Friday, April 27, 2018

Movie Review #4 : Hichki

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Harini nak review satu lagi movie. Al maklumlah, kami suami isteri ni memang suka tengok wayang. Pantang ada movie baru keluar je, mesti akan pergi tengok punyalah kalau ade masa terluang. Macam biasa, TGV Dpulze Cyberjaya menjadi pilihan, sebab tempat ni dekat dengan rumah dan tak berapa sesak. 

Jadi apa movie yang aku nak review harini ? Lets check it out!

HICHKI : SINDROM TOURETT (SEDU)

Hicki ni sebutan dalam bahasa hindi bagi Hiccup . Dalam bahasa melayunya, hiccup ni bermaksud sedu. Korang mesti pernah kena sedu kan ? Dalam cerita ni, pelakon utama cerita ni membawa watak seorang guru yang merupakan penghidap Sindrom Tourett. Biasanya kita hanya sedu untuk sehari dua je atau paling lama seminggu. Tapi sedu yang dihidapi oleh penghidap sindrom Tourette ni tak boleh berhenti tau, mereka ni akan sedu sampai bila-bila pun. Kesian kan? 



SINOPSIS

Naina (Rani Mukherjee) yang merupakan seorang penghidap sindrom tourette, bercita-cita untuk menjadi seorang guru di sekolah biasa. Antara banyak-banyak sekolah yang dia hadir untuk temuduga, hanya sebuah sekolah je yang menerima. Itu pun sebab sekolah tu dah terdesak sangat untuk cari cikgu. Kelas yang akan diajar oleh Naina ni pula merupakan kelas bagi pelajar-pelajar miskin yang kuat memberontak kerana hak mereka dinafikan oleh guru-guru dan pelajar elit di sekolah tersebut.

Ramai guru-guru yang tak tahan lama dan berputus asa dengan kelas tersebut. Semua disebabkan murid-murid tak menerima cara-cara guru tersebut yang padang rendah terhadap mereka. Ada je helah dan cara yang murid-murid ni gunakan untuk takutkan cikgu kelas mereka. Tapi tidak pada Naina. Walaupun diuji dengan berbagai helah dari muridnya, Naina tak pernah berputus asa dan berazam untuk mengubah persepsi negatif sekolah tersebut kepada murid-murid miskin ni,

Ada satu kejadian tu buatkan Naina berputus asa sangat, tapi murid-murid nakal ni pulak yang pergi pujuk Naina balik. so sweet! haha.


SPOILER

Korang pernah tak tengok cerita laskar pelangi ?  cerita Hichki ni lebih kurang je konsep dia macam cerita tu. tapi masing-masing ade kekuatan plot yang tersendiri.


Cerita ni masih lagi ditayangkan di pagawam seluruh Malaysia. Korang boleh tengok dulu trailer dia kat bawah ni :



Pandangan Peribadi

Cerita ni bermain dengan emosi, ade satu babak tu aku hampir mengalirkan air mata tau! Keseluruhannya okey, tapi masih belum menepati citarasa aku lagi. So, aku bagi 4/5 bintang.

14 comments:

  1. Tak tengok lagi filem ini..
    So far Rani punya lakonan memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh la tengok.. best jugak (:

      Delete
  2. Sedih pulak tengok trailer dia hm.. T^T
    .
    Nice review kak!! :3

    ReplyDelete
  3. baca review critics movie ni agak cliche dengan movie pendidikan yang ada

    ReplyDelete
  4. alaaaaa raniiii tggu download je la huhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. xpe, nanti da download tgk tau!

      Delete
  5. trailer nampak macam best! tunggu keluar online, kena download dlu. baru boleh tngok. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... kin pun nak download jugak nanti

      Delete