Monday, December 2, 2019

Sarah Suhairi menyanyi di Korea I Trail to Busan-Blimey

Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua. 

Dari dulu lagi aku memang suka tengok channel youtubers dari Korea, Blimey. Blimey ni diterajui oleh 3 orang BFF iaitu Jade, Yerim dan Dasol. Rasanya beberapa tahun lepas lagi aku dah start minat dorang. Best tengok diorang buat reaction tentang lagu, makanan dan artis Malaysia. Beberapa kali jugalah diorang ni datang Malaysia, dan buat Fans Gathering untuk Blimers (Gelaran yang dorang bagi untuk Fans). 

Boleh klik gambar ni untuk direct ke Channel Youtube Blimey (:

Nak dipenddekkan cerita, Sarah Suhairi merupakan wakil Malaysia yang dijemput ke Busan International Film Festival dan Blimey ditugaskan untuk menjadi tour guide sepanjang Sarah di sana. So Blimey create video berepisod yang diberi nama Trail to Busan untuk berkongsi momen-momen bersama Sarah Suhairi untuk tontonan umum. 

Buat masa sekarang ada beberapa episod yang korang boleh tengok dalam Playlist Trail to Busan ni.

1. Malaysian star tries raw octopus for the first time in Korea
2. Malaysian star sings Dangdut in front of Korean Ajumma &Ajussis?!
3. Artis Malaysia di jemput ke Festival Filem terbesar di Asia
4. Malaysian star tries Spiciest tteokbokki in Korea for the first time 
5.Malaysian singer does busking in Korea?! - Preparation and The Stage



Antara video favorite aku ialah:

Video Sarah menyanyi lagu Mas Idayu. Comel sangat Sarah ni. Nyanyi dangdut pun comel je ha.



Yang ni pula video Sarah busking di Tepi Pantai. Dalam video ni dia persembahkan lagu Perfect by Ed sheeran, Eyes,Nose,Lips by Taeyang dan Rise and Fall yang diterjemahkan ke dalam bahasa Korea. Ada beberapa lagu lagi yang takde dalam video ni, mungkin akan diupload dalam episod seterusnya. Takpe, kita tunggu je nanti.

Trail to Busan ni Blimey akan upload ke ke dalam Youtube Channel pada setiap hari Sabtu, jam 6.00 petang. So, kalau korang nak tengok, boleh lah buka Youtube masa tu atau selepas pada waktu tersebut.

So, jumpa lagi next entri (: 

5 comments:

  1. tgk 1 video je.. yg sarah nyanyi lagu dangdut.. hihi

    ReplyDelete
  2. Kesiannya Mrs. A tak tahu langsung pun hahaha...
    Lepas ni nak tengoklah thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. Sarah suhairi ni boleh dah cari market ke korea pula hehe

    ReplyDelete
  4. Semua video ni kak ana dah layan. Tahniah buat sarah.

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers