Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Sunday, December 23, 2018

TTC JOURNEY I PART 3 : UJIAN DARAH SUAMI ISTERI

December 23, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

TTC JOURNEY I PART 3 : UJIAN DARAH SUAMI ISTERI


Google image


Untuk Entri yang sebelum-sebelum ni korang boleh baca dekat link di bawah ni

KOS TTC DI LPPKN (OWN EXPERIENCE-2016/2017)



Dalam Part 2 aku ade inform yang step seterusnya ialah untuk ambil darah pada hari ke 2 dan 21 period. Tapi sebenanrnya ada lagi ujian  darah yang perlu di ambil oleh suami dan isteri. Ni aku dapat tahu kena ambil lepas sesi kaunseling di PBBR Presint 8. Tapi untuk penceritaan di blog aku akan rangkumkan kesemua ujian darah ni dalam satu entri je tau.

UJIAN DARAH YANG PERLU DI AMBIL



Ujian darah yang aku dan suami perlu ambil ialah :

Isteri

1 ) Hari ke 2 Haid - Hormon FSH dan Hormon LH
2) Hari ke 21 Period - Hormon Progesterone
3) Hep B Surface Antigen, Hep C, HIV,VDRL, Rubella Screening

Suami 

1) Hep B Surface Antigen, Hep C, HIV,VDRL  Screening


AMBIL DARAH DI UNIT DAY CARE HOSPITAL PUTRAJAYA


Ambil darah untuk CD2 dan CD21

Mula-mula nak cari pening jugak la sebab tak pernah pergi kan. Tapi rupanya dekat je, cuma bersebelahan je dari bangunan Utama. Masa nak ambil darah ni aku pergi dulu dekat kaunter pendaftaran untuk daftar, tapi nurse di kaunter tu cakap boleh terus pergi je untuk ambil darah dekat sana. So terus ke Unit Day care. 

Dekat Unit Day Care ni pun lengang sangat-sangat, masa aku datang tu cuma aku jelah patient yang nak ambil darah, so memang tak tunggu lama pun. Rasanya kurang dari 10 minit semua urusan dah selesai. Oh ya.. hari ke 2 period aku ambil waktu pagi, manakala hari ke 21 period pulak aku ambil lepas lunch. Nurse dekat sana cakap better ambil darah waktu pagi sebab hormon lebih senang nak detect katanya, So lepas ni untuk korang yang nak ambil darah CD2 dan CD21, better pergi pagi-pagi okey.

Ambil darah Suami dan Isteri

Ujian darah yang ni aku ambil lambat sikit sebab dapat tahu kena ambil pun masa dah pergi appointment di PBBR Presint 8 untuk sesi kaunseling. Nurse tu inform memang peru ambil dulu ujian darah ni sebelum jumpa doktor. Tarikh Appointment untuk jumpa doktor tu pun agak lama lagi, so kami tunggu hari cuti husband untuk pergi ambil. Memandangkan suami takde lagi kad hospital, so kena pergi daftar kad hospital dulu dekat kaunter pendaftaran sebelum boleh ambil ujian darah tu. Aku suka ambil darah dekat sini sebab nurse baik sangat dan tak perlu tunggu lama sangat pun.

Result ujian darah akan diketahui bila jumpa dengan doktor dekat PBBR nanti. Next Entri aku akan cerita berkaitan appointment seterusnya pulak ya.

Jumpa lagi!


Tuesday, September 18, 2018

TTC Journey I Part 2: Appointment pertama di Hospital Putrajaya.

September 18, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua! Dah lama aku tak kongsikan perjalanan TTC aku dalam Blog ni. Untuk kisah yang lepas, korang boleh baca dekat sini : TTC JOURNEY : SET APPOINTMENT DI HOSPITAL PUTRAJAYA


Gambar dari google 

APPOINTMENT YANG PERTAMA DI KLINIK O&G


Selepas 2 bulan menunggu, akhirnya pada bulan Mei yang lalu aku ke Klinik 0&G di Hospital Putrajaya untuk apointment yang pertama. Sebelum masuk berjumpa dengan doktor, kita perlu timbang berat badan sendiri di kaunter terlebih dahulu, dan nanti nurse akan isikan pada satu borang khas.

Lama juga menunggu sebelum dipanggil haritu, sebab orang pun ramai sangat. Sepatutnya perlu datang sejam lebih awal dari masa appointment tu, Ni tak, appointment jam 9.30. Tapi jam 9.15 baru aku pergi mendaftar. So padan muka kena tunggu lama. Asalnya aku ingatkan sistem dia sama macam LPPKN, appointment jam 10, datang jam 9.45 pun takpe, sebab nama akan dipanggil jam 10 jugak. Tapi dekat sini memang based on sape cepat, dia dapat. so aku jadikan ini sebagai satu pengajaran. Lain kali kena datang awal!


APA YANG DOKTOR CAKAP? 


Untuk appointment kali pertama ni, Doktor semak semula report-report ujian yang aku pernah buat semasa di LPPKN. Tapi memandangkan dekat setahun juga aku dah tak follow up dengan LPPKN, jadi doktor cadangkan agar aku melakukan semula semua ujian-ujian tersebut, sebab Dr. bimbang andai result-result tu dah tak valid lagi sebab dah lama sangat kan.. 

So maknanya aku kena ulang semula ujian blood test CD2, CD21 , HSG dan semua yang aku pernah buat semasa treatment di LPPKN dulu lah kan? Tak tahulah, tengoklah pendapat Doktor nanti macam mana. Kita ikut je flow dia. InsyaAllah itu yang terbaik kan.


