Saturday, April 21, 2018

Seronoknya belajar videofon bersama founder The Photolicious !

April 21, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Pada 15 April yang lepas, aku berpeluang untuk mendalami ilmu videofon yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) bertempat di MaTiC Kuala Lumpur. Bengkel ni dikelolakan oleh Founder The Photolicious iaitu Kak Kay atau nama sebenarnya Kamalia Kamal. Kalau korang nak tahu, ramai artis-artis terkenal negara kita dah pun menggunakan khidmat The Photolicious dalam mengabdikan momen-momen indah mereka. Antara artis tersebut ialah Syeikh Muzaffar, Eina Azman, Black Mentor dan ramai lagi.

Antara peserta yang hadir 


Kepentingan personal branding 

Permulaan kelas Kak Kay ada terangkan berkenaan kepentingan personal branding. Branding atau dalam bahasa melayunya kita sebut sebagai penjenamaan. Personal branding pula dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah 'identiti kita di mata orang lain'.

Untuk peniaga khususnya yang berniaga secara online, personal branding di media sosial sangat-sangat penting untuk meningkatkat nilai identiti di mata pembeli. Setiap bait kata yang kita tulis di Facebook, setiap sudut gambar yang kita upload di Instagram mahupun setiap aktiviti yang kita post di twitter akan memudahkan pembeli untuk menilai diri kita.

Percaya tak biasanya pembeli akan lebih tertarik untuk membeli di Insta Shop yang punyai ramai follower berbanding Insta Shop yang sikit bilangan pengikutnya?  Tepuk dada, tanya hati. Kalau aku pun lebih berminat untuk beli dekat online shop yang begitu sebab bagi aku, yang lebih ramai follower tu lebih dipercayai dan lebih berkualiti. 

Yelah, kalau takde sesuatu yang istimewa atau lain dari yang lain, takkan lah orang nak follow kan? Sama jugak macam kedai makan. antara kedai makan yang seorang dua je pelanggan nya, dan kedai makan yang tak henti-henti pelanggan datang, mestilah kita lebih tertarik untuk ke kedai ramai pelanggan!

Jadi untuk meningkatkan personal branding/ promote diri di mata orang lain menggunakan media sosial, beberapa tips yang Kak Kay share : 

  • Gunakan teknik 5:1( 5 untuk isi yang bermanfaat : 1 hard sell
  • Konsisten dalam membuat posting berkenaan produk/kepakaran/aktiviti seharian yang anda lakukan setiap hari. ( Contoh : anda bekerja dalam sektor kewangan, setiap hari anda akan berkongsi mengenai tips-tips berkaitan kewangan)
  • Elak dari menggunakan gambar yang sama berulang-ulang.
  • Sentiasa up to date dengan peredaran semasa
  • Jadi lain dari yang lain
okey, rasanya dah jelas kan tentang personal branding, so jom kita cerita tentang videofon pulak.


Teknik Videofon yang dapat menarik minat penonton

Apa tu videofon? Ambil video guna smartphone korang tu la! Kalau ada yang kata pakai handphone tak boleh rakam video yang berkualiti dan menarik hati penonton, anda silap besar tau! Dekat kelas ni, Kak Kay ajar kami edit video menggunakan applikasi Instashot. korang boleh download dekat playstore

bersama Founder The Photolicious, Kak Kay


Tips untuk hasilkan video yang menarik di media sosial

  • Ambil 15 takes video yang berlainan
  • Pilih dan trim video-video tersebut sehingga berdurasi max15 saat sahaja (IG) dan 30-60 saat (FB)
  • Pilih background bewarna hitam atau putih
  • Pilihan warna text berdasarkan 3 warna yang ada pada video. Keutamaan pada warna hitam dan putih
  • Fit canvas bersaiz 9:16
  • Pemilihan lagu perlu bersesuaian dengan tema penceritaan video. 
  • Masukkan effect dan sticker untuk nampak lebih menarik! 

