Alhamdulillah, pada tahun ini, Ibu , ayah, maksu dan paksu telah terpilih untuk menunaikan haji pada musim haji kali ini. Ini ibadah haji kali kedua bagi ayah, tapi kali pertama bagi ibu. Oh ya, dulu pada usia 36 tahun ayah dah dipanggil untuk menunaikan haji, dan alhamdulillah syukur, rezeki ayah, tahun ini sekali lagi dapat panggilan dari Tabung Haji, dapatlah temankan ibu nanti. Satu berita lain yang menggembirakan juga sebab ibu dan ayah dapat pergi bersama-sama maksu dan paksu dalam batch dan penerbangan yang sama, sekurang-kurangnya nanti ibu dan ayah ade kawan dekat sana, boleh saling bantu antara satu sama lain kan (:
LAUNGAN AZAN DI RUMAH SEBELUM BERTOLAK
Pada 17 Julai iaitu hari selasa lepas, kami sekeluarga menghantar ibu dan ayah ke Komples Tabung Haji KLIA yang terletak di Sepang. Sebelum bertolak ke sana, azan dilaungkan dulu di rumah. Sayunya rasa masa tu. Aku tengok wajah ibu dan ayah masa tu. Ayah muka bersahaja dan cool je macam biasa, ibu pulak terpancar keceriaan dan keterujaan nak melaksanakan rukun haji yang ke5 tu. Bila tengok keterujaan ibu dan ayah, risau di hati sedikit kurang, semoga baik-baik sahaja dan sihat selalu orang tuaku di sana nanti.
KOMPLEKS TABUNG HAJI KLIA, SEPANG
Alhamdulillah, syukur sebab pada tahun ini ibu dan ayah dapat mendaftar di Komples Tabung Haji yang baru siap dibina di Sepang. Mulai tahun ini, semua jemaah haji di seluruh negara akan mendaftar di sini mengikut tarikh penerbangan masing-masing.
Jarak perjalanan dari rumah ke Kompleks TH ni tak samapi pun 30 minit tau sebab rumah kami di Nilai je, memang dekat sangat-sangat, dan memang sangat memudahkan kami untuk kesana, sebab kalau di Kompleks TH Kelana Jaya agak jauh jugak kan? Memang rezeki ibu dan ayah tahun ini..
PARKING DI MASJID KLIA, BERSEBELAHAN KOMPLEKS TABUNG HAJI
Untuk yang membawa jemaah haji, boleh turunkan jemaah haji betul-betul di depan Tempat pendaftaran, dan selepas itu boleh lah parking di masjid. Parking banyak tau, senang sangat, kalau parking penuh pun, masih ada ruang-ruang yang kita boleh selit tanpa menganggu kenderaan lain. Masjid ni pun betul-betul bersebelahan dengan kompleks,so senang lah.
Bila masuk je perkarangan Kompleks, nampak ambulans dekat sini, mungkin untuk kegunaan kalau ada apa-apa emergency nanti.
PENDAFTARAN, SESI BERGAMBAR, BERSALAMAN Sebaik sahaja sampai, ibu dan ayah pergi mendaftar dulu di ruang legar dan mengambil tag nama dan juga beg sandang yang diberikan oleh pihak Tabung Haji. Tag tu kena selalu pakai sebab apa-apa yang jadi nanti senang untuk pihak Tabung Haji mengambil tindakan yang sewajarnya. Beg yang dibekalkan pulak agak besar, so senang nak isi macam-macam dalam tu macam powerbank, purse, spray wuduk, stoking, alquran mini dan lain-lain lagi.
pass
beg kuning yang dibekalkan pihak TH
Selepas pendaftaran, ibu dan ayah ada masa lagi sebelum dipanggil untuk masuk ke dalam dewan bagi sesi taklimat. Dalam dewan tu hanya bakal jemaah dan petugas sahaja yang boleh masuk tau. Yang lain-lain dah boleh balik dah lepas bakal jemaah masuk dalam tu. Nanti jemaah haji akan terus dihantar ke gate direct naik bas dari Kompleks TH KLIA tu.
