Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Sunday, January 6, 2019

Jenis-Jenis Pregnancy Test yang anda perlu tahu

January 06, 2019

Jenis-Jenis Pregnancy Test yang anda perlu tahu


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam! 

Aku obses dengan Urine pregnancy test (UPT) , tiap-tiap bulan tetap nak cek walaupun tahu dah tak mengandung pun. Alahai, orang kata dah jadi habit dan kebiasaan.Sekarang pun bila cek takde dah air mata jatuh berlinang bila dapat result negatif.. sebab dah biasa sangat. Pernah dia jadi positif, itu pun sebab kesan sampingan injection yang doktor bagi untuk pecahkan telur yang matang, so keputusan tak boleh diterima pakai sekiranya buat prosedur tu. Tapi sempat lah berangan jugak masa tu, kan best kalau betul-betul positif sebab ada baby. haha!

Okey, selesai sesi meluahkan perasaan. So harini nak share dengan korang jenis-jenis pregnany test yang ada di pasaran. Lets check it out! 

1. UPT STRIP 


UPT ni yang paling banyak sekali ada di jual di pasaran. Ianya jenis strip di mana kita perlu celup kan strip di dalam urine. Pastikan tidak melebihi garisan maximum untuk elakkan keputusan invalid.

2. UPT CASSETE

UPT Cassete ni jenis titis, biasanya penitis tu memang dah disediakan sekali dengan pregnancy test tu. Harganya mahal sikit daripada yang jenis strip tu. Penggunaan pun berbeza dengan jenis strip, di mana korang perlu titiskan urine ke lubang di cassete tu. Selalunya pastikan hanya 2-3 titisan je untuk mengelakkan terlebih titis sebab takut result jadi invalid disebabkan over urine.

3. UPT MIDSTREAM

UPT Midstream ni yang paling senang pakai. Tak ayah tadah urine macam UPT Stip dan Cassete. Just tadah je dan tunggu keputusan.UPT Midstream terbahagi kepada dua iaitu yang jenis biasa dan juga digital.UPT Digital yang aku pernah nampak ada dua, satu yang clear bue digital dan satu lagi yang jenis keluar simbol senyum if positif. Tapi yang kenis simbol ni jarang ade jual dekat Malaysia ni, so kita fokus lebih dekat clear blue je.Clearblue digital dia akan keluar Pregnant dan indicator berapa lama dah conceive seperti 1-2 weeks, 2-3 weeks dan 3+. Indicator ni bukanlah usia sebenar kandungan tapi just tunjuk bacaan anggaran berapa lama persenyawaan dah terjadi.


Clear Blue Digital Pregnancy Test

Clear Blue Indicator Result

BEZA UPT STRIP.CASSETE DAN MIDSTREAM

Boleh refer pada gambar di bawah untuk ketahui perbezaan UPT ni:

Perbezaan setiap UPT

FAKTOR MEMPENGARUHI KETEPATAN RESULT UPT: 


Digalakkan untuk para wanita membuat ujian pregnancy test hanya pada 2 minggu selepas lewat haid sebab pada ketika ini hormon HCG dah tinggi. Kebiasaanya, keputusan pregnancy test ni ditentukan juga pada beberapa: 
  • Waktu melakukan ujian. Waktu yang paling sesuai untuk buat ujian pregnancy test adalah menggunakan air kencing yang pertama selepas bangun dari tidur pada waktu pagi. Kebiasannya urine pada masa ini agak pekat dan hormon HCG lebih senang nak detect berbanding waktu-waktu yang lain.
  • Sensitivity UPT. Semakin rendah sensitivity UPT tu, maka semakin cepat lah ianya dapat detect kehadiran hormon HCG dalam badan kita. Biasanya dekat packaging dia akan tulis berapa sensitivity dia (miu). Kebiasaan nya UPT terdapat dalam 10/25/50 miu. Jadi UPT yang mempunyai sensitivi 10miu lebih cepat detect dari UPT yang mempunyai sensitivit 50miu.

