Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Friday, August 30, 2019

Akhirnya dapat kuarters Putrajaya!

August 30, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah..



Petang tadi dalam jam 3.40 petang dapat panggilan daripada Bahagian Pengurusan Hartanah  (BPH) . Pegawai perempuan yang call. Hati dah berdebar-debar ni, dalam hati fikir mesti nak tawarkan kuarters sebab no giliran kuarters dah dekat.Hampir 5 tahun menunggu tau! Dan akhirnyaaaa..

" Kami nak buat penawaran kuarters pada puan, adakah puan masih berminat?'

"yes yes yes. haha"

Tapi aku dapat tawaran ni bersyarat tau, sebab rumah yang aku beli, walaupun berada di luiar Putrajaya, ia masih berada dalam linkungan radius 25KM, Puan tu beritahu bila dah dapat kunci nanti aku kena keluar dan beri peluang kepada orang lain pula untuk duduk kuarters. 

Tapi itu pun dah syukur sangat. Sebab sekarang ni aku menyewa di luar. Jadi boleh saving sikit untuk renovate rumah baru bila dah siap nanti. Rumah baru tu dijangka siap awal tahun 2022. 

Lokasi kuarters?
Dalam Putrajaya, tapi belum tahu lagi dapat di mana. Minggu depan baru pihak BPH emelkan surat tawaran tu. Harap-harap dapat berdekatan Office. Boleh aku merempit je pergi kerja nanti. yeay jimat minyak, jimat banyak tuu! 

So sekarang boleh slow-slow kemas barang-barang dalam rumah sewa ni. Duduk berdua je tapi barang banyak mengalahkan keluarga besar. haha!

Nanti bila dah dapat surat tawaran tu, aku post lagi dekat sini ye (: 


Friday, January 25, 2019

Our 4th Anniversary

January 25, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Semalam.. 
24 Januari 2019

Genap 4 tahun ikatan perkahwinan antara aku dan suami.

4 tahun?
Pejam celik pejam celik je rasanya, rasa macam semalam baru kenal.

Aku pernah bercerita di blog ni dulu macam mana perkenalan ni boleh terjadi, dan macam mana akhirnya kami buat keputusan untuk berumah tangga, kalau rajin boleh la cari entri tu. Entri tahun 2015. hehe


I love you always, husband
Thank you for everything

Tuesday, January 15, 2019

Happy Birthday Husband ❤

January 15, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

10 Januari 2019
Pada tarikh itu genap usia suamiku yang ke 31 tahun.



“Never in a million years did I think I would be this happy to have the perfect man standing behind me, supporting me with my silly ways and making me laugh all the time. I enjoy every moment we share together. Love you and Happy birthday!”


Selamat Hari lahir suamiku..

Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat, Semoga diberikan kesihatan yang baik selalu, dipanjangkan umur dan semoa sentiasa berada dalam lindungan Allah swt selalu.

Semoga terus sayangkan saya dan cintakan saya sampai bila-bila walau apa pun dugaan dan badai yang datang melanda.

Love you.. always (: 


Sunday, September 23, 2018

Petting Zoo di Farm in The City, Seri Kembangan

September 23, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat berhujung minggu semua! Selalunya hujung minggu ni ramai yang keluar berjalan-jalan dengan keluarga mahupun dengan insan yang tersayang kan? Sama jugak halnya dengan aku. Minggu lepas, semasa cuti Hari Malaysia, aku dan family sempat menghabiskan masa terluang bersama ke Farm In The City, Seri kembangan.