So, sementara tunggu masa dipanggil tu, sesi bersalaman dan bergambar bersama ibu dan ayah. Aduh, sayu betul hati masa ni, tapi sekali lagi bila tengok wajah ceria dan teruja ibu ayah tu, hilang sikit rasa sayu tu. Kenapa nak sedih kan, mereka ke sana dengan tujuan yang baik, menjadi tetamu Allah dan beribadah. Jadi semuanya akan baik-baik je nanti.
Ibu sempat pesan kat aku supaya selalu balik jenguk adik-adik kat rumah. Ibu jugak pesan dekat suami supaya jaga aku elok-elok. Part ni sedihhhhh sangat, tapi macam aku sebut td, kenapa perlu sedih kan? so sabar ye asyiqin.
SEMUANYA DIPERMUDAHKAN DAN BERJALAN LANCAR, SYABAS SEMUA PETUGAS TH
Alhamdulillah, aku sekeluarga cukup puas hati dengan TH. Ibu pun cakap semuanya mudah. Dari proses dapat surat untuk musim haji, uruskan passport, medical check up, kursus haji,kursus perdana dan ketika pendaftaran di Kompleks Haji KLIA tahun ni, semuanya mudah dan senang. Terima kasih buat semua petugas TH.
Kalau terserempak dengan ibu ayah saya kat sana, jaga diorang elok-elok ya! Dan.. ni video dekat Kompleks Tabung Haji tu kalau korang nak tengok :D
Sebenarnya nak taip entri lain malam ni, tapi sebab kesuntukan masa dan badan pun agak letih sikit, so aku decide untuk join Giveaway ni. Syarat join pun simple sangat dan hadiah pun best yang amat! haha
Hari Jumaat waktu rehat untuk penjawat awam agak lama, dalam 2 jam setengah. Kalau lelaki memang masa untuk solat jumaat. Tapi kalau pekerja wanita macam aku ni buat apa je bila rehat lama macam ni? Haa.. jeng jeng jeng..
Eh apa ni masa rehat pun nak buat kerja? haha eh ikut suka hati aku la. haha! Kadang-kadang ada kerja yang agak penting dan hati aku takkan tenang selagi tak siapkan kerja tu, so aku akan setelkan task yang bos bagi masa ni lah. Tenang sikit buat kerja masa office sunyi, sebab kebanyakan officemate akan keluar pergi lunch. haha! Kalau kerja tak siap haritu, nanti masa weekend hati aku terkenang-kenang dan jadi tak tenteram. So, kalau rajin, aku siapkan lah mana kerja yang urgent tu.
2) UPDATE BLOG
Ni macam yang aku sedang buat sekarang ha. kadang-kadang kalau tak up entri baru, aku akan edit entri sedia ada ataupun entri yang dalam draf, takpun godek2 coding template blog ke kan.. Atau kadang-kadang blogwalking blog org lain. hihi
3) TENGOK MOVIE
Ni akan terjadi kalau aku dah terlalu bosan sangat. Dalam hard disk ni banyak movie yang aku dah download siap-siap dekat rumah. So bila waktu rehat memang kadang-kadang aku tengok movie. Pastu kadang bila waktu rehat dah habis, aku sambung balik tengok kat rumah kalau jalan cerita tu best. Sebab dekat rumah pun ade kiki (meow) je sebab kadang-kadang husband shift petang. so apalagi.. nak layan anak, anak takde lagi, so aku ajak lah kiki teman. siap pakej kena gigit kaki lagi. kadang-kadang kena cakar. hadap jelah. haha!
Ni contoh apa yang aku buat masa rehat panjang ni. Korang macam mana pulak? Share lah dekat comment tau.
Eh! 15 minit waktu rehat dah nak habis. So jom lah kita buat apa yang patut. Jumpa lagi di lain entri!
Sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu kan? Baru semalam rasanya jadi budak kecik yang main basikal sekeliling kampung dengan sepupu dan kawan-kawan, pejam celik macamtu je dan sekarang budak ni dah nak masuk 29 tahun dah bulan 10 nanti...
