Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts

Sunday, August 19, 2018

Move on and be strong!

August 19, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Lama dah rasanya tak menaip. Last post 12 Ogos 2018. Kononya haritu azam tahun baru hari-hari nak update blogpost,hmm..  tak tercapai lah nampaknya. Masih ade beberapa entri event dan review yang perlu update segera. InsyaAllah dalam minggu ini aku akan lunaskan semua hutang-hutang blogpost tu.

Sejak dua menjak ni emosi diri sendiri sangat tak menentu. Ada sahaja yang tak kena dengan diri aku ni. Ade je yang aku rasa tak betul dan memberontak dari dalam. Bila kau tengok muka aku macam biasa je tapi dalam hati ni dah berperang dengan bermacam perasaan, macam boleh kena sakit jiwa pulak. Sakit tau bila ade perasaan yang kita tak boleh luah dekat siapa-siapa, Yang kau hanya boleh mengadu pada tuhan, sebab end up kau taknak melukakan hati siapa-siapa pun. Sebab bila aku bertindak, boleh jadi di luar kawalan.

Aku pun tak faham, dulu boleh je handle bila rasa macam ni datang, boleh je usir anasir-anasir negatif yang menjelma macam sekarang ni. Tapi sekarang, seolah-olah aku membiarkan diri diselebungi dengan awan hitam ni. Aku diam dan tak buat apa. Nak menangis, tak boleh. Nak ketawa, tak mampu. Hmm. Mungkin sebab dah jauh dari Tuhan.. Ibadat pun tak menetu, sebab tu hati jadi tak tenteram kan? Ya Allah.. maafkanlah hambamu ini.

Tapi kan, lumrah lah bila ada rasa macam ni kan.. siapa je yang tak pernah ade kecelaruan hati dan fikiran macam aku rasa sekarang kan? Cuma yang membezakan kita situasi dan cara nak hadap tu je.

So, untuk yang senasib dengan aku sekarang ni, jom kita lawan rasa ni dan bangkit. Move on dengan segala masalah-masalah yang mendatang. Face it, jangan menyorok. Nak tak nak memang kita kena hadap sampai selesai.

 Jom jadi kuat sama-sama :D


Tuesday, July 3, 2018

Bersediakah aku ?

July 03, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu kan? Baru semalam rasanya jadi budak kecik yang main basikal sekeliling kampung dengan sepupu dan kawan-kawan, pejam celik macamtu je dan sekarang budak ni dah nak masuk 29 tahun dah bulan 10 nanti...

Semua orang akan merasai perubahan ni kan? Dari Baby comel jadi budak comot, masuk sekolah rendah, masuk universiti, kerja dan berjauhan dari kelurga, berkahwin, tiba-tiba tak sedar dah jadi tua.. 

image : google

Sekarang ni pun dah mula menghadapi situasi perit di mana insan-insan terdekat dalam hidup pergi meninggalkan kita. Situasi ni kita akan hadap jugak satu hari nanti. Bersediakan aku? Sekarang ni aku takut sangat bila fikir pasal mati.. Terfikir nanti macam mana keadaan aku bila aku mati, sempat tak aku mengucap? Sempat tak aku bertaubat? 

Kadang aku menangis sendiri terbayang saat-saat tu. Ini kenyataan kan? Aku pun akan mati satu hari nanti.. tapi kenapa aku  masih lagha dengan sandiwara dunia ni ye? Hari-hari tak pernah terlepas dari melakukan dosa.. dosa setinggi gunung.. mungkin lebih lagi.. tapi apa amalan aku? Rasa nak meronta bila ingat balik, berapa kerat sangat lah amalan yang aku dah buat untuk menyelamatkan aku ketika di hari perhitungan nanti..

Takut... bersediakah aku ? 



Saturday, May 12, 2018

Sejarah tercipta dan janji 100 hari pentadbiran kerajaan baru

May 12, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

9 Mei sejarah tercipta

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.


Sejarah tercipta pada Pilihanraya ke-14 pada 9 Mei yang lepas. Aku dan ramai lagi netizen tak jangka sehebat ini kemenangan Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional (BN). Alhamdulillah, dengan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan di Malaysia ni, akhirnya suara dan pilihan rakyat mampu mengubah segala-galanya, dan Pelantikan Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh dah pun diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agung (YDPA). Rata-rata yang aku jumpa kebanyakannya gembira dan berharap akan ada perubahan yang terbaik untuk masa depan generasi yang akan datang.