So lepas ni kalau nak beli pregnancy test, boleh beli ikut sensitiviti dan cara penggunaan yang korang rasa selesa okey.

Untuk yang TTC macam aku, semoga usaha kita untuk mendapat zuriat dipermudahkan dan dimakbulkan oleh Allah swt. Jangan give up okey! Korang boleh baca TTC Journey aku:

TTC JOURNEY:PART 7


kalau korang nak beli pregnancy test, nak murah dan seller yang sedia guide, boleh try ke IG di bawah. klik je pada gambar.tu okay. tengah ada YES sale sampai hujung tahun 2019 ni





Jumpa lagi next entry!

Friday, January 4, 2019

UK Farm Fresh Goat's Milk Sedap dan tiada rasa hamis kambing!

January 04, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Disclaimer : Ini bukan entri berbayar, produk dibeli menggunakan duit sendiri dan review berdasarkan pengalaman ke atas diri sendiri.


Apa khabar semua harini?
semoga sihat dan ceria sentiasa.


BUKAN PENGGEMAR SUSU KAMBING


Aku bukan lah penggemar susu kambing, sebab tak tahan dengan bau hamis. Tapi mengikut pembacaan aku di internet, susu kambing baik untuk ttcians dimana membantu pengeluaran saiz telur-telur yang matang bagi wanita. So nak tak nak aku perlu cari juga susu kambing, sebab aku tengah buat rawatan sekarang untuk usaha hamil. 

Dalam hati dah terbayang-bayang macam mana seksanya nanti nak minum susu kambing tu. Kena minum sambil tutup hidung agaknya nanti. hehe. Aku trauma dengan susu kambing sebab dulu selalu dapat sample susu kambing serbuk dari pelbagai jenama yang perlu dibancuh tapi tak kena langsung dengan tekak aku yang memilih ni. Sama juga dengan susu kambing segar yang aku beli dari cool freezer di pasaraya. Semuanya ada rasa hamis tu! akhirnya tak minum dan terbuang macam tu je. Memang satu pembaziran.


JUMPA SUSU KAMBING FRESH DAN DAH JATUH CINTA!

So satu hari tu aku dan suami jalan-jalan di Aeon Taman Equine, terjumpa satu susu kambing botol kecil brand UK Farm Fresh ni. So aku cakap dengan suami yang aku nak try susu kambing ni. So aku beli 4 botol. Harga dia around RM3-RM4 kot, tak berapa ingat sangat.


dan hasilnyaaaaaa... best giler susu kambing ni! Dah lah takde rasa hamis tu malahan sedap sangat, sampai 4 botol tu habis dalam masa yang singkat je. So aku inform suami yang aku dah jumpa susu kambing pilihan hati. hehe dah jatuh cinta.


MINUM TIAP HARI PUN TAKPE!

So sebelum ke program Family Day haritu kami singgah ke Village Grocer, Mytown Shoping Centre dan suami belikan susu kambing yang botol besar. Harga macam dalam gambar di bawah ni, RM23.50. Tak sampai sehari dah boleh habiskan. Memang the best bagi aku.


Ada 3 perisa masa aku beli haritu iaitu Fresh Milk, Chocolate dan Yogurt. So untuk korang yang ada masalah macam aku yang tak suka bau dan rasa hamis kambing, boleh cari susu ni tau! Memang best sangat. Boleh tengok dekat pasaraya berhampiran.

Thursday, January 3, 2019

TTC JOURNEY I PART 5 : TEST RESULT & CLOMID

January 03, 2019

TTC JOURNEY I PART 5 : TEST RESULT CLOMID


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Untuk entri yang sebelum ini boleh baca di sini



25/10/2018
PBBR PRESINT 8

Harini appointment untuk jumpa Doktor. Dalam jam 9.00 pagi dah siap daftar semua terus naik ke klinik infertiliti di Aras 5. Masa masuk tu dah ade beberapa pasangan yang sedang tunggu. Duduk lah kami suami isteri tunggu nama dipanggil untuk masuk ke bilik doktor. Dalam beberapa ketika lepas tu nurse panggil untuk masuk.

