Sunday, March 18, 2018

Tips Muka bersih tanpa jerawat : Double cleansing!

March 18, 2018
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca :)

Apa khabar hati hari ni?
harap terus sihat dan ceria :)

Untuk pos kali ni, aku nak cerita tentang rutin terbaru yang aku amalkan, iaitu double cleansing. Dah dekat sebulan jugak aku amalkan dan nampaknya perubahan pada kulit wajah agak positif dan memberansangkan, so why not tak share dekat blog ni kan, benda baik patut dikongsi :)

Double Cleansing ? Ape tu ?

Masa mula-mula dengar pun dah tertanya-tanya apebenda lah ni. Dengar bunyi macam kene cuci muka dua kali ke. Tapi kenapa kena cuci sampai dua kali? sekali tak cukup ke, Macam membazir je?

Ni lah yang berlegar-legar di fikiran aku masa mula-mula dengar terms ni. Gali punya gali , baca artikel semua baru faham yang double cleansing ni merupakan teknik paling utama yang diamalkan oleh wanita-wanita korea untuk penjagaan wajah. Sebabnya, bila mencuci muka dengan pencuci biasa sahaja, masih belum tentu lagi kotoran atau minyak di muka akan hilang sepenuhnya, lagi-lagi bagi mereka yang gemar menggunakan makeup. Jadi dengan penggunaan double cleansing, segala minyak, sebum dan kotoran dimuka dapat dicuci di tahap optimum.

Kotoran di wajah kita ade 2 jenis, iaitu minyak dan air. Kotoran minyak seperti sunscreen, sebum tu lebih efektif dengan menggunakan minyak. Pernah dengar kan yang minyak dan air tak boleh bergabung? Jadi sekiranya kita membersihkan wajah yang berminyak menggunakan pencuci water based semata-mata, walaupun kita rasa dah bersih, tapi sebenarnya tak. sebab tulah jerawat segala tumbuh balik dekat muka.


Step by Step double cleansing

STEP 1 : Gunakan pencuci oil-based

Biasanya dekat packaging dia akan terus tulis oil cleanser dan kebanyakannya sesuai untuk semua jenis kulit. Dekat Watsons dan Guardian pun banyak, korang boleh cari ikut brand yang digemari. Cara guna dia senang je, tapi berbeza sedikit dengan pencuci biasa. 

cleansing Oil - pic dari google

Sebelum guna. pastikan muka dan tapak tangan kering.

1) Pump/tuangkan pada tapak tangan
2) Gosok tapak tangan sampai rasa macam panas-panas sikit
3) Sapu di seluruh muka, urut-urut sikit
4) Titiskan air pada wajah yang ada cleansing oil tu, urut-urut muka sampai oil tadi jadi warna putih
5) Bilas dengan air

STEP 2 : Gunakan pencuci water based atau pencuci muka harian 

Lepas cuci muka dengan cleansing oil, teruskan pulak cuci muka dengan pencuci muka biasa yang korang guna, cuci muka macam biasa je. Bia dah siap, korang boleh belek-belek muka depan cermin dan rasailah perbezaannya. haha!

Untuk aku, aku gunakan cleanser macam di bawah ni, serius sangat best pada muka tau.

My double cleansing routine:
Step 1 : Nutox Cleansing Oil
Step 2 : Gel Pembersih Wajah SRG Beetox



Kena pakai hari-hari ke?

Untuk double cleansing ni aku akan guna sehari sekali je, biasanya lepas balik dari kerja. Kalau hari cuti kalau tak keluar rumah just pakai cleanser beetox tu je sebelum mandi. Sebabnya pergi kerja aku akan apply segala serum, essence, moisturiser dan sunblock tu dengan mekap sikit-sikit. Jadi bila balik rumah tu memang nak muka betul-betul bersih baru rasa selesa. 

Kalau hari cuti dan ade dekat rumah je aku selesa tak pakai apa-apa skincare dekat muka, just pakai bedak baby je, jadi takde keperluan pulak untuk buat double cleansing.

Untuk dapatkan kulit muka yang bersih kita memang perlu melabur sedikit. Tapi bukan mahal pun buat double cleansing ni. Harga cleansing oil ni pun dalam range RM30-RM60 je sebotol yang mampu bertahan berbulan-bulan. Nutox tu pun aku beli dalam RM32 je haritu dekat Guardian. Jadi aku rasa tak rugi pun.

Bila muka bersih, mekap pun senang nak pakai dan lebih tahan lama dekat muka. Jerawat pun segan nak ada tau. Jadi, jom amalkan dan sama-sama kita nikmati kebaikannya  :) 

Saturday, March 17, 2018

Tuesday, March 13, 2018

Speechless.

March 13, 2018
Assalamualaikum 
salam sejahtera buat semua :) 



Pernah tak jumpa orang macam ni?

Cakap dia je betul, sibuk bercerita pasal orang itu tak betul, orang ini tak betul, seakan-akan nak suruh aku benci orang, hmm. kau dah kenapa wahai perempuan?

Sekali dua aku dengar jugak, percaya jugak, tapi bila jadi depan mata aku sendiri, cerita kecik diperbesarkan, benda remeh dihebohkan, seolah-olah saje nak mencari perhatian orang lain.