Peralihan kuasa yang aman damai

Alhamdulillah, majlis angkat sumpah Tun M sebagai Perdana Menteri yang ketujuh sempurna dilaksanakan pada 10 Mei 2018 dalam lebih kurang jam 9.40 malam. Ada sumber yang menakutkan dan memomokkan rakyat kononnya bakal ada rusuhan dan kekecohan, tapi tidak. Aman damai tenteram je Malaysia aku tengok. Semua orang melakukan rutin harian seperti biasa, seolah-olah takde apa yang berlaku pun. 

Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 10 Mei 2018 - sumber gambar : bharian.



Janji Kerajaan PH - 100 hari pertama pentadbiran 

Aku perhatikan di laman sosial khususnya Facebook, ada yang dah mula menuntut janji 100 hari daripada kerajaan baru. Ade yang bising-bising kenapa masih ada gst, kenapa minyak harga tak turun macam yang dijanjijkan dan macam-macam lagi. 

Well, aku rasa nak je ketuk kepala diorang tu. Haha! Tun M baru je angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, kabinet belum sepenuhnya dibentuk lagi, netizen dah mula dah nak demand macam-macam! Sabarlah sikit wahai netizen.. semua ni perlukan masa dan planning yang teratur dan strategik. Sejak 5 tahun lepas dah sabar kan, takkan la 100 hari yang singkat ni tak boleh nak sabar? 

Janji kerajaan untuk 100 hari pertama pentadbiran


Harapan aku sebagai rakyat Malaysia

Harapan aku lebih kurang sama macam harapan yang lain nya, semoga dengan pemerintahan Tun kali kedua ini membawa 1001 sinar kepada semua rakyat Malaysia dan membawa perubahan yang terbaik untuk generasi akan datang. Aku doakan semoga Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan seterusnya mampu menjadi role model kepada semua.

Amin.. InsyaAllah.. 

Tuesday, April 17, 2018

Pengalaman pertama kali memandu di Kuala Lumpur

April 17, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Ahad yang lepas, aku join Bengkel Videofon yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) bertempat di MaTiC. Jalan Ampang Kuala Lumpur. Ni merupakan aktiviti aku yang pertama dengan KBBA9 selepas menjoinkan diri dalam KBBA9 pada Mac yang lepas. Seronok, tapi yang ni aku akan cerita di entri lain. Sabar tau! hehe



image: google


Wishlist 2018

Korang tahu tak? sebenarnya salah satu wish list aku pada tahun 2018 ni ialah untuk drive masuk KL! haha. Nampak senang je kan? tapi entah kenapalah aku agak risau kalau tengok org drive masuk KL. Mungkin sebab sikap pemandu disana yang bagi aku macam over kot. Sampailah kalau takde yang hantar, aku sanggup naik erl/ktm sekiranya nak pergi KL. Padahal dulu sewaktu bertugas di KL, aku selamba je merempit dari Batu ke tempat kerja di Jalan Sultan Ismail. Ada beza ke motor dengan kereta Asyiqin? entahlah.  haha! 

Kenapa naik kereta? 

Memang mula-mula aku nak naik pengangkutan awam je ke sana. Tapi suami lah yang bising suruh je bawak kereta. Katanya aku dah pernah drive sendiri jauh-jauh ke PD, ke Melaka, takkan lah KL  yang dekat sekangkang kera je dari rumah tu tak nak drive kan? Haha. Maka bermula lah dialog ini : 

Aku     : "Awak percaya ke saya boleh drive masuk KL? hihi.."
Suami : "Mesti boleh punya" 

Dari situlah semangat tu makin meluap-meluap tingginya.  Haha!


Guna Google Maps 

Aku ni tak tahu sangat selok-belok KL. Bukan KL je, nak balik rumah kalau ikut jalan lain pun aku kena buka Google Maps dulu, baru rasa diri berada di jalan yang betul. haha! Kebetulan, aku ada ajak officemate jugak untuk turut serta dalam bengkel tu, tapi rupanya dia pun tak reti jugak jalan nak ke MaTiC tu. So bergoogle maps lah kita ye. Google Maps ni memang banyak memudahkan aku untuk ke mana-mana. Jarang sangat destinasi atau jalan yang ditunjukkan tu salah. 

