Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Tuesday, July 31, 2018

McDonald’s Malaysia luaskan rangkaian McDelivery selaras dengan potensi pertumbuhan dalam khidmat penghantaran

July 31, 2018

McDonald’s Malaysia luaskan rangkaian McDelivery selaras dengan potensi pertumbuhan dalam khidmat penghantaran

Capaian dan liputan McDelivery akan diperluas sehingga 310 titik penghantaran menjelang akhir tahun dan 90 peratus restoran menyediakan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025



PETALING JAYA, 30 Julai 2018 – Memesan sajian McDonald’s dalam keselesaan anda sendiri dipermudah dengan langkah McDonald’s Malaysia meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran McDelivery. Aplikasi mudah alih bahru McDonald’s, tambahan titik penghantaran di seluruh negara, dan kerjasama dengan foodpanda dalam satu pakatan perkongsian strategik kini membolehkan pelanggan memesan makanan kegemaran mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Usaha meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran ini dilakukan selepas McDonald’s mengamati perubahan trend dan kecenderungan pengguna serta perubahan dalam landskap perniagaan yang telah mengwujudkan peluang untuk menghantar hidangan  makanan McDonald’s , manisan  atau minuman McCafe dengan memanfaatkan kemudahan e-dagang.

Dengan peluasan rangkaian McDelivery dan kerjasama dengan foodpanda, McDonald’s menjangkakan kenaikan ketara sumbangan hasil daripada McDelivery seiring perkembangan pesat saluran perniagaan ini. Untuk tempoh antara Januari hingga Jun 2018, McDelivery sudah pun mencatat kadar pertumbuhan 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Aplikasi mudah alih baharu McDonald’s, yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store, bukan sekadar aplikasi untuk membuat pesanan makanan. Fungsi lain yang menarik termasuk promosi dan tawaran eksklusif harian untuk pelanggan, tempahan untuk majlis hari jadi, mencari lokasi restoran, permohonan pekerjaan, berita dan maklumat terkini daripada McDonald’s, dan juga maklum balas pelanggan.

Bukan setakat itu sahaja, pelanggan McDonald’s juga ditawarkan promosi tersuai menggunakan aplikasi baharu ini berdasarkan rekod  pembelian bagi memastikan mereka menerima tawaran paling relevan untuk mereka. Fungsi baharu ini membuktikan bahawa aplikasi direka bentuk sebagai “pusat setempat” untuk menyenangkan pelanggan zaman sekarang yang sentiasa sibuk ke sana sini.

Selain daripada itu, peminat setia McDonald’s boleh merasa gembira kerana McDelivery kini boleh didapati 24 jam sehari.

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden / Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, usaha meluaskan perkhidmatan McDelivery adalah kerana peningkatan permintaan, yang sebahagian besarnya didorong oleh perubahan gaya hidup pengguna dan juga anjakan dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah.
“Pada zaman sekarang, rakyat Malaysia mendapati sukar untuk keluar makan disebabkan kesibukan dan jadual tugas yang ketat. Sama ada mereka tersangkut dalam mesyuarat kerja, kesesakan jalan raya, atau lebih suka berehat di rumah, mereka patut diberi pilihan untuk menikmati makanan kegemaran mereka.

“Sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan ini, McDonald’s komited untuk mencuba saluran yang belum diterokai sebelum ini bagi mencapai matlamat yang kami tetapkan, seperti menyediakan lebih 310 titik penghantaran menjelang tahun ini,” katanya sambil menjelaskan bahawa strategi jangka panjang adalah untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 90 peratus restoran McDonald’s dengan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025.

Pakatan perkongsian strategik dengan foodpanda akan memperluas dan mendekati lebih ramai pelanggan McDonald’s di seluruh negara, dan menghantar ke  kawasan baharu menerusi rangkaian penghantaran foodpanda yang luas.

