Selamat Hari Lahir buat insan teristimewa

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Tanggal 26 Mei, menjadi salah satu tarikh kesukaan aku. sebab apa? sebab pada tarikh ini merupakan tarikh yang sangat istimewa, untuk orang paling istimewa dalam hidup aku. Tanpa dia, takkan ada aku di dunia ni. 

Dengan dia aku belajar segalanya, dengan dia juga aku belajar erti cinta sesama manusia. Dengan dia juga lah, aku menjadi seseorang yang berguna seperti sekarang ni.

Insan itu tidak lain dan tidak bukan ialah..


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT IBUKU YANG TERCINTA 


my beautiful lovely mum! 


Aku sentiasa mendoakan ibu supaya dikurniakan kesihatan yang baik, semoga bahagia selalu dan semoga hati ibu sentiasa senang dan tenang. Semoga Allah swt sentiasa melindungi Ibu daripada segala bencana dan bahaya. Sesungguhnya aku tersangat sangat sayangkan ibu. Walaupun aku seorang anak yang tak pandai tunjukkan kasih sayang, tapi aku harap ibu tahu betapa tingginya kasih sayang dan cinta aku pada ibu. 

Ibu merupakan ibu yang paling baik dan terbaik di dunia. I love you so much ibu..


6 comments:

  1. Happy Birthday auntie...no hadiah ye just ucapan jee

    ReplyDelete
  2. semoga mak cik sentiasa sihat dan diberkatiNya selalu aminnn

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir ibu :)
    Semoga diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan dunia akhirat..

    ReplyDelete