Klik untuk baca entri yang lepas : JALAN-JALAN KE FARM IN THE CITY BERSAMA KELUARGA TERCINTA (:

PETTING ZOO DI FARM IN THE CITY


Ini kali kedua aku ke FITC. Kali pertama pada hujung tahun lepas dan kali ini bersama-sama dengan keluarga blogger Kelab Ben Ashaari (KBBA9). Kalini husband tak dapat ikut sebab kerja, jadi aku bawa ibu dan adik-adik jalan-jalan. Family bonding session! 

aku kat belakang tu... tak perasan rupanya tengah ambil gambar. haha

Dalam ni ade banyak station yang korang boleh pergi dan beramah mesra dengan haiwan-haiwan dekat situ. Antara station yang ada macam dekat bawah ni:



AKTIVITI DI FITC 

Bermacam-macam aktiviti yang korang boleh buat di Farm In The City ni. Boleh bagi makan dekat haiwan, boleh usap-usap, boleh bergambar dan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, korang boleh join Pony Ride, tapi dengan sedikit bayaran. Alahai, tak mahal mana pun tau! Yang penting keseronokan anak-anak da pengalaman tu. Nanti dekat sekolah boleh anak-anak cerita dekat kawan-kawan.. hehe

Kakak ni mula-mula takut nak naik, tapi bila tengok budak-budak lain seronok je naik, dia pun jadi tak sabar :)

Muka happy dapat naik kuda padi 


Di antara station yang ada, ada 2 station yang aku dan budak-budak ni paling suka, iaitu Fish Feeding Moon Lake dan juga Longkang Fishing! 


 Sweet pulak tengok si abang share makanan ikan dengan adik. 

Besar gila ikan-ikan dekat sini tau



bergambar sebelum ke station seterusnya 



TEMPAT PERSINGGAHAN PALING LAMA- LONGKANG FISHING!

Dalam ni ada satu station yang dinamakan Longkang Fishing. Tau kenapa? Sebab korang boleh tangkap ikan dalam longkang. Haha. Jangan risau, longkang ikan ni sangat bersih airnya. Tapi lepas tangkap tu kena lepaskan semula ikan tau. Tak boleh bawa balik!

Budak-budak ni singgah paling lama dekat sini, sebab masing-masing tak puas hati selagi tak dapat tangkap ikan. 

Muka tak puas hati sebab masih belum dapat tangkap ikan. 

Sementara tunggu budak-budak pergi tangkap ikan, yang dewasa boleh duduk sini lepak-lepak sambil beli makanan dan minuman yang ada dijual di sebelah tu je. Meja yang ibu duduk ni depan longkang ikan ni je, so boleh duduk berehat sambil perhatikan anak-anak. 


HAIWAN-HAIWAN JINAK DI FITC

Kebanyakan haiwan dekat sini jinak-jinak. Mungkin sebab dah biasa dengan kehadiran pelancong kot kan. Lagi-lagi bila pelancong bagi makan, makin suka lah mereka.

Kambing apa tah nama dia. Jinak sangat! Boleh pegang dan belai-belai, tak gigit pun. Makin dihulur kepala tu adelah. haha!


 Ostrich ni pun jinak jugak, tapi kami takut nak dekat. Takut kot2 tetiba dia nak gigit ke apa kan. haha

Alpaca! Tengok tu bukan main posing lagi. Haha alpaca ni macam sombong sikit, panggil-panggil taknak pun datang dekat. huhu

 Ni haiwan ape eh. Rusa ke seladang ke, tahla, aku tak pasti sangat. Tapi memang kejar orang je minta makanan kerjanya. Langsung tak takut pun!


Turtle! Comel sangat! Besar-besar pulak tu. Ishh. Boleh pegang cengkerang dia tu, jangan duduk atas tu dahla. Kena kawal jugak anak-anak dekat sini.


 Burung-burung menanti untuk diberi makan. Dekat sini korang boleh minta makanan dari staff yang ada dalam ni dan bagi makanan dekat burung tu guna tapak tangan je! Seronok tengok orang bagi makan. Aku tak berani. Budak-bidak ni pun tak berani, kononnya takut berlubang tangan nanti. haha


 Burung ni jinak tau. Aku panggil dia untuk tangkap gambar, terus posing macam tu. hehe comel!


 Dekat kawasan ni ade ular, small crocodile dan haiwan liar. Kat sini tak boleh la nak belai-belai sebab ade dalam dinding kaca. Boleh tengok dari luar je.

