Thursday, April 19, 2018

Movie Review #3 : Rampage , Big meets Bigger. Best giler !

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Siapa dah tengok Rampage? Ala yg the Rock berlakon tuu..! Aku dan suami berpeluang untuk tengok movie ni pada hari jumaat yang lepas. Bagi aku cerita ni best gila! Nak tau kenapa? meh aku cerita sikit. 

image : google

Hubungan unik seorang Primatologist dan Gorilla Albino

Davis (The Rock) merupakan seorang Primatologist (yang mengkaji tentang haiwan),  manakala ada seekor gorilla Albino yang dinamakan George. Spesis Gorilla Albino ni mahal tau sebab jarang sangat-sangat dijumpai dalam dunia ni, sebab tu ia diburu.

Davis merupakan orang yang bertanggungjawab menyelamatkan George daripada pemburu haram di hutan. Masa tu George masih kecik lagi tapi dia ada satu kenangan pahit. Apa dia? Sedih tau sebab George tengok sendiri depan mata bagaimana ibu dia ditembak dan disembelih oleh pemburu haram bedebah tu!

Sebab tu lah,walaupun dah besar dan meningkat usia ni, George masih trauma dan akan mengganas bila tengok orang pegang senapang. Sedihnyaaa. 

Tapi apa pun, bonding antara Davis dengan George sangat kuat, hinggakan dorang boleh berkomunikasi guna bahasa isyarat, sebab Davis yang ajar George. Ala, bahasa isyarat macam orang yang cacat pendengaran guna tu. Comel betul tau! 


Eksperiment Gila 

Biasalah kan, dalam sejuta orang mesti ade seorang yang tak tenteram bila dunia ni aman damai. Ada sebuah company ni mencipta satu formula yang gila. Formula tu akan menjadikan haiwan-haiwan dalam dunia ni besar dan mengganas. George pun turut terkena tempias dari formula tu. Kesian George!

Selain George, ada 2 ekor haiwan yang turut menjadi mangsa eksperiment gila ni. So, Davis dengan dibantu oleh seorang doktor wanita menjalankan misi untuk menyelamatkan George dan menghentikan huru-hara yang terjadi akibat dari eksperiment gila tersebut.

Official Trailer : Rampage


Spoiler

Nak kena bagi spoiler ke? haha buat masa ni, tu je yang aku boleh cerita. Nak cerita banyak lagi tak boleh la sebab movie ni masih lagi ditayangkan di pagawam seluruh Malaysia. Kalau nak tau apa yang terjadi pada George dan Davis, boleh pergi beli tiket cepat-cepat tau!

5 Bintang! 

Aku bagi 5 bintang! sebabnya movie ni bermain dengan emosi tau. Kejap sedih, kejap happy, kejap rasa nak marah pulak. Tapi sebab utama aku bagi 5 bintang ialah sebab cerita ni berkisarkan hubungan dan layanan baik manusia terhadap haiwan. Walaupun haiwan tak berakal, tapi mereka ada perasaan. Sama la macam cerita ni. So apa lagi, yan tak tengok tu mesti kena tengok. Confirm tak menyesal! 

12 comments:

  1. Memandangkan Hana peminat The rock so memang kena tonton movie ni hehe :3 Thank you bagi review se-awesome ini haha ^^

    ReplyDelete
  2. ramai jg yg ckp filem ni best... mgkn diorg peminat the rock kot hehehe

    ReplyDelete
  3. Nak tengok, nanti nak request ngan husband. Yey! Ingatkan tak best, bolehla tengok wayang nanti

    ReplyDelete
  4. nak tengok juga.. suka lakonan the rock..

    ReplyDelete
  5. walaupun dia sayangkan haiwan tapi dia tak rawat pun luka George, well at least bersihkan lepastu dia boleh sembang bila George tengah lapar. Tak boleh terima betul haha tapi enjoy jugak la tengok

    ReplyDelete
  6. tengok trailer pun memang dah best..wah nak kena tengok ni

    ReplyDelete
  7. i love this movie.
    5 bintang.
    kelakar.
    sedih.
    loving.
    terbaik lah :) anak2 pun suka.

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers