 Hari

July 01, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Period Lewat 16 Hari tapi UPT Negatif


Photo by RODNAE Productions from Pexels


Nak pengsan rasa sejuk betul aircond dekat office ni. Aku nak taip entri pun terketar2. mujur ada blazer, boleh cover sikit sejuk ni.

Today 1 Julai 2020, period aku dah lewat 16 hari, Gosh! ni yang paling lama dalam sejarah hidup aku. Selalu teratur je dalam 28-30 days cycle. Pernah sekali lewat juga, tapi cuma 11 hari. Mungkin ovulate lambat kot bulan ni. Rasa menyesal jugak sebab cycle ni tak Cek OPK. Takdelah aku tertunggu-tunggu period datang kan?

Dah cek upt banyak kali tapi result negatif. Malas aku nak cek lagi. Habiskan stock UPT kat rumah tu jer. haha. Aku pun tak mengharap sangat pregnant, sebab kalau pregnant, by this time mesti UPT akan positif. Cuma aku takut if ada apa-apa masalah. Melalui bacaan di internet, katanya period boleh lambat sebab stress, kenaikan berat badan, penurunan berat badan dan macam-macam lagi. Tapi bila fikir balik, cycle ni aku langsung tak rasa stress, berat badan pun takdelah turun atau naik mendadak sangat. 

Buat masa ni aku nak tunggu seminggu lagi. Kalau masih negatif by that time, baru aku akan jumpa doktor untuk minta ubat turunkan period. InsyaAllah semoga Allah permudahkan semuanya untuk aku. Sekarang pun aku tengah dalam proses menurunkan berat badan, semoga dapat kurus balik macam dulu dan sihat. Bila badan dah sihat dan cergas, InsyaAllah nak sambung balik treatment TTC aku nanti.

Doakan ya (: 






Tuesday, June 30, 2020

Obese tahap 1

June 30, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Tengok tajuk tu..pergh. Scary kan?
Tapi tu lah hakikatnya.

OBESE TAHAP 1
Sekarang ni BMI aku dah mencapai 32.9
Nak nangis ada, nak gelak pun ada bila timbang tadi.  
Satu pencapaian yang sangat menakutkan bagi aku. haha!


Penat sebenarnya nak diet ni. Tapi bak kata suami, semua ni cuma mindset aku je. 
Aku ni kalau diet, turun lah sikit berat tu, tapi lepastu bila terbabas sikit mula lah berat naik dengan jayanya.

Bukan salah diet tu. Tapi salah diri sendiri yang tak konsisten.
So.. jom la bermuhasabah diri sendiri. You can do it! Jom mula 1 Julai 2020.
Jumpa lagi next entri nanti. Tunggu sebulan lagi aku akan update hasilnya :p

Monday, June 29, 2020

Nota Serah Tugas

June 29, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Nota serah tugas 


Bermula 26 Jun 2020 haritu, tamatlah tugas aku di Unit sebelah sana. Dan akan mula bertuga di unit sini. Walaupun masih dalam Bahagian dan Office yang sama, tapi bos dan rakan sekerja yang berbeza. Semoga semuanya baik-baik saja untuk aku dan kerjaya.Semoga semuanya dapat menerima aku dan kekurangan diri ini.

Aku jenis yang tak berapa gemar untuk cerita pasal kerja dalam Blog. Entah kenapa. Memang dari dulu lagi macam tu. 

Jadi sampai sini jelah entrinya. 

Bye, Assalamualaikum..

Friday, June 26, 2020

Rezeki Hari Jumaat

June 26, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Alhamdulillah, ade rezeki yang tak disangka-sangka harini. Masa sampai office tadi, kakak cleaner, Kak sue bagi 2 bungkus Nasi Lemak. Memang dah lama mengidam nak makan nasi lemak, cuma aku tak beli sebab tengah berdiet. 

Terima kasih kak su, sedap sangat Nasi Lemak ni. Walaupun tengah diet, tetap aku habiskan sebagai tanda penghargaan. Bukan senang tau nak dapat Nasi Lemak alas daun pisang sekarang ni  :p 

Kaksu kata anak dia jual nasi lemak ni. So kalau sesiapa yaang berdekatan Putrajaya dan Dengkil, boleh la emel aku untuk dapatkan nombor Kak Su.

Harga Nasi Lemak yang dijual :
Nasi Lemak Biasa : RM1.50
Nasi Lemak Telur Mata : RM2.50
Nasi Lemak Ayam : RM3.00

Konfirm sedap dan tak menyesal beli. 

Bye, jumpa lagi di lain entri 


Tuesday, June 2, 2020

Salam Aidilfitri 2020 / 1441H

June 02, 2020
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua  

Selamat Hari Raya semua!

Tahun ni kita beraya dengan norma baharu  disebabkan oleh Pandemik Covid19. Pertama kali rasanya tiada sambutan hari raya yang meriah. Raya yang tak sama macam dulu. Raya kali ini terlalu berbeza. Hanya hari pertama sahaja dibenarkan untuk menziarahi sanak saudara.Itupun dikalangan ahli keluarga dalam negeri yang sama dan tidak boleh melebihi 20 orang. Tapi kita harus akur, semua ini untuk menghapuskan rantaian Covid19 juga.

Aku dan keluarga agak beruntung sebab dapat berkumpul sama-sama di Hari Raya ini disebabkan tinggal berdekatan antara satu sama lain. Syukur Alhamdulillah dapat berkumpul untuk takbir raya, solat sunat Aidilfitri dan bersalam-salaman di pagi raya. Ada juga hikmahnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni kan?

Smpat juga aku rakam video untuk kenangan di masa hadapan. Meh la tengok :p


Jumpa lagi di entri seterusnya. bye!


Post Pilihan

randomposts

Followers