Melati seterusnya menjelaskan bahawa sebagai rakan kerjasama terbesar foodpanda, McDonald’s teruja kerana dapat memanfaatkan rangkaian luas yang telah dibina oleh foodpanda untuk mendekati  kepada lebih ramai pelanggan di Malaysia.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, berkata, “Kami amat gembira untuk meletakkan McDonald’s Malaysia dalam rangkaian pengurusan penghantaran foodpanda. Pakatan perkongsian strategik ini selaras dengan misi kami untuk membawa makanan yang menceriakan kehidupan seharian dan  memuaskan selera pelanggan kami yang meminati McDonald’s dalam keselesaan rumah atau pejabat mereka sendiri.”

Memandangkan perkhidmatan  penghantaran makanan kini menjadi lebih relevan, McDonald’s berhasrat untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan pengendali pihak ketiga pada masa akan datang.

Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga memperlihatkan logo baharu McDelivery kepada wakil media, dengan janji untuk membawa senyuman kepada pelanggan dari satu tempat ke satu tempat.  


Mengenai McDonald’s

McDonald’s ialah peruncit perkhidmatan makanan global yang terkemuka di dunia dengan kira-kira 36,000 cawangan restoran di serata dunia, yang berkhidmat kepada lebih daripada 70 juta pelanggan di lebih daripada 100 negara. Setelah bertapak kukuh selama 35 tahun di Malaysia, McDonald’s berkhidmat kepada 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 267 restoran di seluruh negara. McDonald’s disokong tenaga kerja lebih daripada 12,000 kakitangan rakyat Malaysia di rangkaian restorannya di seluruh negara, yang menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Mengenai foodpanda Malaysia
Foodpanda memainkan peranan membawa sajian kegemaran kepada penggemar makanan di seluruh dunia dari restoran tempatan terpilih. Sejak penubuhannya, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan telah meningkat kepada lebih 27,000 rakan restoran di lebih 190 bandar raya di  11 negara Asian dan Eropah Tengah. foodpanda aktif di Hong Kong, Singapura, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, India, Romania dan Bulgaria. Ia dimiliki oleh Delivery Hero, pemimpin industri penghantaran makanan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.foodpanda.my

Monday, July 30, 2018

DEKAT MANA NAK BELI HADIAH YANG BEST UNTUK YANG TERSAYANG?

July 30, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



MENCARI HADIAH ISTIMEWA UNTUK SUAMI TERCINTA

Sebenarnya aku tengah cari something yang ade sentimental value yang aku boleh beri untuk someone yang sangat special dalam hidup aku. Ye, tak lain dan tak bukan untuk suamiku tercintaaaa! Haha..!  Walaupun sebenanrnya hari jadi dia dan tarikh Anniversary kami lambat lagi, tapi tak salah rasanya kan bagi hadiah  sebagai tanda menghargai masa susah dan senang bersama kan ? :D

So, untuk merealisasikan hasrat hati aku, puas jugak lah aku godek-godek encik google tadi, tengok dan sempat baca beberapa tips dari para bloggers dan… tiba-tiba aku tertarik pada satu website ni. :



Kenapa ye aku tertarik? Ada apa-apa yang best ke? Jawapanyaaaaa ialah..

..SEBAB KITA BOLEH REKA SENDIRI HADIAH TU!

Kata nak cari something yang ada nilai sentiment tu kan? So website ni memang sesuai sangat dengan aku sebab menepati ciri-ciri yang aku inginkan, iaitu pertama, aku boleh beli secara online, so jimat duit minyak dan parking kereta. Kedua, harganya mestilah yang semestinya  murah dan berbaloi-baloi, Ketiga,  aku nak reka dan cipta sendiri hadiah tu ikut citarasa aku sendiri, dan keempat hadiah tu mestilah ada nilai-nilai sentimental value dan praktikal, maksudnya yang boleh digunakan dan bukan disimpan dalam almari je

Dekat printcious ni semua ciri-ciri yang aku nak tu lengkap. Caya tak caya? Kalau tak caya jom tengok bawah ni :


JENIS-JENIS HADIAH UNTUK SI DIA

Dalam website ni macam-macam hadiah yang kita boleh pilih seperti T-Shirt, Keychain, Kanvas, Puzzle, Magic Mug, kusyen, Bantal, Button Badge, Pad Tetikus, Jubin seramik dan juga Baby Romper. Serious best giler!