Memang aku pun dua kali lima je, kadang-kadang ade tersasar jugak, tapi bila aku cuba letakkan diri di dalam kasut empunya, entah la aku rasa sakit hati pulak. 

Tapi aku takde pulak nak perbesarkan dan menokok tambah cerita macam attention seekers. Tak pernah rasanya.Dan...aku nak berubah jugak. Tak seronok lah hidup macam ni. takde life kan?

Lets get a life, people!

Wednesday, February 28, 2018

TTC Journey I Part 1 : Set Appointment di Hospital Putrajaya

February 28, 2018
Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat semua pembaca yang dikasihi :)

Ada tak geng-geng yang sedang berttc macam aku dekat sini? sep sikit. haha.

Tring To Conceive (TTC)? 


Untuk yang tak familiar lagi, TTC ni stand for trying to conceive atau dalam bahasa melayunya mencuba untuk hamil la lebih kurang gitu.  Tak kisah la dah kahwin lama atau baru kahwin, dah ade anak atau belum, bagi setiap wanita yang sedang berusaha secara serius untuk ada zuriat ataupun menambah zuriat, tu dah dikira sebagai sedang berttc.



2 Tahun lepas di LPPKN Jalan Raja Laut


Dan untuk aku, aku dah start berttc seawal 3 bulan usia perkahwinan kami. Walaupun dah 3 tahun berkahwin dan tidak penah mengandung lagi tapi aku tak pernah patah semangat. Aku mulakan rawatan di LPPKN Jalan Raja Laut genap setahun usia perkahwinan kami. Dekat LPPKN ni macam-macam ujian yang aku dah suami dah buat, last sekali pada bulan 2 tahun lepas, on clomid untuk 2nd cycle tapi masih tak berjaya.

Lepas setahun berehat dari rawatan, so aku dan suami decide untuk sambung treatment dekat Hospital Putrajaya pulak, sebab lebih dekat dengan rumah dan tempat kerja aku dan juga kosnya lebih murah walaupun terpaksa menunggu lama sikit.

Request surat Rujukan untuk Rawatan Kesuburan

So harini aku ambil cuti sehari dan pagi-pagi lagi aku dan suami dah pergi ke klinik Kesihatan Presint 18 untuk request surat rujukan dari doktor untuk buat rawatan kesuburan di Hospital Putrajaya. Aku ade jugak bawak report dari LPPKN dan bagi doktor tengok. Ada la jugak doktor tanya sikit-sikit tapi semua tu soalan yang biasa lah macam  period teratur ke tak, keputihan banyak tak? ade senggugut tak? kerap mencuba tak dan ade 2 3 soalan lagi. 

Lepas dapat surat rujukan dari doktor, aku terus pergi ke Klinik O&G di Hospital Putrajaya untuk book appointment. Seperti dijangka, appointment pertama ialah pada bulan 5 ni. Ahahaha. lambat lagi, tapi takpelah, mungkin ada hikmahnya. Amin..


Harapan dan doa  


Mohon kawan-kawan doakan aku semoga usaha dan penantian kami ni membuahkan hasil yang indah tau. Tak sabar nak menimang baby sendiri. Asik tumpang kasih kat anak orang je. hihi  :) Teringin pulak nak bermanja dengan cahaya mata sendiri.

InsyaAllah..
kun fayakun..

Semuanya dalam ketentuan Allah jua..


Updated :

Saturday, February 24, 2018

Thursday, February 15, 2018

KEPUTUSAN UKJK PTD M41

February 15, 2018
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera buat semua :)


Lama dah rasanya tak menaip ni. Ade sape-sape yang rindu tak? hai stalker, rindu tak? ahahaha.

Semalam keputusan untuk UJKJ bagi Jawatan PTD M41 dah pun diumumkan melalui emel, SMS dan portal SPA.

Keputusan aku?
Alhamdulillah, aku gagal untuk UKJK kali ni :)

Mungkin ada rezeki lain yang lebih baik menanti aku. Mungkin tahun ni aku dapat pregnant kan? Allah, rezeki yang ditunggu-tunggu tu untuk dapat mengandung,melahirkan dan membesarkan amanah Allah itu. 

Pada hari UKJK tu berlansung, aku demam teruk. selsema dan demam panas. Aku tak dapat buat ujian larian ulang alik 20m tu dengan baik sebab hingus meleleh-leleh je masa tengah berlari tu dan sebenarnya aku tahu dan sedar yang aku boleh berlari dengan lebih pantas lagi masatu tapi memang badan aku tak larat sangat, so awal-awal lagi aku dah tumpas. 

Satu lagi, memang setiap kali lepas solat aku akan berdoa pada Allah swt, 'Sekiranya jawatan ini baik untukku, maka kau bantulah aku untuk terus berjuang, tapi sekiranya ade rezeki yang lebih baik untukku, maka gagalkan lah aku untuk ujian ini'. Memang straight to the point aku doa. Dan Allah makbulkan doa tu. 

Buat kawan-kawan yang tak berjaya juga, jangan sedih dan putus asa tau. keep positif. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.



Post Pilihan

randomposts

Followers