Monday, April 2, 2018

Adab letak kat mana?

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam (:

Pernah tak jumpa seller yang tak beradab? Tak kisah la kat mana-mana pun, dari pada urusniaga online sampailah yang dekat kedai biasa tu. Apa nak buat ye kalau jumpa dengan seller yang macamni?

Situasi Pertama 

Al kisahnya hari jumaat lepas, aku dengan sorang lagi officemate ni makan dekat satu kedai berkonsepkan Korea dekat salah satu Mall dekat cyberjaya ni. Dia claim restoran dia tu No 1 in Malaysia. huh! Aku order satu lunch set , yang dalamnya patut ade nasi, sup dan air. Tapi sampai nasi aku dah nak habis, sup masih tak sampai lagi

Bila tanya kat pekerja dia, cakap sup on the way la apa la. Tapi lepas beberapa minit aku tunggu, sup kimchi aku tu masih tak sampai-sampai lagi,aku pun malas nak tunggu dan terus ke kaunter untuk buat bayaran. Masa inform pada cashier yang sup aku tak sampai lagi, dia terus buat muka tak bersalah dan cakap oh, sup dah habis, Dah la cashier tak reti cakap bahasa Malaysia! OMG dah kerja dekat Malaysia kot.. sepatah pun tak kan tak boleh cakap in BM? Kalau setakat staff di belakang tabir tak kisah la, ni cashier ! 

Bengang!

Aku bukan bengang pasal staff tak boleh cakap BM tu, tapi bengang sebab aku terpaksa buang masa menunggu dan dorang takde pulak inform yang sup tu dah habis masa aku order? Masa aku tanya kenapa sup tak sampai lagi pun dorang takde cakap sup dah habis tau tak. Sakit betul hati. Bila kita complaint dia bagi 10 percent diskaun je pun. Tak berbaloi langsung rasanya dengan masa yang terbuang tu.

Aku argue kanapa tak inform sup dah habis? Kenapa ambil order juga kalau tau sup dah habis? Tau pulak cuak tu. tapi langsung tak mintak maaf. Tapi disebabkan ramai orang nak bayar kat belakang, aku malas nak argue banyak-banyak. Tapi tahiah lah ye, korang dah hilang seorang customer dan memang aku tak kan recommend kedai tu  buat sesiapa pun. Bad customer service!

image: google

Situasi Kedua

Kejadian kedua ni pada hari sabtu. Lepas balik dari majlis tunang sepupu di Kg Labohan Daganng Bating, aku dan adik-adik aku singgah Nilai Square nak beli kain ela buat baju kurung. Bila sampai dekat salah satu kedai yang jual kain-kain tu, ade sorang lelaki cina ni (tokey kedai kot) approach kitorang dan ikut je mana kitorang pergi. Biasalah sambil tengok kain sambil tanya harga kan. 

Tapi muka dia memang masam mencuka la sejak kitorang masuk kedai tu. So mood pun macam ke laut je nak tengok kain-kain kat kedai tu.Bila takde yang berkenan di hati, kitorang nak pergilah survey kedai sebelah pulak. Boleh pulak dia cakap macam ni lepas kitorang pergi;

''Tanya harga tapi tak beli, takde duit tak payah la masuk''

Eh uncleeeee.. kau dah kenapa? Dia ingat aku tak dengar ke ape. Rasa nak pusing je pergi dekat dia balik dan sound, tapi malas nak gaduh depan adik-adik. So, aku biarkan je lah bagai angin yang lalu. Bila dah beli kain kat kedai sebelah, dengan bangganya aku lalu kat kedai uncle tu tadi dan angkat plastik-plastik tu tinggi-tinggi bagi uncle tu nampak. hahaha! 

Btw. kedai sebelah design lebih kurang sama je tau tapi disebabkan orang yang melayan kitorang tu senyum je , tu yang sampai 5 pasang duk borong tu. huhu.. see? Bila seller layan kita dengan baik, mood buyer pun berbunga-bunga tau. Dari niat nak beli sepasang je terus sambar 5 pasang. See? Betapa hebatnya kuasa sebuah senyuman. haha!


Berniaga lah dengan ikhlas..

Buat semua seller dekat luar sana, berniaga lah dengan ikhlas, tolong jaga adab dalam berniaga. Memang tak dinafikan yang 'customer not always right', tapi kalau dah terang-terang anda yang salah, please la minta maaf. Tak susah pun kan.. Kalau nak rezeki murah, tolong la jangan buruk sangka dengan customer, tak baik tau, nanti bila customer lari, korang jugak yang rugi nanti kan ? 

Sampai jumpa lagi di lain entri (: 

18 comments:

  1. Hahah kuasa senyuman memang hebat! >_<
    .
    Thanks for the advice kak hehe :D

    ReplyDelete
  2. selalu jugak terkena situasi-situasi macam ni

    https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Betul tu shiqin.. Akak pun pernah lalui situasi sebegitu. Kalau betul dah habis. Cakap awal2 kan senang. Takdelah kita nak tunggu. Then, pasal situasi beli kain ela tu... Sangat2 akak setuju. Bila si penjual layan dengan bagus... Daripada 1 niat nak beli... Boleh jadi double triple. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak fiza.. rugi betul seller yang tak beradab tu. teringat lagi sampai sekarang.

      Delete
  4. kadang mmg ad jenis mcm ni, jenuh ler nak hadap, sakit hati..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit hati sangat sampai rasa nak mengamuk je ni ha.. hehe

      Delete
  5. sama macam seller online la kan. kena layan customer baik-baik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aar.. sama je online atau offline. Bila servis okey, mesti orang pun suka (:

      Delete
  6. Susah kadang-kadang orang takda common sense ni.. Huhuhu.. Sabar jelah.

    ReplyDelete
  7. Dulu selalu jugak kena camni. Sekarang tidak lagi sejak saya amalkan masak sendiri kat rumah..haha. Tapi time keje dulu memang sabar je la mampu buat walaupun kadang rasa nak mencarut jumpa spesies camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! betul tu . rasa macam-macam tau kalau dah marah ni. btw, masak sendiri bestnyaa. jimat duit tau

      Delete
  8. saya pun pernah kena dengan tauke kedai peralatan elektronik.

    dia sungguh-sungguh nak jual dan promote macam-macam.

    namun saya kata belum beli lagi pada masa tu ..sekadar apa kata servey.

    akibat tidak puas hati..dia kata Nonsense

    saya tak faham dan buat make donno jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak profesional betul kan seller tu. ish geram kan bila jumpa seller mcm tu.

      Delete
  9. Eh melampaunya cakap macamtu, tak patut kot cakap macam tu. Kalau window shopping pun tak semestinya takde niat nak beli. Kalau tak beli pun boleh promote dekat orang lain. Cashier tu pun sama. Dulu pernah kena jugak, lama tunggu tapi order tak sampai. Bila nak bayar bagitau la tak sampai tapi tak mintak maaf pun. Dia just okay je. Geram sangat masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.. geram sgt bila jumpa seller mcmtu. tp bila seller tu okay dan senyum, kita rasa nak marah pun x jadi kan

      Delete