Jalan tutup pulak! 

Ahad haritu jalan yang nak ke MaTiC tutup sebab ada fun run. Jawabnya sebab kitorang ni tak tahu jalan, maka 3 kali lah kami berpusing pusing di tempat yang sama. Nasib baik kali ke 4 akhirnya polis buka jalan tu. kalau tidak agaknya berapa kali pusingan lah kami lalui haritu ea? haha! 

Selamat sampai dan Selamat Pulang 

Alhamdulillah, akhirnya berbekal kan confident level dan keberanian yang tinggi, akhirnya selamat sampai ke tempat yang dituju. Masa nak balik rumah pun smooth je walaupun tersasar masuk lorong smart pulak. Argh! masuk terowong ni memang aku tak suka. dah la panjang nau! Terbayang cerita zombi di fikiran masa lalu kat sini. haha! 

Alhamdulillah, aku bangga dengan pencapaian pemanduan aku setakat ini. Lepas ni dah berani dah nak drive ke mana-mana pun. InsyaAllah, amin..

Monday, April 2, 2018

Adab letak kat mana?

April 02, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam (:

Pernah tak jumpa seller yang tak beradab? Tak kisah la kat mana-mana pun, dari pada urusniaga online sampailah yang dekat kedai biasa tu. Apa nak buat ye kalau jumpa dengan seller yang macamni?

Situasi Pertama 

Al kisahnya hari jumaat lepas, aku dengan sorang lagi officemate ni makan dekat satu kedai berkonsepkan Korea dekat salah satu Mall dekat cyberjaya ni. Dia claim restoran dia tu No 1 in Malaysia. huh! Aku order satu lunch set , yang dalamnya patut ade nasi, sup dan air. Tapi sampai nasi aku dah nak habis, sup masih tak sampai lagi

Bila tanya kat pekerja dia, cakap sup on the way la apa la. Tapi lepas beberapa minit aku tunggu, sup kimchi aku tu masih tak sampai-sampai lagi,aku pun malas nak tunggu dan terus ke kaunter untuk buat bayaran. Masa inform pada cashier yang sup aku tak sampai lagi, dia terus buat muka tak bersalah dan cakap oh, sup dah habis, Dah la cashier tak reti cakap bahasa Malaysia! OMG dah kerja dekat Malaysia kot.. sepatah pun tak kan tak boleh cakap in BM? Kalau setakat staff di belakang tabir tak kisah la, ni cashier ! 

Bengang!

Aku bukan bengang pasal staff tak boleh cakap BM tu, tapi bengang sebab aku terpaksa buang masa menunggu dan dorang takde pulak inform yang sup tu dah habis masa aku order? Masa aku tanya kenapa sup tak sampai lagi pun dorang takde cakap sup dah habis tau tak. Sakit betul hati. Bila kita complaint dia bagi 10 percent diskaun je pun. Tak berbaloi langsung rasanya dengan masa yang terbuang tu.

Aku argue kanapa tak inform sup dah habis? Kenapa ambil order juga kalau tau sup dah habis? Tau pulak cuak tu. tapi langsung tak mintak maaf. Tapi disebabkan ramai orang nak bayar kat belakang, aku malas nak argue banyak-banyak. Tapi tahiah lah ye, korang dah hilang seorang customer dan memang aku tak kan recommend kedai tu  buat sesiapa pun. Bad customer service!

image: google

Situasi Kedua

Kejadian kedua ni pada hari sabtu. Lepas balik dari majlis tunang sepupu di Kg Labohan Daganng Bating, aku dan adik-adik aku singgah Nilai Square nak beli kain ela buat baju kurung. Bila sampai dekat salah satu kedai yang jual kain-kain tu, ade sorang lelaki cina ni (tokey kedai kot) approach kitorang dan ikut je mana kitorang pergi. Biasalah sambil tengok kain sambil tanya harga kan. 

