Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)
Hari selasa yang lepas, aku dan suami berkesempatan untuk merasai hidangan Buffet berbuka puasa di Sama-sama Hotel KLIA. Hidangan kali ini berkonsepkan Selera Warisan Nusantara, Sajian Istimewa Keunggulan Kepulauan Melayu.
Bermula 18 Mei ini, Sama-Sama Hotel KLIA menawarkan promosi bufet buka puasa Ramadan di ruang legar hotel. Bertemakan Selera Warisan Nusantara, juadah istimewa disediakan khas oleh pasukan kulinari hotel diilhamkan dari konsep Kepulauan Nusantara. Pengunjung dihidangkan irama tradisional Ghazal dari kumpulan Suara-Suara Otai sebaik melangkah masuk ke ruang legar hotel. Dan pertunjukkan akan menjadi peneman tatkala pengunjung menjamu selera sepanjang promosi Ramadan berlangsung.
Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan disediakan bak konsep gerai bazar Ramadan juga stesyen masakan secara live oleh pasukan kulinari diketuai Chef Eksekutif, Chef Ahmad Farhan Noorzali.
Sajian bufet lengkap dari juadah tradisional sekitar Kepulauan Nusantara menanti pengunjung tiap sesi buka puasa sepanjang bulan Ramadan dengan olahan menu berbeza setiap hari.

18 May hingga 12 jun
Antara Chef yang ada pada majlis tersebut
Thank you suami temankan!
Satay Stall
Turut disajikan adalah aneka menu pencuci mulut
termasuk Kek Black Forest, Apam Balik, Rojak Buah, pencuci mulut tempatan
seperti Ais Kacang, Ais Krim Kampung, Ais Krim Potong dan banyak lagi sudah
pasti mengiurkan para pengunjung yang datang berbuka puasa di Sama-Sama Hotel
KLIA. Tapi jangan lupa untuk membasahkan kembali tekak dengan minuman tempatan
Kopi Tarik dan Teh Tarik.
Menyelerakan tart buah niii.. sedap tau!
Antara Desert Stall yang ada
Bahan untuk dicampur dalam bubur lambuk
Antara air manis yang ada
Tidak lengkap rasanya pengalaman berbuka puasa Selera
Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA sekiranya tidak berkunjung ke gerai
Durian. Untuk para pencinta Raja Buah ini dialu-alukan untuk mengopek seberapa
banyak durian. Jika terasa kehangatannya, tenangkan dengan sebiji dua air buah
kelapa muda atau tebu di gerai Minuman.
Durian! memang yang pertama sekali kami serbu
Indian Tandoori Stall
Rojak buah & Sotong Kangkong Stall
Satay fresh!
Apam balik!
ikan bakar dan makanan laut fresh di Stall ikan bakar. Nyummy! pic credit to UN
Kambing Panggang yang menjadi kegilaan. pic credit to UN
Ayam Tandoori. pic credit to UN
Bagi pengunjung yang meminati masakan secara langsung
boleh beransur ke porte-cochere
hotel di gerai Barbeku dan nikmati juadah popular hotel seperti Sate,
Ikan Bakar dan Tandoori India. Salah satu tarikan buka puasa di hotel kali ini
juga adalah Kambing Golek yang dihidangkan bersama sos lada hitam, cendawan,
BBQ dan rosmari.
ikan bakar dan makanan laut fresh di Stall ikan bakar. Nyummy! pic credit to UN
Kambing Panggang yang menjadi kegilaan. pic credit to UN
Ayam Tandoori. pic credit to UN
HARGA DAN MAKLUMAT LANJUT
Promosi bufet buka puasa Selera Warisan Nusantara
disediakan sepanjang bulan Ramadan dari pukul 6petang sehingga 10malam. Dengan
harga RM135 pada hari biasa dan RM99
pada hujung minggu, pasukan kulinari hotel juga menyediakan tempahan
bankuet atau kumpulan dari 50 orang ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan
untuk tempahan bankuet bagi majlis berbuka puasa yang lebih intim bersama
keluarga, sahabat handai dan juga rakan perniagaan.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh menghubungi
Bahagian Jualan ditalian +603.8787.3333
atau e-mel: sales@samasamahotels.com.
Sama-Sama Hotel KL
International Airport:
Hotel ini mempunyai 442 bilik dan suite, terletak di sebelah Lapangan
Terbang Antarabangsa KL. Hotel tersebut telah memenangi banyak penghargaan
sejak penjenamaan semula Sama-Sama Hotels KL International Airport pada tahun
2013. Antara penghargaan yang telah diraih termasuk:
1. Hotel Mewah Lapangan Terbang Terbaik oleh World Luxury Hotel
Awards, 2013 – 2017.
2. Hotel Lapangan Terbang Terbaik Global oleh Haute Grandeur, 2016-2017.
3. Hotel Bisnes Terbaik Asia oleh Haute Grandeur, 2017.
4. 25 Hotel Terbaik Malaysia
oleh Trip Advisor, 2013 – 2017.
5. Pengiktirafan Sijil
Perkhidmatan Cemerlang oleh Trip Advisor, 2014 – 2017.
6. Penganugerahan Pemenang 4
Kali Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia,2014 –2017.
7. Anugerah Skor 9.0
daripada 10, Ulasan Tetamu oleh Booking.com, 2014-2016.
8. Anugerah Pendapatan
Terbaik Hotel oleh World Hotels, 2017.
9. Anugerah Pemenang Hotel
Disayangi Pengunjung oleh Hotels.com, 2018.
Sama-Sama Hotels KL International Airport mempunyai campuran penginap
antarabangsa dari Asia, Timur Tengah, Oceania dan Eropah.
Kebanyakan tetamu mengambil penginapan di Hotel rata-rata adalah tetamu
sedang dalam transit penerbangan, persinggahan di Lapangan Terbang Antarabangsa
KL serta untuk lawatan perniagaan singkat di KL. Sama-Sama Hotels KL
International Airport juga mempunyai cawangan satelit, Sama-Sama Express di
KLIA dan Sama-Sama Express di KLIA2.
best nye ada durian stall. mesti tu yg paling banyak kali di terjah. hehe.
ReplyDeleteHotel Sama-Sama ni macam hotel mahal kan Shikin?. Nampak menu pun best. Kalau tengok tema tu warisan nusantara tu mesti masakan yang sedap-sedap ni. Untung boleh review kat sini.
ReplyDeleteMacam best je ni, ada ikan bakar makanan laut lagi.. Pastu ayam tandoori.. Wahh terliur pulak baca entri ni š
ReplyDeletemenariknya menu2 yang ada di sana
ReplyDeletekalau x de kambing panggang mmg x sah kan....
ReplyDelete