Semua orang akan merasai perubahan ni kan? Dari Baby comel jadi budak comot, masuk sekolah rendah, masuk universiti, kerja dan berjauhan dari kelurga, berkahwin, tiba-tiba tak sedar dah jadi tua..
image : google
Sekarang ni pun dah mula menghadapi situasi perit di mana insan-insan terdekat dalam hidup pergi meninggalkan kita. Situasi ni kita akan hadap jugak satu hari nanti. Bersediakan aku? Sekarang ni aku takut sangat bila fikir pasal mati.. Terfikir nanti macam mana keadaan aku bila aku mati, sempat tak aku mengucap? Sempat tak aku bertaubat?
Kadang aku menangis sendiri terbayang saat-saat tu. Ini kenyataan kan? Aku pun akan mati satu hari nanti.. tapi kenapa aku masih lagha dengan sandiwara dunia ni ye? Hari-hari tak pernah terlepas dari melakukan dosa.. dosa setinggi gunung.. mungkin lebih lagi.. tapi apa amalan aku? Rasa nak meronta bila ingat balik, berapa kerat sangat lah amalan yang aku dah buat untuk menyelamatkan aku ketika di hari perhitungan nanti..
Sejak dua menjak ni bila buka youtube, suka sangat aku dengar lagu ni. Tenang sangat jiwa. Baik penyanyi asal ataupun yang cover, dua-dua berjaya membawa lagu ni dengan baik. Lirik dia pun bagus sangat. So harini nak share Lirik lagu Deen Assalam dalam Bahasa melayu juga (:
Deen Assalam membawa maksud Islam Agama perdamaian. Betapa Islam mengajar umatnya supaya saling sayanag menyanyangi sesama makhluk di muka bumi dan juga betapa pentingnya sifat bertoleransi sesama kita. Kalau semua orang dalam dunia mempunyai sifat sebegini, MasyaAllah.. indahnya kan?
Jom kita sama-sama hayati lagu dan lirik kat bawah ni :
Penyanyi asal, Sulaiman Al Mughni
LIRIK LAGU DEEN ASSALAM (ARAB)
Kala ha dil ar maa taq fi masahat
La u na hasib la sama hat
Wan ta ayas na bahb
La ta ghay kal ar tha nas kan kal ya ghar
Ab ta hayat wab salaam
An syaru wah lal kalam
Zay nu dini yakh te rabb
Ab ma habbat wab ta sam
An syaru ba anil ana
Ha da hud deen as salaam
Terjemahan lirik lagu Deen Assalam dalam Bahasa Melayu
Seluruh bumi ini akan terasa sempit
jika kita hidup tanpa toleransi
namun jika hidup dengan perasaan cinta
meski bumi sempit kita kan bahagia
melalui perlaku mulia dan damai
sebarkanlah ucapan yang manis
hiasilah dunia dengan sikap yang hormat
dengan cinta dan senyuman
sebarkanlah diantara insan
Inilah Islam agama perdamaian Sampai berjumpa lagi di next entri!
Harini dah mula bekerja selepas bercuti raya seminggu lebih. Rasa lemau pulak bila nak masuk kerja balik ni, tapi bila amalkan Tips persiapan kembali bekerja selepas habis bercuti ni, rasa lebih tenang dan bersemangat je. haha!
Korang dah start kerja ke atau masih bercuti? Kalau masih bercuti, selamat bercuti. Kalau dah kembali bekerja macam aku ni, selamat bekerja lah ye. Semoga kita sama-sama dapat menjadi pekerja yang berguna kepada organisasi dan jabatan seterusnya dapat menyumbang sesuatu pada negara kita yang tercinta ini. Chewah!
Sebenanrnya ada lagi tau entri tentang raya yang aku nak update. Insyaallah ade kelapangan masa nanti aku akan update, saje nak update sebagai kenangan di masa kan datang kan.. Mana tau nanti bila aku dah takde, anak cucu boleh baca blog ni untuk melepaskan rindu kan..
So, jom buat kerja! haha. Jumpa lagi di next entri :D