Antara hadiah yang disediakan oleh printcious




4 STEP UNTUK REKA SENDIRI HADIAH ANDA :



1 ) Pilih Produk anda.
Dalam banyak-banyak pilihan yang ada tu, korang prefer yang mana ye? Aku suka bantal dan Kanvas tu. Bantal boleh la suami peluk hari-hari dan Kanvas tu boleh gantung dekat dinding supaya dia boleh tatap hari-hari kan. Chewah macam sweet pulak kan. haha! So aku rasa aku nak beli dua-dua ni nanti. Tapi jom kita design yang bantal tu dulu!



2) Muat naik gambar atau rekaan anda.
Muat naik je gambar apa-apa yang korang suka. Untuk bantal design yang aku pilih ni ade side depan dengan belakang, so korang boleh letak 2 gambar yang berbeza.



3) Tambah dan Sunting Teks
Font dalam ni banyak dan semua cantic-cantik. Rambang jugak mata aku ni tadi. Macam dalam gambar di atas tu, aku guna font Buxton Skecth.


4) Buat Pesanan!

Bila dah siap design tu, boleh la buat pesanan pula tau. Ni kira step yang terakhir lah. Best kan? Senang pun senang. Murah pun sangat lah murah! Rugi kalau korang tak grab satu.

Tengok tu, ada diskaun 40% lagi dan Free postage untuk pembelian RM50 ke atas si semenanjung Malaysia. So, dah jimat banyak betul ni!




Tak sabar pulak nak tengok hasil bantal yang dah siap tu nanti. Nanti bila dah siap aku buat satu lagi entri ya. Jangan lupa baca tau. Hihi..


PRINTCIOUS – YOUR PRECIOUS GIFT

Website

Facebook

Instagram


Jika ada event apa-apa pun dan korang sedang mencari hadiah terbaik untuk tetamu, jangan lupa untuk hubungi mereka. Selain tu, mereka juga boleh sediakan Party Photo Booth untuk majlis Hari jadi .
Mencari sponsor untuk event University dan Kolej? Boleh klik dekat sini : Sponsorship for Event “


Sunday, July 29, 2018

Dah makan ubat cacing ke belum ?

July 29, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Harini nak cerita pasal ubat cacing.. haha.. lets check it out!


Kenapa perlu makan ubat cacing?
Mestilah sebab nak bunuh cacing yang ade dalam usus korang tu! Seeloknya makan selang 6 bulan untuk pastikan tiada masalah kecacingan. Aku pun dah start makan ubat cacing ni ikut jadual sejak tahun lepas lagi. Sayang oi usus tu!

Siapa perlu makan dan dos ubat cacing ?


sumber : google
geli pulak aku tengok..huhu

Untuk Roundworm, whipworm dan pinworm
Kanak-kanak berusia 12bulan - 24 bulan : 1 Tablet (200mg)
- dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

Kanak-kanak/dewasa berusia 24 bulan dan ke atas  : 2 Tablet (400mg)

Untuk Threadworm dan Tapeworm (cacing degil ni..)
Kanak-kanak/dewasa berusia 24 bulan dan ke atas  : 2 Tablet (400mg), makan selama 3 hari berturut-turut dalam single dose.