Doktor yang incharge masa tu ade 2 orang. Seorang melayu dan seorang india. Yang melayu kenalkan nama sebagai Dr Mariya, yang seorang lagi aku tak berapa ingat namanya. Maaf Dr..hehe. Tapi yang bercakap dengan aku tu Dr Mariya je lah.

Dr Mariya ni soft spoken sangat. lembut giler suara dia. Melting.. hehe


KEPUTUSAN UJIAN DARAH DAN SPERM ANALYSIS

Mula-mula Dr Mariya terangkan berkaitan keputusan ujian darah dan sperm yang kami dah buat sebelum ni.

Ujian Sperm ok
Ujian Darah suami ok
Ujian Darah isteri ok
cuma...
Kadar bacaan Hormon Progesterone isteri rendah sikit

Dr inform hormon progesterone ni penting untuk bantu telur membesar bagi tujuan persenyawaan. Kalau rendah, kemungkinan teluar wanita tak kan cukup matang untuk disenyawakan. Lebih kurang begitu lah ayat dia.

Tapi, Doktor inform jangan risau sebab Doktor akan bantu bagi ubat untuk bantu besarkan telur -telur tu. Memandangkan period aku teratur setiap bulan, jadi doktor cakap senang nak monitor pengambilan ubat tu nanti. 


SEMUA PROSEDUR SEPERTI DI LPPKN DULU PERLU BUAT LAGI TAK?

Oh ya untuk Hysterosalpingogram (HSG), Doktor cakap yang aku tak payah buat lagi sebab aku dah buat HSG dan Pap Smear semasa rawatan di LPPKN dulu. HSG adalah prosedur memasukkan cecair ke dalam tiub falopio wanita untuk test sama ada tiub tersumbat atau tidak.  Alhamdulillah kedua-dua belah tiub aku okey. Doktor Mariya kata tiub kita ni susah nak tersumbat, so keputusan 2 tahun lepas masih boleh diterima. 


NEXT STEP

Untuk step seterusnya, Doktor Mariya cadangkan untuk aku dan suami bersama secara natural untuk 2 cycle. Sekiranya tak berjaya, maka Doktor akan proceed dengan iui dan sekiranya iui tak berjaya, baru proceed dgn ivf. Tapi mengikut Doktor, kes macam aku ni ialah kes yang paling biasa untuk infertility dan selalunya akan ade rezeki , kalau bukan natural, melalui iui sahaja. Lega sikit aku dengar. Tapi walau macam manapun Dr nasihatkan agar percaya pada perancangan Allah swt. Amin..

Doktor jugak bekalkan ubat-ubatan untuk aku makan pada next period cycle. Ubat-ubatan ni perlu ambil sendiri di Farmasi yang berada tingkat 3.

  • Ovamit (Clomid) 100mg (2 biji)- Ubat yang membantu membesarkan saiz telur. Makan pada hari kedua hingga hari ke enam period
  • Progynova (2 biji) - Ubat yang membantu dalam menebalkan dinding rahim. Makan pada hari pertama hingga hari ke empat belas period.

Hari ke 10 perlu jumpa doktor semula untuk buat TVS (Scan melalui faraj untuk cek saiz telur)

Alhamdulillah, doktor terangkan satu persatu dengan senyuman, so aku dan suami cepat tangkap dan faham. Bila keluar dari bilik doktor pun nurse tanya lagi pada aku dan suami, nak make sure kan yang kami faham. Nurse dengan doktor dekat sini semuanya soft spoken dan baik-baik belaka. Sejuk hati selalu.

--------

So, sampai sini sahaja untuk TTC Journey Part 5 aku. aku akan sambung lagi dalam Part 6 nanti. Wassalam..