Tapi muka dia memang masam mencuka la sejak kitorang masuk kedai tu. So mood pun macam ke laut je nak tengok kain-kain kat kedai tu.Bila takde yang berkenan di hati, kitorang nak pergilah survey kedai sebelah pulak. Boleh pulak dia cakap macam ni lepas kitorang pergi;

''Tanya harga tapi tak beli, takde duit tak payah la masuk''

Eh uncleeeee.. kau dah kenapa? Dia ingat aku tak dengar ke ape. Rasa nak pusing je pergi dekat dia balik dan sound, tapi malas nak gaduh depan adik-adik. So, aku biarkan je lah bagai angin yang lalu. Bila dah beli kain kat kedai sebelah, dengan bangganya aku lalu kat kedai uncle tu tadi dan angkat plastik-plastik tu tinggi-tinggi bagi uncle tu nampak. hahaha! 

Btw. kedai sebelah design lebih kurang sama je tau tapi disebabkan orang yang melayan kitorang tu senyum je , tu yang sampai 5 pasang duk borong tu. huhu.. see? Bila seller layan kita dengan baik, mood buyer pun berbunga-bunga tau. Dari niat nak beli sepasang je terus sambar 5 pasang. See? Betapa hebatnya kuasa sebuah senyuman. haha!


Berniaga lah dengan ikhlas..

Buat semua seller dekat luar sana, berniaga lah dengan ikhlas, tolong jaga adab dalam berniaga. Memang tak dinafikan yang 'customer not always right', tapi kalau dah terang-terang anda yang salah, please la minta maaf. Tak susah pun kan.. Kalau nak rezeki murah, tolong la jangan buruk sangka dengan customer, tak baik tau, nanti bila customer lari, korang jugak yang rugi nanti kan ? 

Sampai jumpa lagi di lain entri (: 

Thursday, March 29, 2018

Skill penulisan yang kian malap

March 29, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam!

Sejak kebelakangan ni aku hanya dapat update entri waktu malam je, sebab siang dah terlalu sibuk dengan urusan kerja dekat office tu. Tp buat masa ni, aku masih lagi sempat blogwalking dan tinggalkan jejak dekat blog rakan-rakan blogger yang lain. Walaupun tak pernah lagi jumpa, tapi rasa seronok bila dapat berinteraksi macam ni, selain dapat menambahkan ilmu dari pembacaan dan menambahkan lagi skill penulisan. chewah..

gambar : weheart it

Sebut tentang skill penulisan ni, teringat zaman masa sekolah dulu-dulu, selalu jugak karangan dan essei kena puji dengan cikgu, menang dalam pertandingan reka puisi, masuk pertandingan pantun dan macam-macam lagi yang melibatkan BM dan penulisan.  

Tapi tu dulu... sekarang skill tu dah makin malap dan kelam. sedih pulak, tapi nilah hakikat yang aku perlu terima. Kalau ada mana-mana tempat yang buat kelas penulisan, memang rasa nak join je untuk asah balik skill yang dah berkarat ni. Sebab aku memang minat menulis pun sebenarnya. Eh, sekarang ni menulis ke menaip ea? haha (abaikan) 

InsyaAllah, semoga Allah permudahkan (: 

Sampai di sini sahaja hari ni, jumpa lagi di lain post :) 


Tuesday, March 13, 2018

Speechless.

March 13, 2018
Assalamualaikum 
salam sejahtera buat semua :) 



Pernah tak jumpa orang macam ni?

Cakap dia je betul, sibuk bercerita pasal orang itu tak betul, orang ini tak betul, seakan-akan nak suruh aku benci orang, hmm. kau dah kenapa wahai perempuan?

Sekali dua aku dengar jugak, percaya jugak, tapi bila jadi depan mata aku sendiri, cerita kecik diperbesarkan, benda remeh dihebohkan, seolah-olah saje nak mencari perhatian orang lain.

Memang aku pun dua kali lima je, kadang-kadang ade tersasar jugak, tapi bila aku cuba letakkan diri di dalam kasut empunya, entah la aku rasa sakit hati pulak. 

Tapi aku takde pulak nak perbesarkan dan menokok tambah cerita macam attention seekers. Tak pernah rasanya.Dan...aku nak berubah jugak. Tak seronok lah hidup macam ni. takde life kan?

Lets get a life, people!

Monday, January 29, 2018

Demam teruk!