Tuesday, July 24, 2018

Pengalaman Menghantar Ibu dan Ayah ke Kompleks Haji KLIA untuk melaksanakan ibadah Haji tahun ini

July 24, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


TERPILIH MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM HAJI 2018

Alhamdulillah, pada tahun ini, Ibu , ayah, maksu dan paksu telah terpilih untuk menunaikan haji pada musim haji kali ini. Ini ibadah haji kali kedua bagi ayah, tapi kali pertama bagi ibu. Oh ya, dulu pada usia 36 tahun ayah dah dipanggil untuk menunaikan haji, dan alhamdulillah syukur, rezeki ayah, tahun ini sekali lagi dapat panggilan dari Tabung Haji, dapatlah temankan ibu nanti. Satu berita lain yang menggembirakan juga sebab ibu dan ayah dapat pergi bersama-sama maksu dan paksu dalam batch dan penerbangan yang sama, sekurang-kurangnya nanti ibu dan ayah ade kawan dekat sana, boleh saling bantu antara satu sama lain kan (:


LAUNGAN AZAN DI RUMAH SEBELUM BERTOLAK





Pada 17 Julai iaitu hari selasa lepas, kami sekeluarga menghantar ibu dan ayah ke Komples Tabung Haji KLIA yang terletak di Sepang. Sebelum bertolak ke sana, azan dilaungkan dulu di rumah. Sayunya rasa masa tu. Aku tengok wajah ibu dan ayah masa tu. Ayah muka bersahaja dan cool je macam biasa, ibu pulak terpancar keceriaan dan keterujaan nak melaksanakan rukun haji yang ke5 tu. Bila tengok keterujaan ibu dan ayah, risau di hati sedikit kurang, semoga baik-baik sahaja dan sihat selalu orang tuaku di sana nanti. 


KOMPLEKS TABUNG HAJI KLIA, SEPANG




Alhamdulillah, syukur sebab pada tahun ini ibu dan ayah dapat mendaftar di Komples Tabung Haji yang baru siap dibina di Sepang. Mulai tahun ini, semua jemaah haji di seluruh negara akan mendaftar di sini mengikut tarikh penerbangan masing-masing. 

Jarak perjalanan dari rumah ke Kompleks TH ni tak samapi pun 30 minit tau sebab rumah kami di Nilai je, memang dekat sangat-sangat, dan memang sangat memudahkan kami untuk kesana, sebab kalau di Kompleks TH Kelana Jaya agak jauh jugak kan? Memang rezeki ibu dan ayah tahun ini..


PARKING DI MASJID KLIA, BERSEBELAHAN KOMPLEKS TABUNG HAJI 

Untuk yang membawa jemaah haji, boleh turunkan jemaah haji betul-betul di depan Tempat pendaftaran, dan selepas itu boleh lah parking di masjid. Parking banyak tau, senang sangat, kalau parking penuh pun, masih ada ruang-ruang yang kita boleh selit tanpa menganggu kenderaan lain. Masjid ni pun betul-betul bersebelahan dengan kompleks,so senang lah.










Bila masuk je perkarangan Kompleks, nampak ambulans dekat sini, mungkin untuk kegunaan kalau ada apa-apa emergency nanti.


PENDAFTARAN, SESI BERGAMBAR, BERSALAMAN

Sebaik sahaja sampai, ibu dan ayah pergi mendaftar dulu di ruang legar dan mengambil tag nama dan juga beg sandang yang diberikan oleh pihak Tabung Haji. Tag tu kena selalu pakai sebab apa-apa yang jadi nanti senang untuk  pihak Tabung Haji mengambil tindakan yang sewajarnya. Beg yang dibekalkan pulak agak besar, so senang nak isi macam-macam dalam tu macam powerbank, purse, spray wuduk, stoking, alquran mini dan lain-lain lagi.



 pass 


beg kuning yang dibekalkan pihak TH

Selepas pendaftaran, ibu dan ayah ada masa lagi sebelum dipanggil untuk masuk ke dalam dewan bagi sesi taklimat. Dalam dewan tu hanya bakal jemaah dan petugas sahaja yang boleh masuk tau. Yang lain-lain dah boleh balik dah lepas bakal jemaah masuk dalam tu. Nanti jemaah haji akan terus dihantar ke gate direct naik bas dari Kompleks TH KLIA tu.