Sunday, December 30, 2018

Lirik Lagu Anak - Achey

December 30, 2018

Lirik Lagu Anak - Achey


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Sebak pula dengar lagu ni. Lagi-lagi bila tengok dekat youtube dan baca komen-komen dalam tu. Walaupun aku dan suami baru je 4 tahun berkahwin, tapi ujian zuriat ni kadang-kadang menganggu emosi dan perasaan juga. Walau apa pun, semua tu ketentuan Allah kan. Kita usaha..usaha..usaha.. selagi boleh. InsyaAllah satu hari nanti... siapa tahu kan?

Jom dengar lagu ni sambil hayati lirik dia:



Lirik Lagu Anak by ACHEY Lagu : Achey Lirik : Achey

-----------------------------------------------
Rasa ini
Kasih ini
Hanyalah untuk kamu seorang

Kesukaran
Kepayahan
Ku lakukan untuk mu wahai sayang

Kasih ku lama telah terpendam
Dan tiba masanya untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti

Dan tiba masanya
Untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti



Friday, December 28, 2018

TTC JOURNEY I PART 4 : KAUNSELING & SEMEN ANALYSIS (HSA)

December 28, 2018

TTC JOURNEY I PART 4 : KAUNSELING & SEMEN ANALYSIS (HSA)


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Untuk Part 4 ni aku nak rangkumkan sekali dua appointment di Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) Presint 8, Putrajaya. Untuk baca entri yang lepas, korang boleh klik link di bawah ni ye.




1. SESI KAUNSELING

Tarikh Appointment : 19 September 2018
Masa : 9.30 Pagi

Harini kali pertama aku dan suami menjejakkan kaki ke PBBR. Selalunya kami nampak sign board dia je kat tepi jalan. Rupanya klinik Infertility Hospital Putrajaya di letakkan di sini. Kami datang dengan kereta, tapi senang sangat cari parking sebab tak crowded macam Hospital Putrajaya. Sampai sana terus cari Blok F, Sebab Klinik Infertility ni terletak di Aras 5, Blok F PBBR.  Bila sampai di Blok F, Auntie Guard minta pergi daftar dulu di kaunter pendaftaran. Lepas siap daftar kena tulis nama dalam buku dan kemudian baru boleh naik ke atas.

Masuk je dalam klinik, nampak doktor-doktor pelatih tengah duduk dekat tempat menunggu, patient masa tu cuma aku sorang je. Bagi kad hospital dekat nurse dan nurse suruh duduk kejap. Masa tu datang 2 orang doktor pelatih perempuan minta izin untuk ikut serta masuk dalam bilik masa sesi kaunseling nanti, katanya nak belajar. Aku pun bagi je, suami pun tak kisah, sebab terlalu sopan dan lembut sangat minta izin tu.hehe..

Sesi kaunseling ni takdelah kaunseling macam dekat sekolah-sekolah tu tau. Haha.. Sesi kali ni aku dan suami tak jumpa doktor lagi, Nurse yang akan handle. Tapi nurse ni pun baik dan lembut sangat bercakap. Alahai bestnya buat rawatan dekat sini. hihi.

Mula-mula nurse tanya pengalaman aku di LPPKN. Aku beritahu yang dah on Clomid 2 cycle tapi masih belum ada rezeki. Lepastu nurse terangkan satu persatu prosedur yang akan dilakukan di PBBR ni. Alhamdulillah, aku faham semua yang nurse terangkan tu sebab aku pernah buat sebelum ni, Dari ujian darah, HSG, Semen Analysis, Clomid, IUI dan IVF. Nurse juga minta if suami merokok, mohon stop atau kurangkan kegiatan tu. Alhamdulillah, suami aku memang tak merokok. hehe..

So itu jelah untuk sesi kaunseling, lebih kepada sesi penerangan kepada pasangan mengenai prosedur yang akan dijalankan je.


