Thursday, November 28, 2019

Dapat suprise Hello Kitty Carrier Limited Edition by Mc Donald

Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Semalam, 27 November 2019 McDonald Malaysia ada keluarkan Limited Edition Hello Kitty Carrier dekat semua outlet. Memang ramai orang yang berpusu-pusu pergi McD untuk dapatkan set HK tu. Penuh timeline Facebook, instagram dan twitter bila ramai yang update. Dalam hati aku teringin juga sebab Hello Kitty tu cute sangat. Kebetulan malam sebelum tu ada tag husband dekat post Hello Kitty Carrier tu dekat Facebook, dia baca and pergi tinjau pagi tu katanya panjang sangat barisan, so aku kata takpelah, tak payah beli. haha anggap jelah takde rezeki.

Tapi balik kerja malam tu tiba-tiba dia suruh kurung kucing peliharaan kami, kiki sebab ade bawa naik kucing lain, sebab kadang2 husband memang suka bawa kucing dekat bawah tu naik rumah kejap bagi makan minum sebelum lepaskan balik dekat bawah. kita ingat pun betul lah, so kurung kiki kejap.. 

Tapi memang betul lah dia bawa balik kucing, tapi kucing lain. haha

jeng jeng jeng..


Bukan satu, tapi dua!

Thanks so much awak. So akan letak satu dekat dalam kereta, satu lagi nak letak dalam bilik, boleh letak mekap kan? haha suka sangat sebab cute! korang ade beli juga tak? ehehe.

ok tu je nak share, jumpa lagi next entri!






3 comments:

  1. Wah.. cantiknya.. Dua pula tu...
    Sini tak ada McD.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. wah bestnya. kami kat kampung ni kalau nak beli kena pi ke mcd di bandar sana nun. haha jauh ngat ^_^

    ReplyDelete
  3. Hehheee... alahai comelnya husband buat surprise gittewww...

    Mrs. A tak beli pun tak minat sangat. Tapi officemate ada gak yang beli tulah sanggup que panjang. Viral jugak ada yang jual semula kat Lazada dengan shoppee harga jadi RM150.00 Rm200.00 pun ada.

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Instagram

Followers