So, sementara tunggu masa dipanggil tu, sesi bersalaman dan bergambar bersama ibu dan ayah. Aduh, sayu betul hati masa ni, tapi sekali lagi bila tengok wajah ceria dan teruja ibu ayah tu, hilang sikit rasa sayu tu. Kenapa nak sedih kan, mereka ke sana dengan tujuan yang baik, menjadi tetamu Allah dan beribadah. Jadi semuanya akan baik-baik je nanti. 

Ibu sempat pesan kat aku supaya selalu balik jenguk adik-adik kat rumah. Ibu jugak pesan dekat suami supaya jaga aku elok-elok. Part ni sedihhhhh sangat, tapi macam aku sebut td, kenapa perlu sedih kan? so sabar ye asyiqin.


SEMUANYA DIPERMUDAHKAN DAN BERJALAN LANCAR, SYABAS SEMUA PETUGAS TH

Alhamdulillah, aku sekeluarga cukup puas hati dengan TH. Ibu pun cakap semuanya mudah. Dari proses dapat surat untuk musim haji, uruskan passport, medical check up, kursus haji,kursus perdana dan ketika pendaftaran di Kompleks Haji KLIA tahun ni, semuanya mudah dan senang. Terima kasih buat semua petugas TH.





Kalau terserempak dengan ibu ayah saya kat sana, jaga diorang elok-elok ya! 


Dan.. ni video dekat Kompleks Tabung Haji tu kalau korang nak tengok :D


Sampai berjumpa lagi di lain entri!

Sunday, May 27, 2018

Come On, Traveloka kan ada

May 27, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Tadi masa aku belek-belek kalender kan, aku perasan banyak jugak cuti panjang tahun ni. Korang kalau cuti panjang, selalunya nak pergi mana? Pergi berjalanlah kan..takkan nak duduk rumah aje, boring pulak. Alang-alang cuti panjang sikit, panjang jugaklah langkah, pergilah tempat jauh sikit..Singapura ke Thailand ke Indonesia ke. Bolehlah kenal-kenal budaya jiran serumpun, amik tau cara hidup diorang, makanan apa best dan sebagainya..


Bercuti Dalam Malaysia Pun Okay Kan?

Masa ni duk tengok lembu di Desa Dairy Farm, Kundasang :D


kalau takde passport pun takde hal, boleh jugak melancong dalam negara. Sabah Sarawak misalannya, ada banyak jugak tarikan menarik untuk korang. Lagi pulak sekarang ni ada social media bagai, member-member post gambar berjalan, travel sana sini, buat bakar line je kan. kau pun kenalah rancak travel, live the life kan. Takde duit nak travel? Kumpul duit , menabung la . sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Sebenanrnya takde alasan untuk tidak bercuti. Mahu tau tak je.

Aku pun cuti panjang tahun lepas sempat bercuti ke Kundasang Sabah. Sejuk dan nyaman je rasa, dengan pemandangan yang sangat cantik. Memang terasa nak kesana lagi. Tapi tahun ni aku rancang nak ke Pulau Redang di Terengganu. Jatuh hati tengok gambar-gambar laut dan pemandangan yang cantik dekat sana.


Pulau Redang.. nak tengok penyu ! Gambar:google



Tak leceh pun nak rancang percutian

Bila dah ada keinginan untuk bercuti,  mesti benda-benda ni akan berlegar-legar dalam kepala korang macam ni kan?

“Nak pergi mana ea. Tempat apa best ea. Yang boleh ambik gambar lawa-lawa ke”

“Nak tido mana, homestay ke hotel ke chalet ke. Mana nak tau hotel apa yang best, murah.”