January 29, 2018


Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:

Sebenarnya aku ni jarang sangat nak demam, tapi minggu lepas, aku dan suami sama-sama demam teruk. Asalnya suami yang demam dulu, sakit-sakit badan dan demam panas. agak teruk jugak sampai tak boleh buat kerja apa pun. Dekat tempat kerja pun dia sampai tak larat nak buat kerja. So esoknya bila husband cuti, memang fully rest je lah kat rumah. 

Aku pulak start demam esoknya. kebetulan lah pulak pagii tu ade UKJK PTD dekat INFRA, pagi tulah start selsema dan demam panas. Lagi-lagi buat aktiviti tu dalam dewan beraicond yang sejuk gila, memang badan tak berapa nak in dengan ujian-ujian haritu. Tapi alhamdulillah, aku try jugak buat sehabis baik. Alang-alang dah datang tu, buat jelah sampai boleh kan?

Image result for demam


Demam aku ni pulak macam-macam tau. Mula-mula selsema,lepastu demam panas yang sampai tahap sakit kepala tu. Sakit kepala bukan sakit kepala biasa tapi sampai rasa nak marah je orang kat opis yang bising-bising tu. Eh aku ni dah tau demam pun nak dtg opis jugak kan. last2 melepek je kat workdesk sampai waktu balik. Esoknya ambil EL sebab memang dah tak larat sangat. Lepas 2 hari demam panas dan sakit kepala beransur pulih, tapiiiiii tiba-tiba gusi pulak membengkak dengan jayanya dan sakit sangat, nak makan pun susah rasanya. huhu..

Mula-mula aku ingat kot-kot dah ada isi ke ni. Sebab kot-kot la laki bini demam ni penanda pregnant ke ape kan... Tapi rupanya tak. AF muncul dengan jayanya lepas je elok demam panas tu. belum rezeki kami lagi untuk bulan pertama Januari ni.Tapi memang dasyat la demam kali ni, memang kalau boleh dah taknak dah hadap demam macam ni..Semoga selepas ni kesihatan kami suami isteri di dalam keadaan yang baik sentiasa. Aminn..

..dan aku doakan juga semoga pembaca semua diberi kesihatan yang sejahtera selalu. InsyaAllah..

Monday, January 1, 2018

Dua ribu lapan belas (2018)

January 01, 2018
Assalamualaikum 
Salam sejahtera buat semua pembaca

Selamat tahun baru 2018

Semoga tahun baru ni memberi semangat baru buat semua untuk menempuhi dunia yang penuh pancaroba ini. InsyaAllah (: 

Tahun baru bagi aku?

Aku juga seperti orang lain, megharapkan semuanya lebih baik dan lebih berganda indahnya dari tahun - tahun sebelumnya. Semoga aku dapat menjadi seorang isteri yang tersangat sempurna buat suami, seoarang anak yang taat dan patuh pada ibu bapa, seorang adik dan kakak yang sentiasa ada untuk adik beradik ketika memerlukan, seorang menantu yang baik, seorang pekerja yang cekap dan segalanya yang baik-baik sahaja.

dan yang paling utama...

........semoga di tahun baru ini aku dan suami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai  amanah teristimewa dan juga sebagai tempat kami bermanja dan bergurau senda.. Takkan ade harapan paling indah buat kami selain ini. Semoga ada sinar dan harapan untuk kami pada tahun baru ini. 

Doakan kami selalu ye.

Sehingga berjumpa lagi di entri seterusnya,
Sekian

Friday, December 1, 2017

Thursday, November 30, 2017

Mengomel

November 30, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua :)


Apa khabar sahabat blogger harini? Semoga sihat selalu hendaknya. Aku tengah bersuka ria ni. sebab apa? sebab esok cuti. haha! Hari isnin lepas baru perasan jumaat cuti. Itu pun sebab officemate inform, kalau tak sampai ke sudah taktau, datang je office esok buatlah kerja sorang-sorang. 

Eh tapi mana ade kerja dah sekarang ni, akhir tahun memang kurang sikit pressure dan workload. Tapi start je masuk tahun depan memang dah kena start terus. Memang tak terkejar la jawabnya, SKT yang bos bagi banyak oii. bertabahlah Asyiqin ye..

Azam 2017 yang kononnya nak kurus tu macam mana?

Ahaha.. failed! 

Tapi masih ade sebulan lagi start esok. so apalagi, kita pulun habis-habisan. Agak-agak diet dan exercise dalam masa sebulan ni boleh turun berapa kilo eh? jeng jeng jeng...kita tengok nanti.