NEXT APPOINTMENT..


Nurse dah siap-siap tolong bookingkan tarikh untuk next Appointment seperti di bawah :

1) Ujian Darah Hari ke 2 dan 21 period (Unit Day Care, Hospital Putrajaya)
2) 19/9/2018 - Kaunseling (Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR Presint 8, Putrajaya)
3) 26/9/2018- HSA (Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR Presint 8, Putrajaya)
4) 25/10/2018 - Infertility Clinic - (Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR Presint 8, Putrajaya)

Nanti aku akan update lagi untuk next step. Doakan aku ye kawan-kawan (:


updated:

Sunday, August 12, 2018

Kekasih - Devotees

August 12, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Harini nak share sebuah lagu dengan liriknya. Lagu Kekasih daripada kumpulan Nasyid Dehearty ni dah lama kan, tapi aku suka sangat lagu ni. Lagi-lagi bila yang ade orang yang buat lagu ni dengan background klip video sedutan dari filem UP. 

Dalam filem tu, mereka bahagia sampai kehujung nyawa walaupun tak dikurniakan zuriat. Tapi kesedihan dan kesayuan tu tetap ade walaupun nampak macam gembira kan. Bak kata netizen, zuriat tu lah pelengkap rumahtangga.. Tapi aku pun sendiri takut, macam mana kalau nasib aku pun jadi sama macam klip video ni kan.. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. 

Semua yang baik datang dariNYA.. Semoga aku juga berpeluang menjadi seorang ummi nanti.





Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu


Tuesday, April 10, 2018

Dah 3 tahun kahwin, belum pernah mengandung lagi ?

April 10, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam
Semoga malam ini menjadi malam yang indah buat semua :) 

Baru je lepas blogwalking dekat blog-blog sahabat tadi. Memang dah jadi kebiasaan untuk blogwalking dulu sebelum update entri. Semoga rakan-rakan blogger pun senang hati dengan kunjungan aku tu. InsyaAllah (:


Hati berbunga ria 

Masa update entri ni hati tengah berbunga-bunga tau. haha! sebab apa? sebab husband dah baik rumah lepas 2 minggu pergi outstation kat Sarawak. Banyak betul ole-ole yang dibeli untuk isteri beliau nih. Thank you husband! Al maklumlah, mana pernah laki bini ni berjauhan macam ni sejak kahwin. haha! So bila dia dah balik ni rasa macam nak melompat-lompat je. Happy tak terkata (: 

image:google

Dah 3 tahun, tak pernah mengandung lagi ? 

Sepanjang 3 tahun perkahwinan ni, bermacam dugaan dan usaha yang kami dah lalui untuk dapatkan zuriat, cahaya mata pengikat kasih sayang. Tapi walau banyak manapun usaha,bila Allah kata belum, maka belum lagi lah rezeki itu diberi. Aku dan suami tak akan pernah mengeluh dan berhenti berusaha berharap dalam menanti zuriat kami sendiri (: 

Dalam pada itu, aku bersyukur sebab keluarga sendiri mahupun keluarga mertua tak pernah memberi tekanan pada aku dan suami berkenaan hal zuriat ni. Lagi banyak nasihat dan semangat yang diberi adalah. Alhamdulillah, syukur sangat dikurniakan keluarga yang memahami. 

Kata-kata orang

Tapi..diam tak diam pernah jugak ada kata-kata dari orang sekeliling yang mengguris hati aku;

'Tak pandai buat lah tu' 
'salah teknik lah tu' 
'gemuk sebab tu takde anak lagi' 
'aku ni gemuk pun subur je'
'kau ni bila lagi? Lambatnya'

Sampai hatikan manusia-manusia ni cakap macamni. Macam takde hati dan perasaan. Aku tak minta pun dikasihani atau simpati dari siapa-siapa, tapi cukuplah sekadar memahami. Aku tak pernah marah kalau makcik-makcik tanya dah ada anak ke belum sebab aku tau itu cuma modal mereka untuk berborak dengan aku. Tapi bila ada yang bertanya dengan nada yang menjengkelkan, memang murung jugak hari hari yang aku lalui.

Orang cakap rilekslah, biarkan je mulut-mulut jahat macam tu. Tapi situasi orang yang merasa takkan sama dengan orang yang tak pernah laluinya. Memang muka nampak cool je bila hadap orang macam ni, tapi hati yang sakit ni hanya tuhan je yang tahu. Dorang sedap bercakap dan menghina,tapi sakitnya aku je yang rasa. Tapi InsyaAllah, masih mampu bersabar lagi.

Rezeki dari Allah SWT

Tak pernah aku mempersoalkan aturan Allah SWT. Aku berpegang pada prinsip yang aku tak kan diuji melebihi kemampuan aku sendiri. Lagipun rezeki setiap orang tak sama, banyak ke sikit ke, cepat atau lambat ke semua tu bukan urusan kita nak tentukan. Masih ramai lagi yang senasib dan menunggu zuriat sendiri di luar sana, ada yang berbelas dan berpuluh tahun baru dikurniakan rezeki terindah tu, Jadi siapalah aku yang baru 3 tahun ni untuk mengeluh?

Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan syg?

Jadi.. terus berusaha, usaha dan usaha. Semoga DIA perkenankan usaha yang tiada hentinya ini. InsyaAllah, Amin.. 


Post Pilihan

randomposts

Followers