Rehat lama nak buat apa?

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua
Salam Jumaat, penghulu segala hari.

Dah lama tak tanya khabar hati kan?
Alhamdulillah.. semoga semuanya baik-baik je.

Hari Jumaat waktu rehat untuk penjawat awam agak lama, dalam 2 jam setengah. Kalau lelaki memang masa untuk solat jumaat. Tapi kalau pekerja wanita macam aku ni buat apa je bila rehat lama macam ni? Haa.. jeng jeng jeng.. 


credit image : here

1 ) SAMBUNG BUAT KERJA
Eh apa ni masa rehat pun nak buat kerja? haha eh ikut suka hati aku la. haha! Kadang-kadang ada kerja yang agak penting dan hati aku takkan tenang selagi tak siapkan kerja tu, so aku akan setelkan task yang bos bagi masa ni lah. Tenang sikit buat kerja masa office sunyi, sebab kebanyakan officemate akan keluar pergi lunch. haha! Kalau kerja tak siap haritu, nanti masa weekend hati aku terkenang-kenang dan jadi tak tenteram. So, kalau rajin, aku siapkan lah mana kerja yang urgent tu.


2) UPDATE BLOG 
Ni macam yang aku sedang buat sekarang ha. kadang-kadang kalau tak up entri baru, aku akan edit entri sedia ada ataupun entri yang dalam draf, takpun godek2 coding template blog ke kan.. Atau kadang-kadang blogwalking blog org lain. hihi

3) TENGOK MOVIE
Ni akan terjadi kalau aku dah terlalu bosan sangat. Dalam hard disk ni banyak movie yang aku dah download siap-siap dekat rumah. So bila waktu rehat memang kadang-kadang aku tengok movie. Pastu kadang bila waktu rehat dah habis, aku sambung balik tengok kat rumah kalau jalan cerita tu best. Sebab dekat rumah pun ade kiki (meow) je sebab kadang-kadang husband shift petang. so apalagi.. nak layan anak, anak takde lagi, so aku ajak lah kiki teman. siap pakej kena gigit kaki lagi. kadang-kadang kena cakar. hadap jelah. haha!

Ni contoh apa yang aku buat masa rehat panjang ni. Korang macam mana pulak? Share lah dekat comment tau.

 Eh! 15 minit waktu rehat dah nak habis. So jom lah kita buat apa yang patut. Jumpa lagi di lain entri! 


16 comments:

  1. Dulu masa akak kerja sama mcm syiqin... Main gamela, update blog, sbg kerja... Tak pun tidur sekejap di surau office.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tido kat surau pun selalu gak buat kalau rehat lama macam ni.

      Delete
  2. dulu ms company lama rehat Jumaat yang lama. Akk suka pi shopping / servis kereta / tengok wayang / beli brg dapur / update blog hehehe

    tp, company sekarang hari2 rehat 45 min

    ReplyDelete
    Replies
    1. 45 minit? mcm sekejap je kan rehat tu..huhu

      Delete
  3. Wah, rajin betul awak buat keja, hihihi.. saya pun kalu rehat lama akan update blog jugak, tapi selepas kami kluar beli makananan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kin memang jarang keluar lunch. biasa dah balik rumah baru makan.

      Delete
  4. wah seronok betul lah rehat 2 jam
    hahaha

    ReplyDelete
  5. wahh lama nya rehat. airah masa dekat company lama dalam sejam 45 minit je.itu pun memang dah bosan sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? syok rehat lama sampai x tau nak buat hape. hehe

      Delete
  6. Kalau kak ana dulu g makan2 kat jusco. Hehe

    ReplyDelete