2. SEMEN ANALYSIS (HSA)


Tarikh Appointment : 26 September 2018
Masa : 2.30 Petang

Sperm test

Harini aku ambil half day, manakala suami ambil cuti. Macam biasa, dah sampai PBBR kene pergi daftar dulu dan terus naik pergi lab. Masuk lab je nurse beri botol dan minta untuk keluarkan sperm dan masukkan dalam botol tu. Untuk keluarkan sperm kena buat di sebelah lab tu. PBBR ni dia macam rumah kuarter kerajaan, means yang jenis apartment tu. So kiranya lab tu rumah jiran A, tempat nak keluarkan sperm tu di rumah jiran B. Rumah lain-lain. Dalam rumah tu ade 3 bilik kalau tak silap. Satu bilik tu ade katil, ade aircond, ade bilik air semua lah so agak selesa, sebab kawan-kawan TTC di tempat lain ade cerita yang tempat mereka buat rawatan tu cuma ada toilet je.

Lepas selesai semuanya, hantar sample dekat nurse dan boleh balik.. Result segala ujian darah dan Sperm test akan diketahui bila jumpa doktor pada next appointment.


So, next entri aku akan cerita result dan apa yang akan doktor suggestkan okay. Stay tunned!



Sunday, December 23, 2018

TTC JOURNEY I PART 3 : UJIAN DARAH SUAMI ISTERI

December 23, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

TTC JOURNEY I PART 3 : UJIAN DARAH SUAMI ISTERI


Google image


Untuk Entri yang sebelum-sebelum ni korang boleh baca dekat link di bawah ni

KOS TTC DI LPPKN (OWN EXPERIENCE-2016/2017)



Dalam Part 2 aku ade inform yang step seterusnya ialah untuk ambil darah pada hari ke 2 dan 21 period. Tapi sebenanrnya ada lagi ujian  darah yang perlu di ambil oleh suami dan isteri. Ni aku dapat tahu kena ambil lepas sesi kaunseling di PBBR Presint 8. Tapi untuk penceritaan di blog aku akan rangkumkan kesemua ujian darah ni dalam satu entri je tau.

UJIAN DARAH YANG PERLU DI AMBIL



Ujian darah yang aku dan suami perlu ambil ialah :

Isteri

1 ) Hari ke 2 Haid - Hormon FSH dan Hormon LH
2) Hari ke 21 Period - Hormon Progesterone
3) Hep B Surface Antigen, Hep C, HIV,VDRL, Rubella Screening

Suami 

1) Hep B Surface Antigen, Hep C, HIV,VDRL  Screening


AMBIL DARAH DI UNIT DAY CARE HOSPITAL PUTRAJAYA


Ambil darah untuk CD2 dan CD21

Mula-mula nak cari pening jugak la sebab tak pernah pergi kan. Tapi rupanya dekat je, cuma bersebelahan je dari bangunan Utama. Masa nak ambil darah ni aku pergi dulu dekat kaunter pendaftaran untuk daftar, tapi nurse di kaunter tu cakap boleh terus pergi je untuk ambil darah dekat sana. So terus ke Unit Day care. 

Dekat Unit Day Care ni pun lengang sangat-sangat, masa aku datang tu cuma aku jelah patient yang nak ambil darah, so memang tak tunggu lama pun. Rasanya kurang dari 10 minit semua urusan dah selesai. Oh ya.. hari ke 2 period aku ambil waktu pagi, manakala hari ke 21 period pulak aku ambil lepas lunch. Nurse dekat sana cakap better ambil darah waktu pagi sebab hormon lebih senang nak detect katanya, So lepas ni untuk korang yang nak ambil darah CD2 dan CD21, better pergi pagi-pagi okey.

Ambil darah Suami dan Isteri

Ujian darah yang ni aku ambil lambat sikit sebab dapat tahu kena ambil pun masa dah pergi appointment di PBBR Presint 8 untuk sesi kaunseling. Nurse tu inform memang peru ambil dulu ujian darah ni sebelum jumpa doktor. Tarikh Appointment untuk jumpa doktor tu pun agak lama lagi, so kami tunggu hari cuti husband untuk pergi ambil. Memandangkan suami takde lagi kad hospital, so kena pergi daftar kad hospital dulu dekat kaunter pendaftaran sebelum boleh ambil ujian darah tu. Aku suka ambil darah dekat sini sebab nurse baik sangat dan tak perlu tunggu lama sangat pun.