Racoon! Masa ni dia nak tidur dah, sebab baru lepas makan. Comel betul tengok tido berpelukan macam tu. 


DAPAT SIJIL PENYERTAAN!

Kanak-kanak yang berkunjung kesini akan diberi sekeping sijil penyertaan waktu keluar nanti. Boleh tulis nama dan letak dalam frame. Kenangan gitu. hehe 

PERSONAL REVIEW
Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi aku rasa cukup sampai disini je. Korang perlu pergi sendiri untuk rasai pengalaman live tu. Seronok tau! Aku yang dah 2 kali pergi ni pun rasa macam nak pergi lagi.. So memang tak rugi datang sini dengan keluarga, di samping tengok haiwan-haiwan yang jarang dapat tengok, korang juga boleh eratkan ikatan dan hubungan sesama sendiri, bonding session la kiranya. 


Harga tiket Farm In The City 2018

RM55 Dewasa
RM45 Kanak-kanak (11 tahun ke bawah)
RM45 Warga Emas (60 tahun ke atas)

MyCard diskaun
RM37 Dewasa
RM30 Kanak-kanak (11 tahun ke bawah)
RM30 Warga emas (60 tahun ke atas)
** kanak-kanak 90cm ke bawah Percuma **

Promosi Pakej Family
RM125 – 2 dewasa & 2 kanak-kanak


MAKLUMAT DAN INFO :

OPERATING HOURS
WEEKDAYS10:00am-6:00pm

WEEKENDS09:30am-6:00pm

Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday



WEBSITE:
https://www.farminthecity.my
CUSTOMER SERVICE HOTLINE :
+603-89412099
Alamat : 
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia

Wednesday, August 22, 2018

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2018

August 22, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Hai semua! Macam mana Raya haji tahun ni? 
Semoga semuanya gembira walaupun di mana sahaja korang berada.



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

Aku dekat kampung sekarang ni, merayakan Aidil Adha bersama-sama keluarga. Tapi raya ni rasa kurang meriah sikit sebab suami kena kerja dan ibu dan ayah nun jauh di Mekah sana sedang menunaikan rukun islam yang ke-5. Semoga ayah dan ibu dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna, kami menanti kepulangan ayah dan ibu ke tanah air. Tak lama je lagi nak balik dah. hihi..

KALI PERTAMA BUAT KUAH KACANG
Raya tahun ni first time aku buat kuah kacang. Ambil resepi dari google dan compare dengan resepi dari google. haha okey lah, tak sesedap ibu buat tapi still ade rasa kuah kacang tu. Okay lah, yang makan pun kata sedap. Tapi tak mahu la reveal resepi kat sini, sebab aku pun tiru resepi orang je kan. Tapi puas hati jugak rasa bila dapat masak sendiri ni. Nanti lain kali boleh buat lagi. InsyaAllah.

KALI PERTAMA BERAYA TANPA AYAH DAN IBU
Rutin raya macam biasa, pagi-pagi dah ke surau untuk sembahyang sunat Aidil Adha dan lepastu balik rumah makan makan dan makan. Haha, bila ibu ayah tak beraya sekali ni kadang dah jadi blur pulak nak buat apa time raya ni. Haha.. maklumlah kali pertama juga beraya di kampung tanpa ibu dan ayah kan, so semuanya serba tak kena je. Aish rindu pulak..

Petang raya tu, aku dan adik-adik pergi jalan jalan jap. Girls Day Out katanya. Yelah, kadang bila balik tu jarang sangat dapat spent time bertiga. So kira macam bonding session jugak lah tadi :D

So apa  cerita hari raya haji korang tahun ni? kalau ade entri boleh la share, nanti aku dtg jengah (: 



Tuesday, July 24, 2018

Pengalaman Menghantar Ibu dan Ayah ke Kompleks Haji KLIA untuk melaksanakan ibadah Haji tahun ini