“Nak spend sikitlah kat hotel. Ambil besar sikit untuk family / kawan-kawan. Tapi macam mana nak tau hotel ni ada features apa. Nak call hotel malas pulak.”

“Kena book flight lagi. Jenuhnya..nak tengok tiket murah lagi. Nak kena bukak setiap sejam dua jam lagi”

Aku pun sama je macam korang dulu. Tapi sekarang tak lagi dah. Come on guys, Sekarang ni kan semua dihujung jari je!  apa susah susah fikir. Traveloka kan ada!  No more serabut serabut lah!



Dalam Satu Website Macam-Macam Ada!

Kalau korang yang duduk dalam gua tu confirm akan shoot soalan ni...
“Haa apa travel..oka? Travellokar? Eh...amende tu?”

Okeh meh aku cerita sikit kasi tau korang semua. Aku ni dulu pun pening jugak macam korang.   Asal cuti panjang je, pening tak tau nak travel mana. Itinerary tu kekadang rasa macam terlalu leceh. Nak Google lagi, check satu-satu website lagi. Pening weh nak buat research! Lepastu aku jumpalah satu website ni...www.traveloka.com.  Memang baiklah. Semua benda ada dalam satu. UI dia pun senang, friendly..motive kaler biru muda. Chill relax je go around the site.


Macam mana Traveloka ni boleh wujud? Meh aku cerita kat korang :D

Traveloka ni sebenarnya ialah satu company dari Indonesia. Mula beroperasi tahun 2012 dan dibuka oleh Ferry Unardi dan geng, Derianto Kusuma serta Albert Zhang. Idea asal diorang nak bukak Traveloka ni datang dari founder Ferry Unardi, yang stress nak book flight setiap kali nak balik ke kampungnya dekat Padang, Indonesia dari Amerika. Diorang pulang ke Indonesia dari kerja lama diorang kat Amerika semata-mata nak bukak company ni. Bagus betul diorang ni, kalau takde depa nak bukak website ni, aku rasa sampai sekaranglah aku pecah kepala nak book hotellah cari flightlah apalah. Korang pun sama kan? Haha

Tapi dulu diorang ni tak start terus jadi besar macam ni. Diorang buat kecil-kecil je. Masa mula-mula beroperasi dulu, diorang start dengan comparing harga flight ticket dari semua website penerbangan yang ada. Lepastu tahun 2013 baru diorang offer servis untuk book tiket flight. Setahun kemudian baru bukak servis untuk reserve hotel, chalet, homestay dan yang sewaktu dengannya.

Then diorang pun tak terus start kat Malaysia dulu. Diorang mula kat homebase diorang kat Indonesia, pastu baru mula spread ke Malaysia dan negara-negara Asean yang lain macam Thailand, Filipina, Vietnam dan negara jiran Singapura. Daripada team kecil, sekarang dah sebesar 400 orang untuk handle operasi serantau. Slow slow orang kata.


Website yang selamat dan boleh dipercayai. Bukan scammer!

Daripada sejarah Traveloka ni, korang boleh nampaklah yang diorang ni ada proven track record dan kepakaran untuk memudahkan semua urusan travel korang, daripada informasi tentang tempat yang korang nak pergi, hal-hal penerbangan pergi dan balik, penginapan dan lain-lain.

Cukup lengkap pakej diorang ni. Dan semuanya semudah bukak website Traveloka, bukak akaun dan taip je mana korang nak travel. Lepas dah scroll scroll, browse dan jumpa hotel dan flight yang confirm puas hati, boleh check out terus dan bayar online guna kad. See? Semudah tu je kan? Takde lagi kusut-kusut memikirkan cemana nak manage iti nak travel tu !!