Setiap peserta bengkel dikehendaki untuk ambil video dan edit seperti tips di atas, dan 2 orang pemenang telah pun dipilih sendiri oleh Kak Kay berdasarkan kriteria yang paling menepati kehendak beliau.Tahniat buat Kak Nina Mirza dan Nizam.

Nampak macam senang sebenarnya bila tengok video-video yang kak kay dan para peserta hasilkan, tapi masing-masing ada cabaran sendiri. Ada yang tak sempat ambil 15 takes, ada yang hang phone sampai kena buat semula (aku la tu. huhu) dan ada yang bateri habis pulak. haha! Tapi terima kasih buat Kak Kay dan assistant beliau yang sabar mengajar dan berkongsi ilmu buat kami pada hari tersebut. We love you!


Nasihat yang berguna

Banyak ilmu berguna yang telah disampaikan oleh Kak Kay, dah salah satu nasihat beliau ialah "dont assume, ask!" . Maksudnya, kalau kita dengar apa-apa berita ataupun cerita yang negatif, jangan terus share dan viralkan, sebaliknya tanya dan dapatkan kesahihan cerita tersebut. Jangan menambahkan lagi titik hitam pada dosa kita yang sedia ada. Semoga tiada hati yang terluka disebabkan perkongsian yang tak betul. Dah kategori fitnah namanya tu.




Follow Kak Kay

Sebarang informasi terkini mengenai aktiviti Kak Kay dan The Photolicious, korang boleh layari link di bawah ni : 


Akhir kata.. 
Terima kasih yang terhinggan buat #KBBA9, MaTiC, penaja-penaja makanan sepanjang bengkel ini iaitu The Blue Ginger , Khaisya Delite dan Dlaila Sup Power, Tak ketinggalan banner design oleh BG Design Resources dan juga tajaan Hadiah dari Cosmoderm. Terima kasih juga buat ajk yang bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan program pada hari tersebut. 



Kalau ada bengkel ni lagi, memang aku akan join sebab best tau! 

Thursday, April 19, 2018

Movie Review #3 : Rampage , Big meets Bigger. Best giler !

April 19, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Siapa dah tengok Rampage? Ala yg the Rock berlakon tuu..! Aku dan suami berpeluang untuk tengok movie ni pada hari jumaat yang lepas. Bagi aku cerita ni best gila! Nak tau kenapa? meh aku cerita sikit. 

image : google

Hubungan unik seorang Primatologist dan Gorilla Albino

Davis (The Rock) merupakan seorang Primatologist (yang mengkaji tentang haiwan),  manakala ada seekor gorilla Albino yang dinamakan George. Spesis Gorilla Albino ni mahal tau sebab jarang sangat-sangat dijumpai dalam dunia ni, sebab tu ia diburu.

Davis merupakan orang yang bertanggungjawab menyelamatkan George daripada pemburu haram di hutan. Masa tu George masih kecik lagi tapi dia ada satu kenangan pahit. Apa dia? Sedih tau sebab George tengok sendiri depan mata bagaimana ibu dia ditembak dan disembelih oleh pemburu haram bedebah tu!

Sebab tu lah,walaupun dah besar dan meningkat usia ni, George masih trauma dan akan mengganas bila tengok orang pegang senapang. Sedihnyaaa. 

Tapi apa pun, bonding antara Davis dengan George sangat kuat, hinggakan dorang boleh berkomunikasi guna bahasa isyarat, sebab Davis yang ajar George. Ala, bahasa isyarat macam orang yang cacat pendengaran guna tu. Comel betul tau! 


Eksperiment Gila 

Biasalah kan, dalam sejuta orang mesti ade seorang yang tak tenteram bila dunia ni aman damai. Ada sebuah company ni mencipta satu formula yang gila. Formula tu akan menjadikan haiwan-haiwan dalam dunia ni besar dan mengganas. George pun turut terkena tempias dari formula tu. Kesian George!