Result ujian darah akan diketahui bila jumpa dengan doktor dekat PBBR nanti. Next Entri aku akan cerita berkaitan appointment seterusnya pulak ya.

Jumpa lagi!


Tuesday, September 18, 2018

TTC Journey I Part 2: Appointment pertama di Hospital Putrajaya.

September 18, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua! Dah lama aku tak kongsikan perjalanan TTC aku dalam Blog ni. Untuk kisah yang lepas, korang boleh baca dekat sini : TTC JOURNEY : SET APPOINTMENT DI HOSPITAL PUTRAJAYA


Gambar dari google 

APPOINTMENT YANG PERTAMA DI KLINIK O&G


Selepas 2 bulan menunggu, akhirnya pada bulan Mei yang lalu aku ke Klinik 0&G di Hospital Putrajaya untuk apointment yang pertama. Sebelum masuk berjumpa dengan doktor, kita perlu timbang berat badan sendiri di kaunter terlebih dahulu, dan nanti nurse akan isikan pada satu borang khas.

Lama juga menunggu sebelum dipanggil haritu, sebab orang pun ramai sangat. Sepatutnya perlu datang sejam lebih awal dari masa appointment tu, Ni tak, appointment jam 9.30. Tapi jam 9.15 baru aku pergi mendaftar. So padan muka kena tunggu lama. Asalnya aku ingatkan sistem dia sama macam LPPKN, appointment jam 10, datang jam 9.45 pun takpe, sebab nama akan dipanggil jam 10 jugak. Tapi dekat sini memang based on sape cepat, dia dapat. so aku jadikan ini sebagai satu pengajaran. Lain kali kena datang awal!


APA YANG DOKTOR CAKAP? 


Untuk appointment kali pertama ni, Doktor semak semula report-report ujian yang aku pernah buat semasa di LPPKN. Tapi memandangkan dekat setahun juga aku dah tak follow up dengan LPPKN, jadi doktor cadangkan agar aku melakukan semula semua ujian-ujian tersebut, sebab Dr. bimbang andai result-result tu dah tak valid lagi sebab dah lama sangat kan.. 

So maknanya aku kena ulang semula ujian blood test CD2, CD21 , HSG dan semua yang aku pernah buat semasa treatment di LPPKN dulu lah kan? Tak tahulah, tengoklah pendapat Doktor nanti macam mana. Kita ikut je flow dia. InsyaAllah itu yang terbaik kan.


NEXT APPOINTMENT..


Nurse dah siap-siap tolong bookingkan tarikh untuk next Appointment seperti di bawah :

1) Ujian Darah Hari ke 2 dan 21 period (Unit Day Care, Hospital Putrajaya)
2) 19/9/2018 - Kaunseling (Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR Presint 8, Putrajaya)
3) 26/9/2018- HSA (Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR Presint 8, Putrajaya)
4) 25/10/2018 - Infertility Clinic - (Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR Presint 8, Putrajaya)

Nanti aku akan update lagi untuk next step. Doakan aku ye kawan-kawan (:


updated:

Sunday, August 12, 2018

Kekasih - Devotees

August 12, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Harini nak share sebuah lagu dengan liriknya. Lagu Kekasih daripada kumpulan Nasyid Dehearty ni dah lama kan, tapi aku suka sangat lagu ni. Lagi-lagi bila yang ade orang yang buat lagu ni dengan background klip video sedutan dari filem UP. 

Dalam filem tu, mereka bahagia sampai kehujung nyawa walaupun tak dikurniakan zuriat. Tapi kesedihan dan kesayuan tu tetap ade walaupun nampak macam gembira kan. Bak kata netizen, zuriat tu lah pelengkap rumahtangga.. Tapi aku pun sendiri takut, macam mana kalau nasib aku pun jadi sama macam klip video ni kan.. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. 