Jumpa lagi next entri (: 

Thursday, July 9, 2015

Vitamin supplement tambahan

July 09, 2015
Assalamualaikum....

sihat tak harini?
Alhamdulillah..

Harini nak cerita pasal mende ni.
Sebab ape?
sebab nak sedarkan diri sendiri supaya mendisiplinkan diri. Grr

Alkisahnya,
start makan vitamin dan supplemnt sejak zaman degree dulu.
Vitamin dan makanan tambahan ni penting untuk orang macam aku yang makan tak terjaga sangat ni.

Ni yang aku makan waktu zaman study dan bila dah kerja:
VCO (ni makan waktu study sebab jadi dropship jual VCO ni)
B Complex
Vitamin C
Evening Primrose Oil
Omega Minyak Ikan (ibu yang belikan)

Beberapa bulan sebelum kahwin da start consume asid Folik.

Sekarang

Untuk detox dan pecah lemak:
Dutox Tea Total Image
Lechitin

Vitamin dan Supplement
Asid Folik
Vitamin C (Yg ni guna brand Redoxon, sedap sangat ^^)
Vitamin E
Pati Delima Gulsan
Susu Kambing

tapi nak dapat hasil yang memuaskan kena la disiplin cik kak oi.

aku ni pun rase nak ketok diri sendiri je selalu
dah kenapa asik skip je nak makan ?
Beli rajin pulak. Aigoo

Lepas ni kene buat jadual makan supplement biar tak lupa.
* Ni kalau suami baca mesti geleng kepala, sebab aku dok sebut2 je selalu tapi buatnye tidak. huhu

Doakan aku berjaya mendisiplinkan diri makan vitamin dan supplemen untuk kesihatan diri ^^


Tuesday, July 7, 2015

Lulus. Yeay

July 07, 2015
Assalamualikum..
Alhamdulillah.

Lulus?
ape yang lulus?
heh.

Exam
Peperiksaan Jabatan = Lulus
Peperiksaan Undang-Undang JPA (2 Paper ) = Lulus
Tapisan Keselamatan: Lulus

Lulus dengan sekali ambik je tau (:

Semoga cepat dapat sah jabatan dalam perkhidmatan awam. Aminn...

tapi...tumpang sedih jugak..
ade juga kawan-kawan lain yang kandas,
mungkin bukan rezeki dorang untuk lulus kali pertama..

dan bukan tu je..


Gaji
bulan ni dah start kenaikan gaji tahunan aku.
which means gaji naik dalam 10% jugak dari gaji pokok ^^
okey lah tu kan?

bersyukur atas segala kurniaan mu ya Allah..

Thursday, July 2, 2015

Tergantung

July 02, 2015
Assalamualaikum..

Saya yang menurut Perintah.. huh!
Menurut perintah sampai tergantung macam ni.

Apa yang tergantung? gantung?
Jgn fikir lebih lah. Orang cakap pasal kerja ni.,

Jabatan aku tengah buat reorg..so jawatan aku sekarang ni gred jadi lebih tinggi. So maksudnye aku dah tak pegang jawatan ni lagi. Pegawai baru tu pun dah lapor diri. Dan dia kan duduk di tempat aku duduk sekarang. Tempat kerja yang penuh privasi bagi aku.

Jadi sekarang aku terumbang ambing. Pengarah cakap aku just stay je smpai lah dapat surat lapor diri. Lapor diri ke mana? Entahlah. Better kalau dapat kat negeri. Kalau dapat kat tempat lain? aduhai.. harapnye dekat2 jelah dari sini.. taknak la berjauhan dengan suami.

Satu lagi hal..

Disebabkan pengarah suruh aku stay je lagi.. so persoalannya mana aku nak duduk? apa aku nak buat? dah tentu la bilik persendirian yang ade aircond dan peti ais ni aku kena bg dekat pegawai baru. Dah memang tempat dia pun kan sekarang. Bukan tempat aku lagi..

So nak kene menumpang tempat penyelia? nak kena menumpang tempat cikgu cikgu?

buntu.

Aku harap semoga aku kuat dan tenang.

Monday, January 28, 2013

Ramlee Awang Murshid-Aku bercerita (:

January 28, 2013
Assalamualaikum..