Selain George, ada 2 ekor haiwan yang turut menjadi mangsa eksperiment gila ni. So, Davis dengan dibantu oleh seorang doktor wanita menjalankan misi untuk menyelamatkan George dan menghentikan huru-hara yang terjadi akibat dari eksperiment gila tersebut.

Official Trailer : Rampage


Spoiler

Nak kena bagi spoiler ke? haha buat masa ni, tu je yang aku boleh cerita. Nak cerita banyak lagi tak boleh la sebab movie ni masih lagi ditayangkan di pagawam seluruh Malaysia. Kalau nak tau apa yang terjadi pada George dan Davis, boleh pergi beli tiket cepat-cepat tau!

5 Bintang! 

Aku bagi 5 bintang! sebabnya movie ni bermain dengan emosi tau. Kejap sedih, kejap happy, kejap rasa nak marah pulak. Tapi sebab utama aku bagi 5 bintang ialah sebab cerita ni berkisarkan hubungan dan layanan baik manusia terhadap haiwan. Walaupun haiwan tak berakal, tapi mereka ada perasaan. Sama la macam cerita ni. So apa lagi, yan tak tengok tu mesti kena tengok. Confirm tak menyesal! 

Wednesday, April 18, 2018

Cara semakan nama daftar Pemilih bagi Pilihan Raya ke 14 ( 9 Mei 2018)

April 18, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Umum dah maklum yang kita bakal mengundi pada 9 Mei 2018 (Rabu). (Baca:Pengumuman Tarikh Pilihan Raya Umum ke 14)

Undi tu adalah rahsia, dan merupakan satu kewajipan serta tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia untuk memilih calon yang berwibawa sebagai pemimpin negara. Untuk yang bakal mengundi nanti, perkara paling wajib korang lakukan ialah dengan menyemak nama korang dan tempat korang mengundi nanti. Mana lah tau korang pernah buat urusan untuk tukar pusat mengundi kan, so better cek awal-awal supaya tak berlaku kesilapan semasa hari mengundi nanti.

Cara semakan nama daftar Pemilih bagi Pilihan Raya ke 14 

Untuk menyemak, korang boleh klik pada pautan di bawah ni : 


Bila dah klik, just masukkan no kad pengenalan dan akan keluar status macam di bawah :
Selamat mengundi semua !

Tuesday, April 17, 2018

Pengalaman pertama kali memandu di Kuala Lumpur

April 17, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Ahad yang lepas, aku join Bengkel Videofon yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) bertempat di MaTiC. Jalan Ampang Kuala Lumpur. Ni merupakan aktiviti aku yang pertama dengan KBBA9 selepas menjoinkan diri dalam KBBA9 pada Mac yang lepas. Seronok, tapi yang ni aku akan cerita di entri lain. Sabar tau! hehe



image: google


Wishlist 2018

Korang tahu tak? sebenarnya salah satu wish list aku pada tahun 2018 ni ialah untuk drive masuk KL! haha. Nampak senang je kan? tapi entah kenapalah aku agak risau kalau tengok org drive masuk KL. Mungkin sebab sikap pemandu disana yang bagi aku macam over kot. Sampailah kalau takde yang hantar, aku sanggup naik erl/ktm sekiranya nak pergi KL. Padahal dulu sewaktu bertugas di KL, aku selamba je merempit dari Batu ke tempat kerja di Jalan Sultan Ismail. Ada beza ke motor dengan kereta Asyiqin? entahlah.  haha! 

Kenapa naik kereta? 

Memang mula-mula aku nak naik pengangkutan awam je ke sana. Tapi suami lah yang bising suruh je bawak kereta. Katanya aku dah pernah drive sendiri jauh-jauh ke PD, ke Melaka, takkan lah KL  yang dekat sekangkang kera je dari rumah tu tak nak drive kan? Haha. Maka bermula lah dialog ini : 

Aku     : "Awak percaya ke saya boleh drive masuk KL? hihi.."
Suami : "Mesti boleh punya" 

Dari situlah semangat tu makin meluap-meluap tingginya.  Haha!