July 24, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


TERPILIH MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM HAJI 2018

Alhamdulillah, pada tahun ini, Ibu , ayah, maksu dan paksu telah terpilih untuk menunaikan haji pada musim haji kali ini. Ini ibadah haji kali kedua bagi ayah, tapi kali pertama bagi ibu. Oh ya, dulu pada usia 36 tahun ayah dah dipanggil untuk menunaikan haji, dan alhamdulillah syukur, rezeki ayah, tahun ini sekali lagi dapat panggilan dari Tabung Haji, dapatlah temankan ibu nanti. Satu berita lain yang menggembirakan juga sebab ibu dan ayah dapat pergi bersama-sama maksu dan paksu dalam batch dan penerbangan yang sama, sekurang-kurangnya nanti ibu dan ayah ade kawan dekat sana, boleh saling bantu antara satu sama lain kan (:


LAUNGAN AZAN DI RUMAH SEBELUM BERTOLAK





Pada 17 Julai iaitu hari selasa lepas, kami sekeluarga menghantar ibu dan ayah ke Komples Tabung Haji KLIA yang terletak di Sepang. Sebelum bertolak ke sana, azan dilaungkan dulu di rumah. Sayunya rasa masa tu. Aku tengok wajah ibu dan ayah masa tu. Ayah muka bersahaja dan cool je macam biasa, ibu pulak terpancar keceriaan dan keterujaan nak melaksanakan rukun haji yang ke5 tu. Bila tengok keterujaan ibu dan ayah, risau di hati sedikit kurang, semoga baik-baik sahaja dan sihat selalu orang tuaku di sana nanti. 


KOMPLEKS TABUNG HAJI KLIA, SEPANG




Alhamdulillah, syukur sebab pada tahun ini ibu dan ayah dapat mendaftar di Komples Tabung Haji yang baru siap dibina di Sepang. Mulai tahun ini, semua jemaah haji di seluruh negara akan mendaftar di sini mengikut tarikh penerbangan masing-masing. 

Jarak perjalanan dari rumah ke Kompleks TH ni tak samapi pun 30 minit tau sebab rumah kami di Nilai je, memang dekat sangat-sangat, dan memang sangat memudahkan kami untuk kesana, sebab kalau di Kompleks TH Kelana Jaya agak jauh jugak kan? Memang rezeki ibu dan ayah tahun ini..


PARKING DI MASJID KLIA, BERSEBELAHAN KOMPLEKS TABUNG HAJI 

Untuk yang membawa jemaah haji, boleh turunkan jemaah haji betul-betul di depan Tempat pendaftaran, dan selepas itu boleh lah parking di masjid. Parking banyak tau, senang sangat, kalau parking penuh pun, masih ada ruang-ruang yang kita boleh selit tanpa menganggu kenderaan lain. Masjid ni pun betul-betul bersebelahan dengan kompleks,so senang lah.










Bila masuk je perkarangan Kompleks, nampak ambulans dekat sini, mungkin untuk kegunaan kalau ada apa-apa emergency nanti.


PENDAFTARAN, SESI BERGAMBAR, BERSALAMAN

Sebaik sahaja sampai, ibu dan ayah pergi mendaftar dulu di ruang legar dan mengambil tag nama dan juga beg sandang yang diberikan oleh pihak Tabung Haji. Tag tu kena selalu pakai sebab apa-apa yang jadi nanti senang untuk  pihak Tabung Haji mengambil tindakan yang sewajarnya. Beg yang dibekalkan pulak agak besar, so senang nak isi macam-macam dalam tu macam powerbank, purse, spray wuduk, stoking, alquran mini dan lain-lain lagi.



 pass 


beg kuning yang dibekalkan pihak TH

Selepas pendaftaran, ibu dan ayah ada masa lagi sebelum dipanggil untuk masuk ke dalam dewan bagi sesi taklimat. Dalam dewan tu hanya bakal jemaah dan petugas sahaja yang boleh masuk tau. Yang lain-lain dah boleh balik dah lepas bakal jemaah masuk dalam tu. Nanti jemaah haji akan terus dihantar ke gate direct naik bas dari Kompleks TH KLIA tu.