Semua yang baik datang dariNYA.. Semoga aku juga berpeluang menjadi seorang ummi nanti.





Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu


Tuesday, April 10, 2018

Dah 3 tahun kahwin, belum pernah mengandung lagi ?

April 10, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam
Semoga malam ini menjadi malam yang indah buat semua :) 

Baru je lepas blogwalking dekat blog-blog sahabat tadi. Memang dah jadi kebiasaan untuk blogwalking dulu sebelum update entri. Semoga rakan-rakan blogger pun senang hati dengan kunjungan aku tu. InsyaAllah (:


Hati berbunga ria 

Masa update entri ni hati tengah berbunga-bunga tau. haha! sebab apa? sebab husband dah baik rumah lepas 2 minggu pergi outstation kat Sarawak. Banyak betul ole-ole yang dibeli untuk isteri beliau nih. Thank you husband! Al maklumlah, mana pernah laki bini ni berjauhan macam ni sejak kahwin. haha! So bila dia dah balik ni rasa macam nak melompat-lompat je. Happy tak terkata (: 

image:google

Dah 3 tahun, tak pernah mengandung lagi ? 

Sepanjang 3 tahun perkahwinan ni, bermacam dugaan dan usaha yang kami dah lalui untuk dapatkan zuriat, cahaya mata pengikat kasih sayang. Tapi walau banyak manapun usaha,bila Allah kata belum, maka belum lagi lah rezeki itu diberi. Aku dan suami tak akan pernah mengeluh dan berhenti berusaha berharap dalam menanti zuriat kami sendiri (: 

Dalam pada itu, aku bersyukur sebab keluarga sendiri mahupun keluarga mertua tak pernah memberi tekanan pada aku dan suami berkenaan hal zuriat ni. Lagi banyak nasihat dan semangat yang diberi adalah. Alhamdulillah, syukur sangat dikurniakan keluarga yang memahami. 

Kata-kata orang

Tapi..diam tak diam pernah jugak ada kata-kata dari orang sekeliling yang mengguris hati aku;

'Tak pandai buat lah tu' 
'salah teknik lah tu' 
'gemuk sebab tu takde anak lagi' 
'aku ni gemuk pun subur je'
'kau ni bila lagi? Lambatnya'

Sampai hatikan manusia-manusia ni cakap macamni. Macam takde hati dan perasaan. Aku tak minta pun dikasihani atau simpati dari siapa-siapa, tapi cukuplah sekadar memahami. Aku tak pernah marah kalau makcik-makcik tanya dah ada anak ke belum sebab aku tau itu cuma modal mereka untuk berborak dengan aku. Tapi bila ada yang bertanya dengan nada yang menjengkelkan, memang murung jugak hari hari yang aku lalui.

Orang cakap rilekslah, biarkan je mulut-mulut jahat macam tu. Tapi situasi orang yang merasa takkan sama dengan orang yang tak pernah laluinya. Memang muka nampak cool je bila hadap orang macam ni, tapi hati yang sakit ni hanya tuhan je yang tahu. Dorang sedap bercakap dan menghina,tapi sakitnya aku je yang rasa. Tapi InsyaAllah, masih mampu bersabar lagi.

Rezeki dari Allah SWT

Tak pernah aku mempersoalkan aturan Allah SWT. Aku berpegang pada prinsip yang aku tak kan diuji melebihi kemampuan aku sendiri. Lagipun rezeki setiap orang tak sama, banyak ke sikit ke, cepat atau lambat ke semua tu bukan urusan kita nak tentukan. Masih ramai lagi yang senasib dan menunggu zuriat sendiri di luar sana, ada yang berbelas dan berpuluh tahun baru dikurniakan rezeki terindah tu, Jadi siapalah aku yang baru 3 tahun ni untuk mengeluh?

Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan syg?