Guna Google Maps 

Aku ni tak tahu sangat selok-belok KL. Bukan KL je, nak balik rumah kalau ikut jalan lain pun aku kena buka Google Maps dulu, baru rasa diri berada di jalan yang betul. haha! Kebetulan, aku ada ajak officemate jugak untuk turut serta dalam bengkel tu, tapi rupanya dia pun tak reti jugak jalan nak ke MaTiC tu. So bergoogle maps lah kita ye. Google Maps ni memang banyak memudahkan aku untuk ke mana-mana. Jarang sangat destinasi atau jalan yang ditunjukkan tu salah. 

Jalan tutup pulak! 

Ahad haritu jalan yang nak ke MaTiC tutup sebab ada fun run. Jawabnya sebab kitorang ni tak tahu jalan, maka 3 kali lah kami berpusing pusing di tempat yang sama. Nasib baik kali ke 4 akhirnya polis buka jalan tu. kalau tidak agaknya berapa kali pusingan lah kami lalui haritu ea? haha! 

Selamat sampai dan Selamat Pulang 

Alhamdulillah, akhirnya berbekal kan confident level dan keberanian yang tinggi, akhirnya selamat sampai ke tempat yang dituju. Masa nak balik rumah pun smooth je walaupun tersasar masuk lorong smart pulak. Argh! masuk terowong ni memang aku tak suka. dah la panjang nau! Terbayang cerita zombi di fikiran masa lalu kat sini. haha! 

Alhamdulillah, aku bangga dengan pencapaian pemanduan aku setakat ini. Lepas ni dah berani dah nak drive ke mana-mana pun. InsyaAllah, amin..

Monday, April 16, 2018

Saturday, April 14, 2018

Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

April 14, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Selamat tengah malam.

Tak lama je lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia, iaitu bulan Ramadhan. Semoga segala persediaan dan amalan kita di diterima Allah swt. InsyaAllah

Harini aku nak share sesuatu yang best masa bulan Ramadhan nanti . Yang ni khas untuk korang yang tinggal di putrajaya dan sekitarnya.

Apa dia? Lets check it out!





Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

"Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.

Cabutan bertuah dan Persembahan Artis Popular

Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.



Program kerohanian dan Iftar bersama Anak yatim
  
Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.


Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin  dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak. 


Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair. 


Maklumat lanjut dan informasi terkini : 

Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
(TEL:  Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909) "

Friday, April 13, 2018

Adsense lulus selepas 2 minggu tukar domain

April 13, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah..
ada berita baik harini tau.

Lepas tukar domain pada 28 Mac yang lalu, aku tengok  iklan adsense dah tak ada menari-nari di blog ini. So aku pun godek dan cari apa yang tak kena. Bila refer pada google search, baru aku tau puncanya. Rupanya lepas tukar domain blog, kita wajib request semula untuk iklan adsense ni.


gambar : google


Cara-cara reapply adsense selepas tukar domain

1) Log masuk account Adsense anda
2) Klik My Ads
3) Klik Other Products
4) Copy code yang diberi dan paste dalam HTML Blog
5) Tick dalam kotak kecil
5) Send! 

Selepas lengkap step di atas, kita cuma perlu tunggu je emel dari pihak google Adsense. Paling cepat katanya 3 hari, paling lambat mungkin dalam sebulan. Untuk blog Asyiqin.com ni, aku cuma perlu tunggu dalam masa 14 hari je untuk iklan adsense ni diluluskan. Alhamdulillah, dua kali apply adsense, dua kali tak pernah direject lagi tau (:

Buat sahabat-sahabat blogger yang adsens nya masih belum di approve lagi, sabar tau. InsyaAllah, ada hasilnya nanti. Jangan lupa klik iklan dalam blog ni tau!

Post Pilihan

randomposts

Followers