Cara-cara merancang percutian menggunakan Applikasi Traveloka di Android
Sebabkan aku rajin harini, meh aku ajar korang cara-cara menggunakan apps Traveloka ni :

1) Install Apps Traveloka di Playstore






2) Lepas sign up dan login, korang akan di bawa ke home page. Boleh start search flight dan hotel





3) Pilih lokasi flight/hotel yang anda inginkan..contohnya kat sini, aku cari untuk Pulau Redang pada 10 Oktober 2018



4)  Isi details peribadi, dan bayar!

See...mudah sangat kan? Kalau ade sebarang masalah ataupun pertanyaan, korang jangan risau sebab Traveloka careline di buka 24 jam! So sangat memudahkan tau!

Jadi...kalau korang tengah plan nak travel tapi takmau rasa serabut Google here Google there, pergi dekat browser korang, bukak je website Traveloka. Takpun download je app Traveloka dekat  Android Playstore macam dekat atas tu bagi sesape yang pakai phone Adroid atau Apple App Store bagi sesiapa yang pakai iPhone. Settle dan dijamin kerja-kerja merancang travel korang tu semestinya jadi mudah dengan adanya Traveloka ni. Tinggal nak packing je lepastu travel mode ON! semestinya dengan Traveloka.



Friday, May 18, 2018

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak bagi Negeri Selangor Tahun 2018

May 18, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah, dapat kita bersama-sama menyambut Bulan Ramadhan yang penuh mulia pada tahun ni. Macam mana dengan puasa dan amalan masing-masing? Semoga segala amalan kita diterima Allah swt.




Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan (HR. Bukhari dan Muslim).


WAKTU BERBUKA DAN IMSAK SELANGOR

Siapa yang sahur dan berbuka dekat Selangor macam aku tahun ni? kita geng! Jom semak sama-sama tarikh berbuka dan Imsak bagi negeri Selangor, supaya korang taklah berbuka awal dan terlepas sahur! 

Zon 1: Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang




Zon 2: Kuala Selangor dan Sabak Bernam




Zon 3: Klang, Kuala Langat



Semoga jadual di atas menjadi panduan dan rujukan yang berguna buat korang semua. Selamat berpuasa!


Monday, May 14, 2018

Penjawat Awam tidak Perlu bimbang akan desas desus hilang jawatan

May 14, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Bahang kehangatan PRU-14 masih terasa pada semua orang, begitu juga dengan penjawat awam seperti aku. Bila banyak desas desus yang mengatakan akan ada penjawat awam seperti kami ini dilucutkan jawatan, memang amat membimbangkan. Tapi Alhamdulillah, bila PM umumkan yang saiz penjawat awam tidak akan mengecil, memang sangat-sangat lega rasanya. Yelah, apa lah nasib kami kan kalau diberhentikan?

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. - Foto Bernama

Memetik laporan daripada Astro Awani :

PUTRAJAYA: Penjawat awam dalam negara boleh menarik nafas lega tentang kedudukan mereka apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa pekerja-pekerja kerajaan tidak akan digugurkan walaupun beberapa perubahan dalam agensi kerajaan akan dilakukan.

“Kita tidak akan gugurkan penjawat awam setelah mereka bekerja.

“Kita akan cari satu cara lain untuk mereka terus bekerja, contohnya dipindahkan ke agensi-agensi yang berlainan,” kata beliau dalam satu sidang media di ibu negara.



Beliau menambah, sewaktu kerajaan mengecilkan saiz penjawat awam dahulu, jabatan-jabatan kerajaan dipindahkan ke syarikat swasa dan diambil pekerja sebagai pegawai tertentu.

Tun Dr Mahathir turut memberi contoh, sewaktu penswastaan Telekom, kakitangan Telekom dipindahkan ke syarikat swasta dan hal itu mengurangkan pekerja dalam kerajaan. 

Isu tersebut timbul apabila terdapat kebimbangan oleh penjawat awam susulan pengumuman oleh beliau untuk mengecilkan saiz kabinet.

Dalam sidang media itu juga, Tun M akan melalui proses perundangan melalui Lembaga Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Post Pilihan

randomposts

Followers