So, sementara tunggu masa dipanggil tu, sesi bersalaman dan bergambar bersama ibu dan ayah. Aduh, sayu betul hati masa ni, tapi sekali lagi bila tengok wajah ceria dan teruja ibu ayah tu, hilang sikit rasa sayu tu. Kenapa nak sedih kan, mereka ke sana dengan tujuan yang baik, menjadi tetamu Allah dan beribadah. Jadi semuanya akan baik-baik je nanti. 

Ibu sempat pesan kat aku supaya selalu balik jenguk adik-adik kat rumah. Ibu jugak pesan dekat suami supaya jaga aku elok-elok. Part ni sedihhhhh sangat, tapi macam aku sebut td, kenapa perlu sedih kan? so sabar ye asyiqin.


SEMUANYA DIPERMUDAHKAN DAN BERJALAN LANCAR, SYABAS SEMUA PETUGAS TH

Alhamdulillah, aku sekeluarga cukup puas hati dengan TH. Ibu pun cakap semuanya mudah. Dari proses dapat surat untuk musim haji, uruskan passport, medical check up, kursus haji,kursus perdana dan ketika pendaftaran di Kompleks Haji KLIA tahun ni, semuanya mudah dan senang. Terima kasih buat semua petugas TH.





Kalau terserempak dengan ibu ayah saya kat sana, jaga diorang elok-elok ya! 


Dan.. ni video dekat Kompleks Tabung Haji tu kalau korang nak tengok :D


Sampai berjumpa lagi di lain entri!

Tuesday, June 19, 2018

Raya pertama yang dirindui..

June 19, 2018
Assalamualaikum 
alam Sejahtera buat semua :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 semua! 

Harini merupakan Hari Raya yang ke 5, dan dah ade pun yang pulang ke ibu kota untuk meneruskan tugasan harian seperti biasa. Ada yang dah mula bekerja pun kan. Aku? aku masih bercuti lagi, tapi tak keluar beraya pun sebab husband kerja. InsyaAllah bila dia cuti nanti boleh lah memenuhi undangan open house kawan-kawan. Raya kan sebulan! :D

Beraya di kampung halaman tahun ni..

Sebenarnya turn ni ialah turn raya rumah mertua, tapi disebabkan ade hal-hal tertentu yang tak dapat dielakkan, maka raya tahun ni kami beraya di kampung sebelah aku. hehe.. Tapi tahun ni kakak ipar dan anak buah kesayangan aku beraya di Kedah.. alahai.. rindunya kat budak-budak tu!

Malam raya macam biasa, akan ada takbir raya dari rumah ke rumah. Takbir raya ni memang dah tradisi kampung sejak turun temurun, jadi masih mahu dikekalkan dan diteruskan saban tahun.



Pagi-pagi raya lepas bersarapan, kami satu keluarga akan ke surau berdekatan untuk Solat Sunat Aidilfitri, dan seterusnya ziarah ke kubur sanak saudara yang telah meninggal dunia. Lepas tu baru lah kunjung mengunjung ke rumah saudara mara. Untungnya dekat sini sebab saudara mara sebelah ayah kebanyakannya duduk berhampiran dalam satu kawasan je . jadi senang nak berkunjung dan berziarah sesama sendiri.


Tema kami purple purple cair gitu..hehe :D


Petang selepas Zohor pulak kami akan ke Kampung Labuhan Dagang, Banting selangor untuk menziarahi saudara mara sebelah ibu pulak. Bila balik kampung ni,  teringat kenangan zaman kecik-kecik dulu, betapa meriahnya suasana tu. Rasa nak menitis pulak air mata ni bila ingat kenangan masa arwah nenek dan atuk masih hidup. Allahu.... rindunya pada mereka tak terkata..semoga nenek dan atuk ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin..

Next enri aku akan cerita lagi pasal raya. korang kalau yang nak stalk tu boleh la tunggu entri esok lusa pulak. hehe

Selamat Hari Raya!



Post Pilihan

randomposts

Followers