Ramlee Awang Murshid. Aku salah sorang peminat tegar karya beliau.

Pertama kali teruja baca novel Ramlee Awang Murshid ni masa aku form 5, Masa tu terbeli buku trilogi novel bagaikan puteri yang pertama. Isi kandungan sangat menarik. Lain dari yang lain. Bahasa indah tapi penuh simbolik. bestnye bestnye. Sampai adik dan abang2 aku pun terpengaruh jugak. kadang kadang diorang yang beli buku-buku tu. Boleh kate aku ade semua koleksi RAM ni. tapi ade yang pinjam tak pulang pulang. sedih betul la dengan orang-orang yang macam ni. 



Ni novel terbaru RAM. Tak baca lagi buku ni. Baru beli semalam dekat Jusco masa keluar dgn ila n Rahman. tengok cover pun dah macam tertarik kan nak tau isi kandungan die. 

Berbalik pada perjumpaan bertiga seronok gts, sebab dah hampir setahun tak jumpa rahman sejak kerja part time dulu. Ila hari hari pun jumpa. Terima kasih sebab belanja kami pizza petang tu  (:

Till next entry :)

Susah nak faham orang kan?

January 28, 2013
Assalamualaikum.



Hati ni kadang kadang payah nak di tafsir. Kadang-kadang rasa selesa. tapi kadang-kadang rasa janggal.. Kadang-kadang rase sangat diperlukan, tapi ada kalanye terase dipergunakan.

Emosi senang nak faham.Boleh jangka dari riak muka.. nada suara..tapi perasaan? susah !

Sahabat.. kawan.. teman.. kekasih.. atau satu perasaan lain yang sukar diungkap. mana satu hati itu tuju? Susah nak faham, susah nak terima kenyataan bila harapan semakin tinggi. Penat !

Aku masih mampu bertahan dengan semua permainan perasaan ni. walaupun penat. tapi aku kuat.


Till next entry...


Wednesday, January 2, 2013

Confused

January 02, 2013
Assalamualaikum.
selamat petang dan salam sejahtera.

Rasa nak demam! 

Tadi baru kena hujan. Hujan lebat. Habis basah kuyup. Nasib baik beg laptop ni tebal, selamat laptop and notes and buku and barang barang lain x basah. Fuhhh.. Ni semua punca dari pakcik teksi tu la. Beliau tu taknak masuk dalam kolej. Nak marah x berani. Dah la hujan lebat. Die lelaki aku perempuan. Macam macam boleh jadi kan. Tapi alhamdulillah, selamat sampai.

Naik teksi terus pergi kolej, sebab nak ambil motor dan singgah fakulti dulu. Ada appointment dengan madam Nabilah. Ade part yg still blur lagi. Tapi madam call gtau yg die x boleh sebab nak ambil anak dia. So, madam terangkan la dalam fon tentang part tu. Last2 madam cakap, sebenarnya part ni x masuk exam esok. x payah baca !   haha (:

So, lepas sampai kolej, tunggu hujan reda sikit terus balik rumah sewa. Masa tu memang rasa pening dah. Dgn basah kuyup lagi. dengan sejuk lagi. dengan selsema lagi. sampai rumah terus pergi kedai runcit beli panadol soluble, dengan harapan selsema ni cepat hilang secepat yang boleh. 

itu tadi.. tapi sekarang... confused.

Keliru dgn hati.  Pening. makin pening lagi bila kena hujan ni. Ah sudah, hati sila kuat. Akal mohon waras. Takde ape yang akan berubah. 


Till next entry,



Wednesday, November 14, 2012

Insyaallah, hari bahagia akan tiba.

November 14, 2012
Assalamualaikum.. 


Sekarang jarang berbicara soal hati dan jiwa. Mungkin cerita indah itu layak dikongsi pada yang berhak sahaja. Atau mungkin terlalu indah sehinggakan tidak tahu dari mana dulu yg patut dicoretkan. Yang pasti ada pahit. ada manis. ada ketawa. ada airmata. Itu namanya lumrah yang pasti hari bahagia itu pasti juga akan tiba dengan izin NYA. Insyaallah. Kita hanya mampu merancang  :)

Sunday, September 30, 2012


Post Pilihan

randomposts

Followers