Jadi.. terus berusaha, usaha dan usaha. Semoga DIA perkenankan usaha yang tiada hentinya ini. InsyaAllah, Amin.. 

Monday, March 26, 2018

Siti Aafiyah Binti Khalid : Nama puteri Dato' Sri Siti Nurhaliza

March 26, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Siti Aafiyah Binti Khalid : Nama anak Siti Nurhaliza dan Dato' K l Umum sedia maklum yang Dato' Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin pada 19 Mac 2018 (1 Rejab) yang lalu. Alhamdulillah, Malam tadi, bersamaan genapnya hari ketujuh kelahiran si comel pipi merah, Dato Sri' Siti Nurhaliza dan Dato' Sri Khalid mengadakan majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakr disampiang membuat pengumuman rasmi nama anak dan mendedahkan wajah puteri comel mereka kepada umum malam tadi. 

Anak perempuan pertama bagi Dato' K 

Tengok gambar kat bawah ni. Terpancar cahaya kegembiraan buat pasangan ni. Maklumlah, ini satu-satunya puteri bagi Dato' K dan Siti Nurhaliza. Melalui perkahwinan terdahulu, Dato' K dah pun mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Muhammad Anas, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief. Dato K juga pernat menyuarakan hasrat untuk memiliki anak perempuan, akhirnya hasrat dan doa Dato K termakbul juga.

Gambar : Instagram


Siti Aafiyah Binti Khalid

Sedap betul Nama anak Dato Siti ni kan? Aafiyah. simple dan senang nak ingat. Bukan tu sahaja, nama ni pun mempunyai maksud yang baik. Nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas. 

Maksud Aafiyah 
Dalam doa itu ada perkataan ‘Afiyah yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk sihat, kita berada dalam 'afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah, untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah dan untuk anak-anak dilindungi, kita berada dalam 'afiyah.

Gambar : Instagram 

Semoga Siti Aafiyah menjadi anak yang solehaha, penyejuk hati ibu dan ayah. Jadi anak yang mendengar kata dan patut pada orang tua ye sayang. Doakan untie pun dimurahkan rezeki untuk menimang zuriat sendiri satu hari nanti. InsyaAllah..

Monday, March 19, 2018

Dato' Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin

March 19, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Dato Siti Nurhaliza selamat bersalin l  Jarang sebenarnya aku post cerita berkaitan artis ni, tapi untuk harini aku teruja sangat nak buat entri ni tau. Alhamdulillah, buah hati rakyat Malaysia ni dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang pastinya sangat comel kan? Tak sabar nak tatap wajah bayi syurga ni :) 




sumber gambar : Instagram


Bersalin Pada jam 8.17 Pagi

Melalui kenyataan rasmi di Instagram beliau, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi, hari ini (19 Mac 2018)


Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.



Bersalin pada Hari Isnin, 1 Rejab

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.

Idola bagi TTCians

Semua sedia maklum kan yang Dato Siti merupakan ex-ttcians yang menunggu hampir 12 tahun sebelum dikurniakan rezeki yang tak ternilai harganya ni.Bayangkan dalam masa 12 tahun ni mesti beliau dah hadap bermacam-macam kata sindiran dan tohmahan hanya disebabkan belum hamil lagi. Orang yang kuat je dapat lalui semua ini. Kalau aku yang cuma 3 tahun pun kadang-kadang dah rasa down, apalagi ttcians yang berbelas tahun lalui perjalan ttc ni.

Semua yang berlaku ade hikmah. Allah swt maha mendengar dan maha memberi. DIA yang paling tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Jadi untuk semua ttcians, jom kita teruskan usaha. Jangan mengalah dan berputus asa! Pedulikan kata-kata orang sebab mereka tak faham. Doakan mereka-mereka yang tak faham ni supaya berubah dan sokong kita pula. InsyaAllah dengan izinNya..


Fighting!
Kita insan terpilih, sebab tu kita diuji 
Senyum :) 


Post Pilihan

randomposts

Followers