Monday, January 7, 2019

Review- Daiso Charcoal Natural Pack Peel Off Mask Yang Pernah Viral Satu ketika dahulu kini dah restock semula!

Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Review- Daiso Charcoal Natural Pack Peel Off Mask

Hai semuaaa..
Ingat tak Peel Off Mask dari Daiso Jepun yang pernah viral satu ketika dahulu? Ala yang viral sebab dapat tarik segala whitehead dan blackhead di wajah korang tu. Actually produk ni dah lama takde tau, sebab tu bila pergi Daiso, tengok dekat seksyen Kosmetik tak nampak pun Mask ni. Mungkin dalam 2-3 tahun jugak rasanya.

Tapi sekarang tidak lagi, sebab...

Daiso dah restock balik Mask ni !! Yeah! Happy me!

Packaging di bahagian hadapan
Harga : RM5.90

Boleh beli di mana-mana cawangan Daiso. Yang ni aku beli di Daiso Mytown Shoping Centre. Rasanya banyak Daiso yang dah restock Mask ni semula, so korang boleh pergi try tengok dan grab (:

Ini pula packaging di bahagian belakang. Jangan risau sebab ada English version pada ingredients dan cara guna dia. Jadi senang untuk kita nak faham 

Cara guna dia simple je. Hanya sapukan pada area yang banyak whitehead dan blackhead tu macam dagu dan hidung. Aku suka letak tebal-tebal sebab lebih senang nak tarik nanti. Pakai dalam masa 10-15 minit sampai mask kering dan boleh tarik dari atas ke bawah. Pastikan mask ni dipakai tak melebihi 2 kali dalam seminggu untuk elakkan kulit menjadi kering.

.....dan, tadaaaaa

ewwww. banyak nya whitehead. Geli! haha.. 

Ini lah hasilnya, berjaya menarik whitehead. Memang banyak, so aku puas hati. Lepas pakai mask ni boleh cuci muka dan apply toner untu tutup balik pori yang terbuka tu. 

So korang yang nak try boleh singgah ke kedai Daiso yang berdekatan. Jumpa lagi di lain entri!

4 comments:

  1. aha dulu viral produk ni sampai sold out la dekat daiso hahaha

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pula dulu viral mask ni kat daiso dtapi sya tau yang mask jenis ni mahal! tak sangka boleh beli jee kat daiso :) murah, pasni bolehlaa beli.

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/01/how-was-my-2018.html

    ReplyDelete
  3. tq.
    mcm nak membeli nanti, asyiqin :)
    tak rugi try ekk. murah tapi berkesan.
    ok la kan.

    ReplyDelete

❤ BLOG I LOVE ❤

Instagram